Lelaki Kiriman Tuhan (novel)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lelaki Kiriman Tuhan
Umum
PengarangUmie Nadzimah
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, agama
Penerbitan
PenerbitPenulisan 2U
Tarikh penerbitan
2017
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman518
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789672102106

Lelaki Kiriman Tuhan ialah novel 2017 oleh penulis novel Malaysia, Umie Nadzimah terbitan Penulisan 2U. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh Astro Oasis pada 2018.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama.

Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira. "Terima kasih sebab prihatin pada saya. Tapi lain kali jangan menyibuk la, hantu!" - Naira.

"Ops... Hati hantu ni degil. Nak juga kacau Cik Naira yang berwajah asam ni. Gelisah kalau tak tengok muka." - Raid. "Sebab awak tu miring!" - Naira. Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza.

Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya? Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat?

Keluaran dan legasi[sunting | sunting sumber]

Lelaki Kiriman Tuhan dikeluarkan pada 2017 oleh Penulisan 2U. Pada tahun 2018, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Raihana bermula 1 Oktober 2018 di Astro Oasis, dibintangi oleh Remy Ishak dan Mira Filzah.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lelaki Kiriman Tuhan by Umie Nadzimah Goodreads. Dicapai pada 13 Ferbuari 2018.
  2. ^ "Drama Lelaki Kiriman Tuhan". MyInfotaip. 1 Oktober 2018.