Helsinki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Helsinki
Helsingfors
Helsingin kaupunki – Helsingfors stad
Mohor rasmi bagi Helsinki
Mohor rasmi
Lokasi Helsinki
Lokasi Helsinki
Lokasi Helsinki
Koordinat: 60°10′N 24°56′E / 60.167°N 24.933°E / 60.167; 24.933
Negara Finland
Wilayah Finland Selatan
Daerah Uusimaa
Sub-daerah Helsinki
Diasaskan 1550
Kerajaan
 - Ketua bandar Jussi Pajunen
Kepadatan (Oktober 2006)
 - Jumlah 564,643[1]
Zon masa EET (UTC+2)
Bahasa rasmi: bahasa Finland, Sweden
Pengangguran: 8.9%
Laman web: http://www.hel.fi/

Helsinki (dalam bahasa Finland), Helsingfors (dalam bahasa Sweden) adalah ibu negara dan bandar terbesar negara Finland. Ia terletak pada 60°10′U 24°56′T, di sebelah selatan Finland di kawasan pantai Selat Finland, di Laut Baltik. Helsinki mempunyai penduduk seramai 564,643 (31 Ogos 2006). Helsinki ialah salah sebuah bandar di dalam kawasan yang dinamakan Daerah Ibu Kota (Pääkaupunkiseutu). Bandar-bandar jiran Helsinki yang termasuk dalam kawasan ini adalah Espoo, Vantaa dan Kauniainen. Tampere, kawasan bandar kedua terbesar di Finland, terletak kira-kira 180 kilometer di utara Helsinki. Daerah Ibu Kota ini mempunyai penduduk seramai 997,291. Kawasan Helsinki Besar (Suur-Helsinki) pula mengandungi beberapa lagi bandar-bandar di keliling Daerah Ibu Kota dan mempunyai penduduk seramai 1,293,093. Ini bermakna satu perempat daripada penduduk Finland tinggal di kawasan metropolitan Helsinki ini [2][1].

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Ekonomi Helsinki lebih bergantung kepada industri perkhidmatan terutamanya teknologi informasi dan kewangan. Walau bagaimanapun industri berat seperti kertas, tekstil dan pembinaan kapal masih memain peranan yang penting. Banyak syarikat-syarikat Finland yang besar mempunyai ibu pejabat dan fungsi penting yang lain di kawasan metropolitan Helsinki. Ini terutamanya disebabkan hubungan antarabangsa, rangkaian logistik dan adanya tenaga buruh. Kawasan ini juga menjadi pilihan syarikat-syarikat antarabangsa bagi menempatkan ibu pejabat cawangan mereka.

Kawasan metropolitan Helsinki menyumbangkan lebih-kurang satu pertiga daripada GDP (Hasil Dalam Negeri Kasar) Finland. GDP per kapita adalah 1.5 kali lebih tinggi daripada purata dalam negeri yang membuatkan Helsinki sebagai antara ibu-ibu kota yang terkaya di Eropah. Pada 2004 ekonomi kawasan ini meningkat sebanyak 3.2% dan ia dianggarkan menghadapi ketumbuhan ekonomi yang positif pada masa depan [3].

Helsinki juga dikenali sebagai bandar yang unik kerana tidak terdapat kawasan yang dikatakan “slum” atau kawasan yang dihuni oleh orang-orang miskin sahaja. Walau bagaimanapun jurang sosial semakin membesar dan pakar-pakar sudah memberi amaran mengenai gejala masalah-masalah sosial yang kian meningkat.

Terdapat empat masalah yang mencabar perkembangan ekonomi kawasan ini: kejayaan integrasi pendatang luar kedalam masyarakat, perkembangan infrastruktur, pengeluaran perkhidmatan awam dan kekurangan kerjasama dikalangan pentadbiran bandar-bandar di kawasan ini.

Helsinki adalah juga tapak kepada Bursa Saham Helsinki yang dimiliki oleh Syarikat OMX.

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Institut pengajian tinggi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Universiti-universiti di Finland

Politeknik[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan awam Helsinki adalah dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Bandar Helsinki, Helsingin Kaupungin Liikennelaitos. Jenis-jenis pengangkutan awam yang terdapat di bandar ini adalah tram, rel, keretapi bawah tanah, lebih dikenali dengan nama metro, bas dan feri.

Kini hanya Helsinki mempunyai tram atau metro. Bandar-bandar lain yang pernah menggunakan tram adalah bekas ibu negara Finland, Turku (Åbo) dan Viipuri (Vyborg). Metro Helsinki dibuka pada 1982 dan ia merupakan sistem metro yang unggul di Finland. Rancangan untuk memperluaskan perkhidmatan metro ke Espoo (Esbo) di barat dan ke Sipoo (Sibbo) sedang dipertikaikan.[4].

Feri memberi perkhidmatan pengangkutan ke Tallinn di Estonia, Stockholm di Sweden, Travemünde and Rostock di Jerman.

Pengangkutan udara utama dikendalikan di Lapangan Terbang Antarabangsa Helsinki-Vantaa yang terletak di bandar Vantaa, lebih kurang 19 kilometer utara dari tengah bandar Helsinki. Lapangan terbang memberi perkhidmatan penerbangan terus ke banyak bandar-bandar utama di Eropah, Asia dan Amerika Utara. Terdapat satu lagi lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Malmi, yang digunakan untuk penerbangan biasa dan persendirian.

