Peter Nicol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Peter Nicol (lahir 5 April 1973 di Inverurie, Scotland), ialah bekas pemain skuasy profesional dari United Kingdom. Pada tahun 1998, dia menjadi pemain British pertama untuk menduduki ranking No. 1 dunia. Sepanjang kerjayanya, dia memenangi 1 gelaran Terbuka Dunia, dua gelaran Terbuka British, dan empat pingat emas Sukan Komanwel.

Dia pada asalnya mewakili Scotland sebelum bertukar kepada mewakili England pada tahun 2001. Dia mendakwa bahawa dia tidak mendapat sokongan padu daripada pihak berkuasa skuasy di Scotland.

Pada bulan Julai 2006, Nicol mengumumkan bahawa dia akan bersara daripada dunia skuasy sejurus selepas tamatnya Kejohanan Skuasy Terbuka Dunia 2006 pada bulan September [1]. Perlawanan terakhir Nicol menyaksikannya kecundang di tangan Thierry Lincou di suku akhir [2].

Keputusan[sunting | sunting sumber]

Kemunculan di pusingan akhir Terbuka Dunia[sunting | sunting sumber]

Menang (1)
Tahun Lawan Mata
1999 Ahmed Barada 15-9, 15-13, 15-11
Naib Juara (2)
Tahun Lawan Mata
1997 Rodney Eyles 15-17, 15-7, 15-9, 15-10
1998 Jonathon Power 15-11, 15-12, 15-12

Kemunculan di pusingan akhir Terbuka British[sunting | sunting sumber]

Menang (2)
Tahun Lawan Mata
1998 Jansher Khan 17-16, 15-4, 15-5
2002 John White 15-9, 15-8, 15-8
Naib Juara (3)
Tahun Lawan Mata
1997 Jansher Khan 17-15, 9-15, 15-12, 8-15, 15-8
1999 Jonathon Power 15-17, 15-12 (retired)
2003 David Palmer 15-13, 15-13, 15-8

Kemunculan di pusingan akhir Sukan Komanwel[sunting | sunting sumber]

Menang (2)
Tahun Lawan Mata
1998 Jonathon Power 3-9, 9-2, 9-1, 2-9, 9-2
2006 David Palmer 9-5, 10-8, 4-9, 9-2
Naib Juara (1)
Tahun Lawan Mata
2002 Jonathon Power 9-4, 4-9, 9-3, 9-0

Pautan luar[sunting | sunting sumber]