28 November
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | November 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | ||||
| 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
| 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
| 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
| 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | |
| MMXII | ||||||
28 November merupakan hari ke-332 (hari ke-333 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 33 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kemerdekaan di Albania (1912) dan Mauritania (1960).
[sunting] Peristiwa
- 1660 - Di London, Robert Boyle (gambar), John Wilkins, Christopher Wren dan ahli sains terkemuka lain menubuhkan satu persatuan terpelajar yang kini dikenali sebagai Royal Society.
- 1785 - Amerika Syarikat menandatangani Perjanjian Hopewell pertama dengan Indian Cherokee.
- 1905 - Nasionalis Ireland Arthur Griffith membentangkan Dasar Sinn Féin, mengisytiharkan bahawa Akta Penyatuan Great Britain dan Ireland 1800 tidak sah.
- 1919 - Nancy Astor (gambar) terpilih sebagai Ahli Parlimen wanita pertama dalam Dewan Rakyat British.
- 1966 - Penerbangan pertama kapal angkasa lepas Soyuz dilancarkan. Misi tanpa anak kapal ini merupakan pendahulu misi Soyuz 1.
- 1975 - Timor Leste mengisytiharkan kemerdekaan dari Portugal.
- 1979 - Penerbangan 901 Air New Zealand terhempas ke Gunung Erebus Antartika, membunuh kesemua 257 orang di dalamnya.
- 1998 - Perlembagaan Albania kini, antara lain membenarkan republik berparlimen, disahkan melalui satu pungutan suara.
- 2000 - Presiden Ukraine Leonid Kuchma dituduh secara terang-terangan terlibat dalam penculikan wartawan Georgiy Gongadze dan beberapa jenayah lain.
- 2007 - Persidangan Damai Annapolis untuk menyelesaikan Konflik Israel-Palestin berlangsung di Maryland, Amerika Syarikat.
- 2010 - WikiLeaks mengeluarkan koleksi lebih 250,000 kawat diplomatik Amerika Syarikat, termasuk 100,000 bertanda "sulit" atau "rahsia".
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||