Lontar tukul besi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Olahraga
Lontar tukul besi
Atlet Amerika Syarikat John Flanagan dalam pertandingan lontar tukul besi di Sukan Olimpik Musim Paas 1908 di London
Rekod lelaki
DuniaKesatuan Soviet Yuriy Sedykh 86.74 m (1986)
OlimpikKesatuan Soviet Sergey Litvinov 84.80 m (1988)
Rekod wanita
DuniaPoland Anita Włodarczyk 82.98 m (2016)
OlimpikPoland Anita Włodarczyk 82.29 m (2016)
Ilustrasi lontar tukul besi Scotland daripada buku Frank R. Stockton Round-about Rambles in Lands of Fact and Fancy
Pembaling tukul besi di Dornoch, Scotland
Lontar tukul besi versi kontemporari
Kejohanan Olahraga Dunia 2007 di Osaka - Majlis penyampaian pingat bagi acara lontar tukul besi dengan juara Ivan Tsikhan (tengah)

Lontar tukul besi (Tulisan Jawi: لونتر توكول بسي) merupakan salah satu daripada empat acara lontaran dalam pertandingan balapan dan padang biasa, bersama dengan lempar cakera, lontar peluru dan rejam lembing. "Tukul" yang digunakan dalam sukan ini tidak seperti mana-mana alat yang juga dipanggil oleh nama itu. Ia terdiri daripada bola logam yang dipasang dengan dawai keluli kepada pemegang cengkaman. Saiz bola bervariasi antara pertandingan lelaki dan wanita (lihat bahagian Pertandingan di bawah untuk butiran).

Acara lontar tukul besi lelaki akhir - Sukan Universiti Dunia ke-28 2015
Jaring keselematan untuk lontar tukul besi

Sejarah secara kronologi[sunting | sunting sumber]

Tahun Perkembangan

  • 1866 - Sejak tahun ini acara membaling tukul besi menjadi acara yang biasa dalam acara padang di England, Scotland dan Ireland. Pada tempoh ini tukul besi diperbuat daripada besi asli. Manakala penyambung adalah batang besi 3 dan 3 ½ kaki. Manakala pada ketika adalah penyambung adalah batng besi.Manakala berat tukul besi tidak dinyatakkan.
  • 1875 - Berat tukul besi telah ditentukan.Iaitu 16 pound. Manakala panjang batang besi adalah 3 kaki 6 inci. Manakala ruang yang digunakan adalah 7 kaki diameter. Tetapi pernyataan ini tidak diterima oleh kebanyakkan negara. Lagipun pusingan badan tidak dinyatakkan sebelum membaling tukul.
  • 1887 - ”Ameteur Athletic Union of the United State” telah menetapkan 7 feet bulatan dan 16 pound berat tukul besi.
  • 1895 - A.J Flengan dan Ireland menggunakan 3 lompat pusingan untuk membaling bola langkah ini digunakan para saringan-saringan seterusnya di kalangan antarabangsa.
  • 1896 - Dengan menggunakan kaedah di atas dan mencipta rekod dari 147 feet ke 184 feet . Batang besi digantikkan dengan rantai besi untuk memudahkan pergerakan.
  • 1900 - Acara melontar tukul besi dimasukkan dalam sukan olimpik Paris dan mengalami perkembangan seterusnya.

Butiran[sunting | sunting sumber]

Tukul Besi mengandungi tiga bahagian iaitu:- Remaja / Junior / Senior bagi lelaki dan wanita.

Spesifikasi tukul[sunting | sunting sumber]

Berat minimum untuk dibenarkan untuk bertanding dan diterima sebagai rekod.

4.000kg 5.000kg 6.000kg 7.260kg (bergantung kepada kategori).

Panjang tukul diukur dari dalam pemegang:

Min 1160mm Max 1195mm
Min1165mm Max 1200mm
Min 1175mm Max 1215mm
Min1175mm Max 1215mm

Garis pusat buah tukul

Min 95mm Max 110mm
Min100mm Max 120mm
Min 105mm Max 125mm
Min 110mm Max 130mm

Tidak melebihi 6mm dari pusat sfera iaitu ia mesti membolehkan bebola tanpa pemegangnya , diimbangi di atas landas datar bulat berlubang bermata tajam yang mempunyai garis pusat 12mm.

a) Tidak ada sebarang peranti- misalnya membalut sebatang atau dua batang jari dengan pita-yangmungkin akan membantu peserta-peserta membuat percubaanya,yang boleh dibenarkan.

Contoh membalut dua jari atau lebih bersama atau menggunakan berat melekat kepada badan yang memberi bantuan bila membuat percubaan.

b) Pengunaan pita ini membalut tangan juga tidak dibenarkan kecuali membalut luka. Walau bagaimanapun, membalut jari-jari dengan pita dibenarkan bagi acara baling tukul besi.
c) Balutan ini hendaklah ditunjukkan kepada Ketua Hakim sebelum acara dimulakan.
d) Bagi memperolehkan cengkaman yang lebih baik, peserta-peserta boleh menggunakan benda-benda yang sesuai disapukan di tapak tangan sahaja. Sebagai tambahan , peserta acara Baling Tukul Besi boleh guna bahan ini dengan sarung tangan mereka.
e) Bagi mengelakkan kecederaan tulang belakang, peserta-peserta boleh menggunakan tali pinggang kulit atau yang diperbuat daripada bahan-bahan lain yang sesuai.
f) Seseorang atlet boleh memakai perlindungan lain, contohnya penyokong lutut, dengan syarat mendapat keizinan IAAF atas nasihat perubat untuk menggunakannya di dalam pertandingan.

Bentuk kurungan[sunting | sunting sumber]

i) Kurungan hendakah berbentu “U” dari pandangan atas seperti yang tertera daam rajah. Lebar buka pintunya ialah 6m yang diletak 7m dari pusat bulatan bilangan.
ii)Tinggi jaring dindingnya hendakah sekurang-kurangnya 7m supaya pane dinding 2.80m di belakang kurung jaraknya 10m kepada paksi pintu.
iii) Perkiraan hendaklah dibuat semasa mereka bentuk Ban memasangnya bagi mengelakkan tukul besi menghentam penyambung tetulang atau jaringnya atau bebola membolosi bawah jaring.
iv) Titik hujung 60 m lebar akan berada di bahagian dalam jaring perpangsi.
v) Dua keping panel dinding berjaring yang berukuran 2m lebar, yang boleh diselakkan, hendaklah disediakan di depan pintu kurungan , tetapi hanya satu sahaja yang beroperasi pada satu-satu masa .Tinggi minumum panel dinding ini ialah 10m.

Rujukan[sunting | sunting sumber]