Leonardo Spinazzola

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Leonardo Spinazzola
Maklumat peribadi
Nama penuh Leonardo Spinazzola
Tarikh lahir (1993-03-25) 25 Mac 1993 (umur 31)
Tempat lahir Foligno, Itali
Ketinggian 1.86 m (6 ka 1 in)[1]
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Roma
Nombor 37
Kerjaya remaja
1999–2007 Virtus Foligno [2]
2007–2010 Siena
2010–2012Juventus (pinjam)
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2012–2019 Juventus 10 (0)
2012–2013Empoli (pinjam) 7 (1)
2013Lanciano (pinjam) 3 (0)
2013–2014Siena (pinjam) 24 (1)
2014–2015Atalanta (pinjam) 2 (0)
2015Vicenza (pinjam) 10 (0)
2015–2016Perugia (pinjam) 34 (0)
2016–2018Atalanta (pinjam) 48 (0)
2019– Roma 51 (3)
Pasukan kebangsaan
2011 Itali B19 1 (0)
2012 Itali B20 1 (0)
2017– Itali 15 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 25 April 2021
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 11 Jun 2021

Leonardo Spinazzola (sebutan bahasa Itali: [leoˈnardo spinatˈtsɔːla]; lahir 25 Mac 1993) merupakan seorang pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi pertahanan dan juga pemain tengah kiri untuk kelab Serie A, Roma dan pasukan kebangsaan Itali.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Spinazzola memulakan kariernya di akademi Siena.[3] Pada tahun 2010, beliau telah menyertai Juventus secara pinjaman dan dimasukkan ke dalam skuad Primavera. Pada Jun 2012, Juventus menandatangani pemilikan bersama dengan nilai €400,000.

Pada 5 Julai 2012, Spinazzola bersama Filippo Boniperti telah dipinjam ke kelab Serie B, Empoli selama satu musim.[4] Pada 1 September, beliau telah beraksi dalam perlawanan sulungnya untuk Empoli ketika menentang Novara.[5]

Spinazzola telah menjaringkan gol pertamanya pada 15 September tetapi pasukannya akhirnya tewas ketika menentang Livorno.[6] Selepas hanya beraksi sebanyak tujuh perlawanan, pinjamannya telah ditamatkan dan beliau kemudiannya dipinjamkan ke Virtus Lanciano pada Januari 2013.[7]

Spinazzola hanya tampil dalam tiga perlawanan bersama Virtus dan ketiga-tiga penampilan tersebut hanya sebagai pemain gantian. Pada 10 Ogos 2013, beliau sekali lagi dipinjamkan dan kali ini ke kelab lamanya, Siena.[8] Beliau seterusnya diberi banyak peluang beraksi, di mana beliau telah melakukan 24 penampilan dan menjaringkan satu gol.

Pada Jun 2014, perjanjian antara Siena dan Juventus diperbaharui lagi. Namun selepas Siena telah muflis pada Julai, Juventus memperoleh baki 50% hak ke atas Spinazzola dari Siena secara percuma.

Pada 11 Ogos 2014, Spinazzola menyertai kelab Serie A, Atalanta sebagai pemain pinjaman.[9] Pada 23 Ogos, beliau telah melakukan penampilan sulungnya untuk Atalanta dan juga menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut ketika menentang Pisa pada aksi Coppa Italia.[10][11] Spinazzola melakukan penampilan sulungnya di Serie A pada 31 Ogos selepas beliau menggantikan Marcelo Estigarribia pada minit ke-82 ketika menentang Verona.[12] Selepas dipinjamkan ke Vicenza dan Perugia, Spinazzola kembali ke Atalanta pada Julai 2016.

Selepas menamatkan dua musim bersama Atalanta, Spinazzola kembali ke Juventus pada musim panas 2018.[13] Selepas pulih daripada kecederaan jangka panjang dialaminya, Spinazzola melakukan penampilan sulungnya untuk Juventus pada 12 Januari 2019 ketika menentang Bologna dalam saingan Coppa Italia.[14] Beliau melakukan penampilan pertama dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah pada 12 Mac ketika membantu pasukannya mengatasi Atlético Madrid 3–0 dalam pusingan kalah mati sekali gus memastikan Juventus untuk meneruskan kemaraan setelah menang 3–2 menerusi agregat.[15][16]

Roma[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Julai 2019, Leonardo Spinazzola berpindah ke Roma dari Juventus dengan perpindahan yang bernilai €29.5 juta. Beliau seterusnya menandantangani kontrak selama empat tahun bersama Roma. Sementara itu, Luca Pellegrini berpindah dalam arah yang berlawanan.[17][18]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Mac 2017, Spinazzola bersama empat pemain lain telah melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan kebangsaan Itali dalam perlawanan persahabatan menentang Belanda yang berkesudahan kemenangan 2–1 berpihak kepada Itali.

