Kayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Permukaan kayu

Kayu ialah sejenis bahan organik berserat yang dijumpai dalam batang dan akar pokok atau tumbuh-tumbuhan. Biasanya kayu merujuk kepada tumbuhan saka yang kekal. Ia telah digunakan selama beribu tahun sebagai bahan bakar dan bahan pembinaan. Serat selulosa kompositnya (yang kuat dalam tegangan) tersirat dalam matriks lignin yang tahan tekanan. Dalam pokok yang hidup, kayu mempunyai fungsi sokongan, membolehkan pokok tersebut menegak dan membesar tinggi. Ia juga menjadi pengantara pemindahan air dan nutrien ke daun dan dan tisu membesar lain.

Bumi memiliki kira-kira satu trilion tan kayu, yang bertambah pada kadar 10 bilion tan setahun. Sebagai sumber boleh diperbaharu karbon-neutral yang banyak, bahan berkayu menimbulkan minat yang tinggi sebagai sumber tenaga boleh baharu. Pada 1991, kira-kira 3.5 bilion meter padu kayu dipungut. Kegunaan utama ialah untuk perabot dan binaan[1] serta kertas.

Kayu terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kayu lembut, sederhana dan keras.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Horst H. Nimz, Uwe Schmitt, Eckart Schwab, Otto Wittmann, Franz Wolf "Wood" in Ullmann's Encyclopedia of Industrial Chemistry 2005, Wiley-VCH, Weinheim. DOI:10.1002/14356007.a28_305

Pautan luar[sunting | sunting sumber]