Hotmail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Microsoft Hotmail
Fail:Hotmail logo.png
300px
Microsoft Hotmail inbox
URL hotmail.com
Komersial? Yes
Jenis tapak web Webmail
Pendaftaran Required
Bahasa yang disediakan 36 languages
pengguna 369 million (March 29, 2011)[1]
Lesen kandungan Proprietary
Pemilik Microsoft
Dicipta oleh Sabeer Bhatia and Jack Smith
Kedudukan dalam Alexa 2,688 (August 2012)[2]
Status semasa Online

Microsoft Hotmail, dahulunya MSN Hotmail dan Windows Live Hotmail, ialah sebuah perkhidmatan web-based email percuma yang dikendali oleh Microsoft dalam kumpulan Windows Livenya.

Hotmail diasaskan oleh Sabeer Bhatia dan Jack Smith sebagai salah satu perkhidmatan e-mel percuma berasaskan web yang terawal di dunia[3], pada Julai 1996 dengan nama "HoTMaiL", yang mana huruf-huruf besar dalam namanya menyatakan HTML, iaitu bahasa pengekodan yang digunakan di Jaringan Sejagat. Hotmail dibiayai oleh firma modal teroka Draper Fisher Jurvetson. Pada tahun 1997, Hotmail dibeli oleh Microsoft dengan harga kira-kira $400 juta, lalu dijenamakan semula sebagai "MSN Hotmail". Versi sekarang, "Windows Live Hotmail", diumumkan secara rasmi pada tahun 2005 lalu dikeluarkan ke seluruh dunia pada tahun 2007.

Windows Live Hotmail menampung muatan e-mel sebanyak 5GB tetapi boleh dibesarkan lagi jika perlu,[4]langkah-langkah keselamatan yang berpaten,[5] teknologi Ajax, dan penyepaduan dengan Windows Live Messenger, Spaces, Calendar, dan Contacts[6]. Hotmail digunakan oleh lebih 270 juta pengguna di seluruh dunia pada tahun 2008, dalam 36 bahasa.[7][8]

Kumpulan-kumpulan pembangunan dan operasi Hotmail bertapak di Mountain View, California.

Am[sunting | sunting sumber]

Begitu juga dengan perkhidmatan e-mel sesawang yang lain, Hotmail menggunakan teknik-teknik Ajax serta menyokong pelayan internet popular (Internet Explorer, Safari, dan Mozilla Firefox). Antara ciri-cirinya termasuk kawalan papan kekunci yang memberikan keupayaan melayari halaman tanpa menggunakan tetikus, keupayaan mencari[9] mesej dengan sintaks pertanyaan berstruktur seperti "from:ebay", penapis mesej, penyusunan mesej dalam folder, pelengkapan alamat hubungan secara automatik ketika menulis mesej, pengumpulan rakan-rakan hubungan, mengimport dan mengeksport senarai hubungan dalam fail-fail CSV, pemformatan teks kaya, tandatangan teks kaya, penapisan spam dan pengimbasan virus, sokongan berbilang alamat, dan pelbagai versi bahasa. Capaian POP3 kini disediakan untuk semua akaun Hotmail.[10]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

  • Pemain audio (Audio player)
Pemain audio bersepadu yang memainkan mel suara atau petikan audio MP3 selepas failnya diimbas untuk mencegah virus.
  • Persepaduan
Hotmail bersepadu dengan perkhidmatan Windows Live yang lain. Pengguna boleh melihat sama ada rakan-rakan hubungan di Windows Live Messenger berada atas talian, lalu memulakan sembang IM dari Hotmail. Persepaduan dengan Windows Live People memberikan keupayaan mengemas kini maklumat rakan-rakan hubungan secara automatik, di samping menyalurkan suapan Terbaru dari pengguna yang terdapat dalam Windows Live Profile. Windows Live Calendar juga boleh dicapai melalui antara muka Hotmail dan apa-apa rancangan yang dijadualkan oleh pengguna lain boleh dimasukkan ke dalam kalendar pengguna.
  • Pasang segera (Quick add)
Membolehkan pengguna membuat carian dengan Bing lalu menyiratkan hasil carian ke dalam mesej e-mel. Maklumat yang didapati dari pasang tambah segera ini termasuk hasil carian peta, restoran, waktu tayangan filem, gambar, video dan senarai syarikat.
  • Anak tetingkap bacaan (Reading pane)
Rekaan Hotmail berketengahkan penampilan bergaya Outlook, iaitu terdiri daripada anak tetingkap bacaan untuk melihat peti masuk dan mesej serentak, fungsi tarik dan lepas, kekunci pintas Ctrl atau Shift untuk memilih mesej dan mengklik kanan menu konteks. Begitu juga dengan Outlook, anak tetingkap bacaan boleh dipaparkan di sebelah atau di bawah mesej, atau disorokkan.
  • Keselamatan
Antara ciri-ciri keselamatan yang terpasang dalam Hotmail termasuk imbasan virus Windows Live OneCare, SenderID, Pengesahan SMTP, pengesanan pemancing data secara heuristik, Bonded Sender, pengesanan senarai mel, dan pengesanan penghantaran.[5] Mana-mana mel yang mungkin tidak selamat ditahan oleh Hotmail agar mesejnya tidak dibuka atau pembukaan lampirannya dilarang sehingga dibenarkan oleh penggunanya. Ini bertujuan membanteras kegiatan pemancing data. "Bar keselamatan" (safety bar) terletak di atas setiap mesej sebagai makluman untuk memastikan sama ada pengguna mengenali pengirim dan kandungan melnya selamat atau tidak.
  • Penyemak ejaan (Spell checker)
Seperti perisian Microsoft Office, Hotmail dilengkapi keupayaan menyemak ejaan kata-kata ketika ditaip. Kata-kata yang tersalah eja ditandakan garis bawah merah, dan apabila diklik kanan menyenaraikan ejaan betul. Jika pelayar web pengguna disertakan penyemak ejaan sendiri, maka ciri-ciri penyemak ejaan Hotmail ditutup untuk memberi laluan kepada penyemak ejaan pelayar web.
  • Tema
Hotmail menawarkan beraneka tema untuk menghiasi antara muka Hotmail. Tema yang dipilih akan turut dipasang di seluruh perkhidmatan Windows Live yang lian.
  • Lampiran (Attachment)
Hotmail membolehkan pengguna menghantar dan menerima lampiran yang bersaiz sehingga 10 MB.

Pendaftaran[sunting | sunting sumber]

Ketika mendaftar, pengguna baru boleh memilih satu alamat domain Hotmail (cth. @hotmail.com, @live.com dan @msn.com).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]