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 12 Mei 2019.[19]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Itali Empoli 2012–13 7 1 1 0 8 1
Itali Virtus Lanciano 2012–13 3 0 0 0 3 0
Itali Siena 2013–14 24 1 2 0 26 1
Itali Atalanta 2014–15 2 0 3 1 5 1
Itali Vicenza 2014–15 10 0 0 0 10 0
Itali Perugia 2015–16 34 0 2 0 36 0
Itali Atalanta 2016–17 30 0 2 0 32 0
2017–18 18 0 1 0 6 0 25 0
Jumlah 50 0 6 1 6 0 62 1
Itali Juventus 2018–19 10 0 1 0 1 0 0 0 12 0
Jumlah kerjaya 138 2 12 1 7 0 0 0 157 3

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 26 Mac 2019[20]
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2017 5 0
2019 2 0
Jumlah 7 0

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Juventus

Individu[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Leonardo Spinazzola" (dalam bahasa Italian). A.S. Roma. Dicapai pada 10 Mac 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ Dall'intervista di Matteo Magri, «Non avrei mai fatto il calciatore senza la forza di mia madre», Corriere.it, edizione di Bergamo, 26 novembre 2016.
  3. ^ "Allievi Nazionali" (dalam bahasa Italian). A.C. Siena. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2008. Dicapai pada 25 September 2017.CS1 maint: unfit URL (link) CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Maxi scambio tra Juventus ed Empoli" [Mega exchange between Juventus and Empoli] (dalam bahasa Italian). Spazio Juve. 5 Julai 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 November 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Novara Empoli 2–2: E' mancata la vittoria, bisogna formare il gruppo" [Novara Empoli 2–2: The team failed to win, it's necessary to create a group] (dalam bahasa Italian). Novara Today. 1 September 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Irresistibile Livorno, 4-2 contro l'Empoli" [Unstoppable Livorno, 4–2 against Empoli]. Il Tirreno (dalam bahasa Italian). 15 September 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Virtus Lanciano, piace Spinazzola dell'Empoli" [Virtus Lanciano, Empoli likes Spinazzola] (dalam bahasa Italian). Tutto Mercato Web. 8 Januari 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Calciomercato Siena, Giacomazzi e Spinazzola bianconeri" [Transfer market Siena, Giacomazzi and Spinazzola are bianconeri] (dalam bahasa Italian). Serie B News. 10 Ogos 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "Ufficiale – Spinazzola all'Atalanta in prestito" [Official – Spinazzola to Atalanta on loan] (dalam bahasa Italian). Tutto Mercato Web. 11 Ogos 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "Leonardo Spinazzola all'Atalanta" (dalam bahasa Italian). Atalanta. 7 Julai 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Ogos 2016. Dicapai pada 1 Julai 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "Coppa: Atalanta push past Pisa". Football Italia. 23 Ogos 2014. Dicapai pada 1 Julai 2019.
  12. ^ "Atalanta 0–0 Verona". Football Italia. 31 Ogos 2014.
  13. ^ Ben Gladwell (20 Julai 2018). "Juventus season tickets sell out after Cristiano Ronaldo arrival". ESPN FC. Dicapai pada 19 September 2018.
  14. ^ Ryan Benson (13 Januari 2019). "Allegri salutes Spinazzola for 'excellent' Juventus debut". Goal.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 April 2019. Dicapai pada 14 Januari 2019.
  15. ^ "Line-ups: Juventus v Atletico Madrid". Football Italia. 12 Mac 2019. Dicapai pada 13 Mac 2019.
  16. ^ Murray, Scott (12 Mac 2019). "Juventus 3-0 Atlético Madrid (agg: 3-2): Champions League last 16, second leg – as it happened". The Guardian. Dicapai pada 13 Mac 2019.
  17. ^ "Roma complete signing of Spinazzola". A.S. Roma. 1 Julai 2019. Dicapai pada 1 Julai 2019.
  18. ^ "AS Roma signed Leonardo Spinazzola from Juventus, who signed Luca Pellegrini from Roma..." Football News 24 (dalam bahasa Inggeris). 1 Julai 2019. Dicapai pada 1 Julai 2019.
  19. ^ "L. Spinazzola". Socccerway. Dicapai pada 16 Januari 2019.
  20. ^ "Spinazzola, Leonardo" (dalam bahasa Italian). FIGC. Dicapai pada 11 Jun 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]