MK Ibrahim Abd Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Dato'

MK Ibrahim Abd Rahman

D.B.N.S.
Yang di-Pertua
Dewan Undangan Negeri Sembilan
Memegang jawatan
26 September 2023
Didahului olehZulkefly Mohamad Omar
Ahli Majlis Majlis Bandaraya Seremban
Dalam jawatan
2018–2023
Pengerusi AMANAH Negeri Sembilan
Dalam jawatan
2019–2023
PresidenMohamad Sabu
TimbalanMuhammad Zaki Md Sabri
Butiran peribadi
Parti politik Parti Amanah Negara
PekerjaanAhli Politik

Yang Berhormat Dato' MK Ibrahim bin Abd Rahman ialah seorang ahli politik Malaysia berketurunan Melayu dari PH-AMANAH. Beliau telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sembilan pada 26 September 2023[1][2]. Beliau ialah Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Sembilan sejak 2019[3].

Politik[sunting | sunting sumber]

MK Ibrahim pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan pada 1999-2001. Beliau juga menjadi calon PAS dalam pilihan raya negeri 1999 di DUN Ampangan. Beliau kemudiannya menggerakan Gerakan Harapan Baru (GHB) Negeri Sembilan[4], sebelum menyertai AMANAH dan dilantik sebagai Naib Pengerusi AMANAH Negeri[5]. Pada 2019, beliau dipilih sebagai Pengerusi AMANAH Negeri[3]. Beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Bandaraya Seremban bagi sesi 2020-2023[6]. Beliau telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sembilan pada 26 September 2023[1]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Tahun Kawasan Nama Parti Undi Nama Parti Undi Majoriti
1999 N14 Ampangan Ibrahim Abd Rahman PAS 5,458 Zakaria Nordin BN (UMNO) 7,398 1,940
Mohammad Abdullah Bebas 81

Anugerah dan pengikitrafan[sunting | sunting sumber]

  •  Negeri Sembilan
    • Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (D.B.N.S.) - Dato' (2021)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Datuk MK Ibrahim Abd Rahman dilantik Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, N9 yang baharu". www.astroawani.com. Dicapai pada 2023-09-26.
  2. ^ Jalil, Mohd Amin (2023-09-26). "MK Ibrahim Speaker DUN Negeri Sembilan". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-26.
  3. ^ a b "MK Ibrahim is new Negri Sembilan Amanah chairman". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). 2019-11-17. Dicapai pada 2023-09-26.
  4. ^ "Bekas Pesuruhjaya PAS terajui GHB Negeri Sembilan". BH. 22 Julai 2015. Dicapai pada 26 September 2023.
  5. ^ Bendera, Briged Kibaran (2018-03-19). "Empat bekas Pesuruhjaya Pas sertai AMANAH". Briged Kibaran Bendera. Dicapai pada 2023-09-26.
  6. ^ "UNIT URUS SETIA MESYUARAT,LETAK KERETA, DEWAN, PEROLEHAN (1) latest A - Zambri Abd Wahab | Membalik PDF Dalam talian | AnyFlip". anyflip.com. Dicapai pada 2023-09-26.