Sambal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sambal belacan.

Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan.

Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Adanya berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.


Bahan-bahan[sunting | sunting sumber]

Bahan-bahan yang paling biasa digunakan untuk sambal adalah seperti yang berikut:

  • Adyuma atau habanero: Ini adalah sejenis paprika kecil yang rasanya sangat pedas dan biasanya berwarna kuning.
  • Cili: Warnanya biasa merah dan rasanya sangat pedas. Banyaknya paprika yang rupanya mirip dengan cili.
  • Madame Jeanette: Cili yang sangat pedas tetapi berbau harum, dengan warnanya kuning atau hijau muda.
  • Cili Rawit: Cili kecil yang sangat pedas dan yang berwarna merah atau hijau.
  • Lombok: Bentuknya panjang dan warnanya merah atau hijau. Rasanya biasanya tidak sepedas cili rawit.

Kelainan[sunting | sunting sumber]

Sambal mempunyai kekonsistenan yang lebih pekat dan mengandungi lebih banyak rempah. Sambal dapat berbeza-beza antara kurang pedas sehingga sangat pedas. Adanya beberapa jenis kelainan, termasuk:

Sambal Asam 
Sambal ini mirip dengan sambal terasi dan mengandungi asam, biasanya asam jawa.
Sambal Bajak
Cili untuk sambal ini digoreng dengan minyak, dan ditambahkan bawang putih, terasi dan ramuan-ramuan yang lain.
Sambal Balado 
Berasal dari Minangkabau, cili untuk sambal ini digoreng dengan minyak, bawang putih, bawang merah atau bawang bombai, tomato, garam dan jeruk nipis.
Sambal belacan 
Sambal ini mengandungi belacan atau udang yang dilumatkan. Sambal ini juga dapat digabungkan dengan bahan-bahan yang lain, seperti kangkung untuk menghasilkan sambal kangkung, dengan sotong untuk menghasilkan sambal sotong, dan dengan telur untuk menghasilkan sambal telur.
Sambal Goreng 
Sambal ini berasa manis yang berbeza dari sambal lain. Ia mengandungi kacang, ikan bilis, kentang, tempe dan kepingan soya kering yang dimasak bersama kicap soya. Makanan ini terkenal di kalangan masyarakat Jawa.
Sambal Jeruk 
Sambal ini mengandungi cili hijau dan jeruk nipis.
Sambal Kacang 
Sambal ini mengandungi kacang dengan rasa pedas manis.
Sambal Kemiri 
Sambal ini mengandungi buah keras.
Sambal Manis 
Rasanya sambal ini yang mengandungi cili, bawang dan gula agak manis.
Sambal Pencit 
Sambal ini dicampurkan dengan hirisan-hirisan buah mangga muda (bahasa Jawa: pencit).
Sambal Setan 
Sambal ini sangat pedas kerana menggunakan Cili Madame Jeanette. \
Sambal Tempoyak 
Sambal ini menggunakan tempoyak sebagai perasa utama selain bahan sambal.
Sambal Tomato 
Sambal ini dicampur dengan tomato, baik yang dihiris kecil-kecil atau dilumatkan.
Sambal Trassi atau Sambal Terasi 
Sambal ini mengandungi cili merah dan hijau, terasi, gula, garam, dan jeruk nipis.
Sambal Udang 
Sambal ini mengandungi cili yang digoreng dengan minyak, bawang putih dan udang.
Sambal Ulek (Oelek) 
Sesetengah resepinya juga menggunakan garam dan jeruk nipis.
Sambal Pedas Pedas 
Sambal ini ialah Sambal Ulek yang ditingkatkan pedasnya.
Sambal Pehek 
Sambal ini menggunakan cili padi atau cili api yang ditumis bersama campuran lain sehingga masak. Lazimnya sambal ini mampu bertahan lama kerana kandungannya yang mudah dan minyak yang banyak.