Lesung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lesung tangan yang diperbuat daripada batu.
Lesung kaki yang diperbuat daripada kayu.

Lesung merujuk kepada satu alat bagi menumbuk sesuatu bahan, biasanya bahan makanan, contohnya lada dan padi. Terdapat beberapa jenis lesung, iaitu lesung tangan dan lesung kaki. Jenis-jenis ini merujuk kepada cara ia digunakan bagi menumbuk, iaitu dengan menggunakan tangan atau kaki.

Lesung tangan biasanya terdapat dua jenis pula, iaitu jenis kecil yang biasanya diperbuat daripada batu (dipanggil lesung batu) dan jenis besar yang biasanya diperbuat daripada kayu dan digunakan secara beramai-ramai. Sementara itu, lesung kaki kebanyakannya diperbuat daripada kayu. Lesung kaki juga dikenali sebagai lesung hindik.

Penumbuk lesung biasanya dikenali sebagai alu atau anak lesung.

Lesung tangan, biasanya digunakan bagi persediaan memasak, terutamanya bagi penyediaan sambal belacan.

Kini, terdapat juga lesung automatik, digunakan di makmal-makmal.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]