Luruh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hutan daun luruh pada musim luruh.
Hutan daun luruh pada musim sejuk.
Hutan campur daun luruh pada musim bunga.

Dalam bidang botani, istilah luruh, gugur atau daun luruh biasanya bermaksud tumbuhan berdaun yang keguguran dedaunnya secara bermusim; begitu juga dengan daun luruh dan keguguran anggota tumbuhan lain seperti kelopak yang gugur setelah berbunga atau buah yang masak. Secara lebih terperincinya, meluruh bermaksud pengguguran anggota yang tidak diperlukan lagi, atau gugur setelah selesainya fungsinya. Bagi tumbuhan beriklim tropika pula, istilah ini digunakan untuk merujuk pokok yang mudah luruh dedaun, bunga, atau anggota atasnya yang lain. Ini akan menyebabkan kos penjagaan yang tinggi jika ia ditanam sebagai tanaman hiasan untuk landskap. Meluruh ialah proses semula jadi yang dialami oleh tumbuh-tumbuhan berdaun.

Istilah gugur juga berguna untuk anggota badan haiwan yang boleh gugur seperti tanduk rusa,[1] atau gigi desidus (gigi susu) dalam sebilangan mamalia (termasuk kanak-kanak manusia).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Gause, John Taylor (1955). The complete word hunter. A Crowell reference book. New York: Crowell. ms. 465.