MP3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

MP3 (dengan lebih tepat lagi, MPEG-1/2 Lapisan 3) ialah sejenis algoritma audio yang mampu memampatkan saiz data audio yang asal sambil mengekalkan kualiti dan hasil bunyi yang sama atau hampir sama dengan audio yang asal.

Populariti MP3 meningkat secara mendadak pada pertengahan 1990-an dengan munculnya perisian pemain audio digital seperti Winamp. Populariti MP3 adalah dsebabkan oleh sifatnya yang mampu memampatkan fail audio sehingga 11 kali ganda tanpa menjejaskan kualiti bunyi. Akibatnya, aktiviti cetak rompak serta muat turun lagu MP3 secara haram mula muncul secara berleluasa. Pengguna boleh memuat turun lagu MP3 secara percuma sama ada lagi beberapa laman web tertentu ataupun melalui perisian rakan-ke-rakan.