Litar elektrik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Maksud Litar

   * Satu sambungan lengkap sumber elektrik (sel) dan beban elektrik (mentol) dengan menggunakan pengalir (wayar) 

i. Sumber (sel kering) ii. Beban (mentol) iii. Pengawal (suis) iv. Punca positif (wayar mereh) v. Punca negatif (wayar hitam)

Lukisan skimatik litar mudah

Litar eletrik ringkas terdiri daripada sumber volan dan resistor. Di sini, V=iR, menurut Hukum Ohm.

Litar eletrik adalah sambungan unsur eletrik seperti resistor, induktor, kapasitor, talian penyampai, sumber voltan, sumber arus dan suis. Litar eletrik adalah sejenis jaringan khas, yang memiliki gelung litar tertutup yang memberikan laluan kembali kepada arus. Jaringan eletrik yang terdiri hanya dari sumber (voltan atau arus), unsur keseluruhan linear (resistor, kapasitor, induktor), dan unsur pengagih linear (talian pengalir) boleh dianalisa secara algebra dan kaedah pengubah bagi menentukan arus terus, arus ulang alik, dan tindak balas sementara ("transient response").

Jaringan yang mengandungi komponen eletronik aktif dikenali sebagai litar eletronik. Jaringan sedemikian biasanya nonlinear dan memerlukan rekabentuk lebih rumit dan perkakasan analisa.