MSN

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
MSN
Maklumat umum
URLwww.msn.com
JenisPortal web
Ditubuhkan24 Ogos 1995 Edit the value on Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikMicrosoft
Kandungan dan sokongan
KeluaranPortal web Edit the value on Wikidata
KomersialBercampur
PendaftaranPilihan
Ditulis dalamASP.NET[1]
Perangkaan
Kedudukan Alexapositive decrease 48 (October 2018)[2]
Kawasan diberi khidmatSeluruh dunia
Pautan luar berkaitan
Pautan lainRottentomatoes: critics/source/1683
Facebook: MSNTurkiye Twitter: MSN Instagram: msnaustralia Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

MSN (digayakan sebagai msn) ialah portal web dan koleksi berkaitan perkhidmatan dan aplikasi Internet untuk Windows dan peranti mudah alih, yang disediakan oleh Microsoft dan dilancarkan pada 24 Ogos 1995, tarikh keluaran yang sama seperti Windows 95.[3]

Rangkaian Microsoft pada mulanya merupakan perkhidmatan dail-talian berasaskan langganan yang kemudiannya menjadi pembekal perkhidmatan Internet bernama MSN Dial-up. Pada masa yang sama, syarikat itu melancarkan portal web baru bernama Microsoft Internet Start dan tetapkan ia sebagai halaman utama lalai Internet Explorer, pelayar webnya. Pada tahun 1998, Microsoft menukar nama dan memindahkan portal web ini ke nama domain MSN.com, di mana ia kekal.[4]

Sebagai tambahan kepada perkhidmatan Dail MSN asalnya, Microsoft telah menggunakan nama jenama 'MSN' untuk pelbagai produk dan perkhidmatan selama bertahun-tahun, terutama Hotmail (kemudian Outlook.com), Messenger (yang pernah sama dengan 'MSN 'dalam slang Internet dan kini telah digantikan oleh Skype), dan enjin gelintar webnya, yang kini Bing, dan beberapa perkhidmatan lain yang dijenamakan semula dan dihentikan.[5] MSN berpusat di Amerika Syarikat dan menawarkan versi portal antarabangsa untuk berpuluh-puluh negara di seluruh dunia.[6]

Laman web dan suite aplikasi semasa yang ditawarkan oleh MSN mula diperkenalkan oleh Microsoft pada tahun 2014 sebagai sebahagian daripada reka bentuk semula dan melancarkan semula yang lengkap.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Roger Chapman. "Top 40 Website Programming Languages". roadchap.com. Diarkibkan daripada yang asal pada September 27, 2011. Dicapai pada September 6, 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "Msn.com Traffic, Demographics and Competitors - Alexa". www.alexa.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-29. Dicapai pada 1 October 2018.
  3. ^ "Microsoft timeline and profile". About.com Web Trends. Dicapai pada 2012-05-01.
  4. ^ "MSN works to find its focus". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-06. Dicapai pada 2009-08-07. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ Bishop, Todd (September 30, 2014). "MSN's rebirth brings Microsoft's new approach into focus". GeekWire. Dicapai pada 2014-10-01.
  6. ^ "MSN Worldwide". Dicapai pada 2015-04-10.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]