Iklim tropika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kawasan iklim tropika dengan, subjenis. ██ Af—Ikilm hutan hujan tropika. ██ Am—Iklim monsun tropika. ██ Aw—Iklim savana tropika.
Pantai Naples yang dibarisi pokok kelapa, di negeri Florida, AS, ialah satu contoh kawasan beriklim tropika. Walaupun terletak di rantau subtropika lebih seratus batu di utara garisan Sartan, namun perairan panas di Teluk Mexico memastikan suhu min bulanan yang sentiasa melebihi 18 °C (64 °F), oleh itu iklimnya dikira sebagai tropika.

Iklim tropika ialah sejenis iklim yang biasa dialami di kawasan tropika. Skim pengelasan iklim Köppen menentukan iklim tropika sebagai iklim bukan gersang iaitu kesemua 12 bulan mengalami suhu min melebihi 18 °C (64 °F).

Contoh iklim tropika[sunting | sunting sumber]

Florida Selatan, Caribbean, Afrika Tengah, kawasan pantai India, Asia Tenggara, Queensland Utara, Hawaii, Amerika Tengah, atau kebanyakan kawasan Brazil.

Iklim tropika digolongkan sebagai iklim jenis A, dan liputan buminya adalah yang terbesar di seluruh bumi (20% permukaan darat dan 43% permukaan laut.) Kerpasannya amat lembap di sepanjang bahagian hadap angin gunung di mana curahan hujan boleh mencecah 150 inci (3,800 mm).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]