MV Arctic Sea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Garis bentuk Arctic Sea

MV Arctic Sea merupakan kapal kargo membawa muatan kayu dan dilaporkan hilang pada Julai / Ogos 2009. Kayu-kayu itu daripada Jakobstad, Finland untuk dihantar ke Béjaïa, Algeria. Kapal itu berpangkalan di Malta dan dikendalikan oleh Solchart Management AB Helsinki, Finland.

Pada 24 Julai 2009, ia dikatakan dinaiki oleh sekumpulan lelaki berpakaian seragam polis di pantai lepas Sweden, antara kepulauan Ötanah dan Gotland. Peristiwa ini bagaimanapun tidak dilaporkan segera. Destinasinya ialah negara Algeria tetapi tidak pernah sampai ke situ. Hubungan radar terputus pada 30/31 Julai 2009. Pada 14 Ogos kapal ini dilaporkan dilihat berhampiran Cape Verde. Pada 17 Ogos, menteri pertahanan Rusia mengumumkan ia telah dijumpai, dan anak kapalnya telah diselamatkan dan dipindahkan ke sebuah kapal tentera Rusia. Sehari selepas itu, beliau mengumumkan yang lapan perampas telah ditahan. Pihak Berkuasa Samudera Malta kemudian menyatakan pihak yang terbabit menyiasat kejadian ini telah lama mengetahui lokasi kapal ini, namun memilih menyembunyikan maklumat itu bagi melindungi anak kapal.

Kejadian dinaiki[sunting | sunting sumber]

Kapal Arctic Sea ini milik Rusia hilang ketika belayar melalui Selat Inggeris dan mencetuskan pelbagai teori berhubung kehilangannya. Kapal seberat 3,988 tan itu mempunyai 15 anak kapal dan membawa muatan kayu bernilai €1.3 juta (RM6.4 juta) selain sebuah kargo misteri.[1] Kapal tersebut berada berhampiran Gotland, Sweden apabila ia dikatakan dinaiki pada awal pagi 24 Julai 2009 oleh sekumpulan 8 hingga 10 lelaki, yang menaiki bot boleh kembung berlabel polis.[2] Selepas menggeledah kapal tersebut, mereka pergi. Kerajaan Sweden bagaimanapun menyatakan pasukan polisnya tidak pernah menaiki kapal tersebut[3].

Kehilangan[sunting | sunting sumber]

Kapal itu dilaporkan hilang dari radar selepas panggilan rutin kepada pasukan pengawal pantai Dover, England pada 28 Julai.[1][4] Ia terus menghantar isyarat automatik sehingga 30 Julai dan pasukan polis Sweden mengesahkan menerima satu panggilan telefon dari kapal itu pada 31 Julai.[3] Tiada maklumat diketahui selepas itu, dan pada 3 Ogos, amaran perampasan dikeluarkan oleh Interpol.[4]

Tentera Laut Rusia menghantar lima buah kapal perangnya mencari di perairan barat Afrika; Portugal turut melancarkan operasi serupa.[5]

Dijumpai[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Ogos, kapal ini dilaporkan dilihat di perairan Cape Verde. Pada 17 Ogos, menteri pertahanan Rusia mengumumkan ia telah dijumpai, dan anak kapalnya telah diselamatkan dan dipindahkan ke sebuah kapal tentera Rusia, RFS Ladny.[6] Pihak Berkuasa Samudera Malta kemudian menyatakan pihak yang terbabit menyiasat kejadian ini telah lama mengetahui lokasi kapal ini, namun memilih menyembunyikan maklumat itu bagi melindungi anak kapal Arctic Sea.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Misteri kehilangan kapal milik Rusia", Kosmo!, 2009-08-14. Dicapai pada 2009-08-14. 
  2. Nieminen, Tommi. "Where are you, Arctic Sea?", Helsingin Sanomat, 2009-08-09. Dicapai pada 2009-08-11. 
  3. 3.0 3.1 Gracheva, Natalya (13/08/2009). "На поиск сухогруза Arctic Sea отправлены две наши подлодки" (dalam bahasa Rusia). Komsomolskaya Pravda. http://kp.ru/daily/24342.4/532424/. Capaian 13/08/2009. 
  4. 4.0 4.1 "Hunt on for 'hijacked cargo ship'". BBC News. 12/08/2009. http://news.bbc.co.uk/2/hi/uk_news/8196640.stm. Capaian 12/08/2009. 
  5. Walker, Peter. "Mystery of the Arctic Sea: ship feared seized by pirates in European waters", The Guardian, 2009-08-11. Dicapai pada 2009-08-11. 
  6. "Missing Ship Found Off Africa", The Moscow Times, 2009-08-18. Dicapai pada 2009-08-17.