Tarikan pelancong[sunting | sunting sumber]

Terdapat pelbagai jenis tarikan pelancong di Helsinki. Berikut adalah tempat-tempat yang menjadi kegemaran ramai:

  • Senaatintori (Dataran Senat) dan bangunan-bangunan di sekelilingnya adalah pada keseluruhannya merupakan contoh senibina Neoklasik yang unik. Terdapat empat bangunan yang direka oleh Carl Ludvig Engel diantara tahun-tahun 1822 dan 1852. Bangunan-bangunan tersebut adalah Katedral Helsinki (Tuomiokirkko), Istana Kerajaan, bangunan utama Universiti Helsinki dan Perpustakaan Kebangsaan Finland. Diantara bangunan-bangunan ini Katedral Helsinki adalah yang paling terkenal.
  • Suomenlinnan merilinnoitus adalah salah sebuah kubu laut yang terbesar di dunia. Ia diasaskan pada 1748 dan dibina oleh Augustin Ehrensvärd di pulau-pulau berhampiran pantai Helsinki. Pelancong boleh menggunakan feri awam atau feri pelancong untuk melawat kubu ini.
  • Linnanmäki ialah sebuah taman hiburan yang sesuai untuk seisi keluarga. Dibuka sejak tahun 1950, ia merupakan taman hiburan yang tertua dan terbesar dari segi bilangan pelawat di Finland. Setiap tahun lebih dari 1 juta yang melawat taman ini. Terdapat berbagai jenis peralatan mainan tetapi yang menjadi kegemaran ramai sejak ia dilancarkan lebih 50 tahun yang lepas ialah rollercoaster yang diperbuat dari kayu [5].
  • Merimaailma Sea Life (Dunia Laut) ialah sebuah akuarium yang menempatkan berbagai jenis haiwan laut dari lautan tropika ke lautan Artik. Pelawat dapat meninjau kehidupan haiwan laut melalui terowong lut sinar yang dibina menerusi akuarium. Selain dari akuarium terdapat pamiran spesies yang mengalami ancaman akibat pencemaran dan alam sekitar yang dimusnahkan oleh manusia. Akuarium ini adalah sebahagian dari rangkaian pan-European Sea Life yang bertujuan menimbulkan kesedaran orang ramai atas keperluan memelihara alam sekitar laut dari pencemaran dan penangkapan ikan berketerlaluan.
  • Zoo Korkeasaari yang diasaskan pada 1889 adalah salah sebuah taman haiwan yang tertua di dunia. Di sini terdapat lebih-kurang 200 spesies haiwan dari kawasan artik tundra ke kawasan tropika hutan hujan di taman haiwan ini dan dekat 1000 spesies tumbuh-tumbuhan. Taman haiwan ini merupakan sebahagian dari rangkaian taman-taman haiwan di Eropah yang bertekad untuk memelihara spesies haiwan yang terancam.
  • Gereja Tempeliaukio yang dibuka pada 1969 adalah tarikan pelancong yang sangat terkenal di Helsinki. Keistimewaan gereja ini terletak pada dinding gereja yang dikorek dari batu tapak gereja ini. Gereja ini direka oleh sepasang adik-beradik Timo dan Tuomo Suomalainen. Gereja ini sering digunakan untuk konsert disebabkan akustik yang amat baik.
  • Katedral Uspenski yang disiapkan pada 1868 adalah gereja kristian ortodoks yang terbesar di Eropah Barat. Ia terletak di Katajanokka di Helsinki. Gereja ini mempunyai kubah keemasan dan berdinding batu merah. Senibinanya jelas melambangkan kesan pemerintahan Russia keatas sejarah Finland.
  • Sibelius monumentti yang dibuka pada 7.9.1967 adalah tugu peringatan pengubah lagu Jean Sibelius dan ia adalah salah sebuah tugu yang terkenal di Helsinki. Terletak di Taman Sibelius, tugu ini merupai paip organ yang diperbuat dari 600 paip keluli yang dikimpalkan seberat 24 ton dan di sebelahnya patung pengubah lagu. Tugu ini telah direka oleh Eila Hiltunen.

Muzium[sunting | sunting sumber]

Muzium Seni Ateneum mempamirkan koleksi lukisan-lukisan pelukis Finland dari tahun-tahun 1750-puluhan sehingga 1960-puluhan dan lukisan-lukisan pelukis barat dari pertengahan 1800-puluhan sehingga 1950-puluhan. Di sini dapat dilihat lukisan-lukisan pelukis Finland yang terkenal seperti Albert Edelfelt, Akseli Gallen-kallela dan Helena Schjerfbeck. Di dalam bangunan muzium ini terdapat Dewan Ateneum yang digunakan untuk berbagai acara. Ateneum adalah sebahagian dari Galeri Negara Finland.

Suomen kansallismuseo (Muzium Negara Finland) mempamirkan sejarah Finland dari zaman tamadun sehingga masa kini. Koleksi yang dikumpulkan sejak 170 tahun yang lalu termasuk jumpaan-jumpaan arkeologi, numismatik dan koleksi-koleksi etnologi. Pada masa ke masa muzium mengadakan pamiran-pamiran khas.

Kiasma adalah muzium seni moden yang mempamirkan berbagai koleksi seni dari tahun 1960-puluhan. Di pamiran-pamiran khas terdapat gambar-gambar foto, seni media dan sebagainya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b The Population Registre Center of Finland Väestörekisterikeskus,Kuntien väestömäärä aakkosjärjestyksessä 30.6 2006 Diarkibkan 2009-08-06 di Wayback Machine([The Finnish] Population by municipalities in alphabetical order 30.6 2006)
  2. ^ a b Aluesarjat - Statistics page maintained by the main cities in Greater Helsinki
  3. ^ Statistics Finland, Kauppalehti Presso 28.1.2006
  4. ^ www.lansimetro.fi - an information portal dedicated to the "länsimetro" subway expansion in the Helsinki capital region.
  5. ^ "Linnanmäki". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-24. Dicapai pada 2007-03-01.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]