Lubuk pusar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lubuk pusar dalam segelas air
Lubuk pusar dalam kolam yang kecil

Lubuk pusar, air pusar atau pusaran air ialah sejenis jasad air yang berpusar, lazimnya terhasil oleh pasang surut lautan. Kebanyakan besar lubuk pusar tidak begitu kuat; yang teramat kuat pula bergelar maelstrom. Vorteks ialah istilah yang tepat untuk sebarang lubuk pasar yang beralir turun. Lubuk pusar yang amat kecil mudah diamati pada takung mandi atau singki yang sedang mengalirkan air, tetapi ini terhasil dengan cara yang amat berbeza dengan lubuk pusar semula jadi. Lubuk pasar yang kecil juga terdapat di kebanyakan tapak air terjun.[1] Bagi air terjun besar seperti Niagara Falls, lubuk pusarnya mungkin agak kuat. Lubuk pusar yang paling kuat terhasil dalam selat yang sempit dan cetek dengan air yang mengalir deras.

Lubuk pusar terkenal[sunting | sunting sumber]

Lima buah lubuk pusar yang terkuat di dunia ialah: Saltstraumen dekat Bodø di Norway yang mencapai kelajuan 37 km/j (23 bsj); Moskstraumen dekat kepulauan Lofoten di Norway (maelstrom yang asli) yang mencapai kelajuan 27.8 km/j (17.3 bsj); Old Sow di Eastport, Maine, Amerika Syarikat yang mencapai kelajuan 27.6 km/j (17.1 bsj); lubuk pusar Naruto di Jepun[2] yang mencapai kelajuan 20 km/j (12 bsj); dan Corryvreckan di Scotland yang mencapai kelajuan 18 km/j (11 bsj).

Lubuk pusar yang besar telah meragut nyawa pelaut yang kurang bernasib baik, tetapi kekuatan itu sering dibesar-besarkan oleh orang keramaian. Hampir sama sekali tiadanya kisah yang mana kapal besar ditelan oleh lubuk pusar. Kejadian yang paling hampir dengan itu barangkalinya lubuk pusar sementara yang menyedut sebahagian Tasik Peigneur di New Iberia, Louisiana, Amerika Syarikat ekoran satu kemalangan ketika menggerudi pada tahun 1980. Ini bukan lubuk pusar semula jadi, tetapi sebuah bencana buatan manusia yang disebabkan dengan memecah bumbung lombong garam. Natijahnya, tasik itu bertindak seakan-akan takung mandi gergasi yang sedang menyalirkan airnya, sehingga lombong itu diisi penuh dan takat air tenang semula. Biarpun terdapat perahu-perahu dan semitreler yang tersedut dalamnya, namun tiada manusia yang terkorban.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Carreck, Rosalind, ed (1982). The Family Encyclopedia of Natural History. The Hamlyn Publishing Group. m/s. 246. ISBN 011202257. 
  2. Chanson, H. (2002). Whirlpools: Experiencing Naruto Whirlpools. IAHR Newsletter, Vol. 40, No. 2, pp. 17 & 28-29. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]