Lava

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Satu pancutan lava setinggi 10 m yang terdapat di Hawaii Amerika Syarikat
Lava mampu menghancurkan seluruh penempatan dengan mudah. Dalam gambar ini, satu dari sekitar 100 rumah hancur oleh aliran lava di Kalapana, Hawaii pada 1990.
Aliran lava Pāhoehoe di Big Island of Hawaii pada September 2007

Lava ialah cairan larutan magma pijar yang mengalir keluar dari perut bumi melalui kawah gunung berapi atau melalui celah rekahan bumi yang kemudian membeku menjadi batuan pelbagai bentuk. Semasa keluar dari lohong gunung berapi, lava merupakan cecair dengan suhu antara 700 °C dan 1,200 °C. Walaupun lava agak likat, dengan kelikatan kira-kira 100,000 kali lebih tinggi dari air, ia boleh mengalir agak jauh sebelum sejuk dan membeku, disebabkan sifat tiksotropi dan penipisan ricihnya.[1][2]

Sekiranya lava tersebut agak cair, lava akan meleleh jauh dari sumbernya membentuk aliran seperti sungai melalui lembah dan membeku menjadi batuan seperti lava ropi atau lava blok. Sekiranya lava agak pekat, lava tidak akan mengalir jauh dari sumbernya dan membentuk kubah lava serta pada bahagian pinggirnya membeku membentuk blok-blok lava tetapi suhunya masih tinggi. Apabila kedudukannya tidak stabil, asap panas terbentuk dari lava.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. H. Pinkerton, N. Bagdassarov. "ScienceDirect - Journal of Volcanology and Geothermal Research : Transient phenomena in vesicular lava flows based on laboratory experiments with analogue materials". www.sciencedirect.com. Diperoleh pada 2008-06-19. 
  2. "Rheological properties of basaltic lavas at sub-liquidus temperatures: laboratory and field measurements on lavas from Mount Etna". cat.inist.fr. Diperoleh pada 2008-06-19. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.