Lee Beachill

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Lee Beachill (lahir 28 November 1977, di Huddersfield, United Kingdom) ialah seorang pemain skuasy profesional dari England.

Beachill berjaya menduduki ranking No. 1 dunia pada bulan Oktober 2004. Dia juga menjadi naib johan pada Kejohanan Skuasy Terbuka Dunia dalam tahun yang sama.

Beachill adalah sebahagian daripada ahli pasukan England yang memenangi Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia yang berlangsung pada tahun 2005. Dia juga memenangi pingat emas bagi acara beregu pada Sukan Komanwel 2002 dan 2006. Rakan sepasukannya ialah Peter Nicol.

Sebagai pemain remaja, Beachill membantu England memenangi Kejohanan Skuasy Berpasukan Remaja Dunia pada tahun 1997, dan merupakan juara British bawah-12, bawah-14, bawah-17 dan bawah-19 tahun.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]