Legend of Mana
| Legend of Mana | |
|---|---|
| Pembangun | Square |
| Penerbit | JP Square NA Square EA |
| Pereka | Koichi Ishii (pengarah) Akitoshi Kawazu (penerbit) Akihiko Matsui (pereka permainan, ketua pereka sistem) |
| Siri | Mana |
| Pelantar | PlayStation |
| Tarikh keluaran | JP 15 Julai 1999 NA 7 Jun 2000 (ditunda di Kanada)[1] |
| Genre | Permainan video berperanan, aksi |
| Mod | Seorang pemain, pemain berganda |
| Penilaian | CERO: A ESRB: T |
| Bahantara | 1 CD-ROM |
Legend of Mana, dikenali di Jepun sebagai Seiken Densetsu: Legend of Mana (聖剣伝説 LEGEND OF MANA?) ialah permainan keempat dalam siri Mana. Permainan itu dimainkan dengan konsol Playstation. Ia dipasarkan di Jepun pada 15 Julai 1999 dan di Amerika Utara pada 7 Jun 2000. Walaupun Legend of Mana ialah permainan keempat yang dibuat dalam siri Mana, Dawn of Mana, sebuah permainan untuk konsol PS2 ialah permainan video keempat yang rasmi (di Jepun, ia dikenali sebagai Seiken Densetsu 4).
Sementara elemen permainan video berperanan terdapat dalam tiga permainan video di dalam siri Mana sebelum ini, Legend of Mana mempunyai gaya permainannya yang tersendiri. Paling ketara, dia memberi si pemain kebolehan untuk membentuk Fa'Diel, dunia di permainan video tersebut dengan kemahuan si pemain dengan meggunakan sistem artifacts. Ia boleh didapati apabila si pemain teruskan bermain. Pemain menggunakan artifacts tersebut untuk membina tempat-tempat yang menarik seperti bandar-bandar, gua, padang pasir dan sebagainya, yang bergelar lands, untuk mengembara di dalamnya.
[sunting] Rujukan
- ↑ Staf GIA (14 Jun 2000). "Canadian Vagrant Story, Legend of Mana release update". TheGIA.com. http://terror.snm-hgkz.ch/mirrors/thegia/sites/www.thegia.com/news/0006/n14b.html. Capaian 2008-06-07.
[sunting] Pautan Luar
- Official North American Legend of Mana Website
- Legend of Mana di MobyGames
- Legend of Mana di GameFAQs
- Legend of Mana Fansite
|
||||||||