Lotte Giants

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lotte Giants
롯데 자이언츠
Fail:Lotte Giants.svg
Logo pasukan Lencana topi
Maklumat
LigaKBO League (1982–kini)
LokasiBusan
StadiumStadium Besbol Busan Sajik (1986–kini)
1975; 49 tahun yang lalu (1975)
Kejuaraan Korean Series1984, 1992
Stadium lama
WarnaBiru dan merah
         
Nombor tidak digunakan10, 11[1]
PemilikanLotte Corporation
PengurusLee Jong-un (sementara)
Laman sesawangwww.giantsclub.com

Lotte Giants (Korea: 롯데 자이언츠) merupakan pasukan besbol profesional Korea Selatan yang berpusat di Busan. Pasukan ini merupakan anggota KBO League. Lotte Giants dimiliki oleh Lotte Corporation yang juga merupakan pemilik bagi pasukan Chiba Lotte Marines di Nippon Professional Baseball.

Dari tahun 1982 sehingga 1986, pasukan ini telah beraksi di Stadium Besbol Gudeok sebelum mereka berpindah ke Stadium Besbol Sajik. Pasukan ini telah menjuarai Korean Series sebanyak dua kali iaitu pada 1984 dan 1992. Pasukan ini telah menarik 1.38 juta penonton semasa musim 2009 sekali gus menghasilkan rekod kehadiran teramai pada sesebuah musim dalam mana-mana liga sukan di Korea Selatan. Pasukan ini sering digelar Busan Seagulls (Korea: 부산 갈매기) kerana burung rasmi bandar Busan ialah burung camar dan lagu sorakan utama ialah "Busan Seagulls" oleh Moon Seung-jae.[2]

Nombor tidak digunakan[sunting | sunting sumber]

Nombor pertama yang tidak digunakan ialah nombor skuad 11 yang disarung oleh Choi Dong-won. Dianggap sebagai salah seorang pitcher terhebat di liga Korea Professional Baseball, beliau telah bermain untuk Giants antara tahun 1983 dan 1988 serta meraih anugerah MVP KBO pada tahun 1984. Beliau meninggal dunia akibat kanser pada 2011.[3] Pada tahun 2022, pasukan ini berhenti menggunakan nombor 10 sebagai tanda mengenang Lee Dae-ho, yang telah menghabiskan 15 musim bersama Giants.[4]


Choi Dong-won

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Yoon, Hyun (30 September 2011). "Iron arm Choi Dong-Won becomes Busans everlasting number 11" (dalam bahasa Korea). Ohmynews.com. Dicapai pada 26 Oktober 2011.
  2. ^ "KBO clubs invest in popular cheerleading songs". koreajoongangdaily.joins.com (dalam bahasa Inggeris). 3 May 2015. Dicapai pada 7 March 2022.
  3. ^ name="retired"
  4. ^ "S. Korean baseball legend Lee Dae-ho retires after 22 seasons". Yonhap News Agency (dalam bahasa Inggeris). 8 October 2022. Dicapai pada 1 April 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]