Masjid Sultan Muhammad V

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Sultan Muhammad V
مسجد سلطان محمد ٥
Maklumat am
Cabang/mazhabIslam Sunni
Dibuka pada2010
Maklumat pentadbiran
ImamSM Hashim Bin Hamza (Imam Besar)
SJN Mohamad Azhar Bin Ibrahim (Timb. Imam Besar)
Ustaz Khasbullah Bin Borham
PengerusiPKK Faridon Bin Md Saad
Dimiliki olehJabatan Penjara Malaysia
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
LokasiMasjid Sultan Muhammad V,
Kompleks Penjara Sungai Udang,
76300 Sungai Udang,
Melaka
Koordinat2.289453903788413, 102.13818139730078
Maklumat pembinaan
Bil. kubah1
Bil. menara1
Kapasiti jemaah3000
Laman sesawang
https://www.facebook.com/masjidsultanmuhammadv

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Sultan Muhammad V yang terletak dalam perkarangan Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka mula dibina pada 19 September 2005 dan siap sepenuhnya pada 4 Januari 2010. Masjid ini boleh menampung seramai 3,000 jemaah pada sesuatu masa.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Masjid ini pada awalnya dinamakan Masjid al-Muhajirin namun ia ditukar kepada Masjid Sultan Muhammad V dan dirasmikan oleh Sultan Muhammad V pada 3 Mac 2017.

Pembinaan kompleks dan masjid yang berharga RM 305 juta ini merangkumi dua aras utama dan menyediakan pelbagai kemudahan untuk jemaah serta pengunjung.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Pengurusan bagi Masjid Sultan Muhammad V adalah di bawah pentadbiran Institusi Penjara Sungai Udang secara langsung iaitu pengerusi masjid adalah dari kalangan Pengarah atau Timbalan Pengarah institusi sendiri dan dinaungi oleh Pengarah Penjara Negeri Melaka.[1]

Sejarah Pengerusi Masjid Sultan Muhammad V adalah seperti berikut:

  1. PKK Nik Mohamad Faidza bin Nik Jaafar (2010 - 2013)
  2. YBhg. TKP (B) Datuk Nor Afifi bin Sulong (2013 - 2018)
  3. TKP Noor Aziz Bin Muhamad Noor (2018 - 2021)
  4. PKK Faridon Bin Md Saad (2021 - kini)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Masjid Sultan Muhammad V,
Kompleks Penjara Sungai Udang,
Jalan Masjid Tanah,
76300 Sungai Udang,
Melaka,
 Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Majlis Perasmian Masjid Sultan Muhammad V Penjara Sungai Udang, Melaka". Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia. 27 Mac 2017. Dicapai pada 19 Januari 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]