Mackenyu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mackenyu
新田 真剣佑
Makken'yū tahun 2023
Kelahiran
Makken'yū Arata

(1996-11-16) 16 November 1996 (umur 27)
Nama lainMackenyu Chiba
J.J. MacKenyu
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2005–sekarang
EjenAsian Cinema Entertainment (AS)
Top Coat (JP)
Ketinggian ft 0 in (0 m)
IbuTamami Chiba
BapaSonny Chiba
SaudaraJuri Manase (saudara tiri)
Gordon Maeda (saudara laki-laki)
Laman web rasmimackenfamily.jp

Mackenyu Arata[1] (Jepun: 新田 真剣佑, Hepburn: Arata Makken'yū, lahir Mackenyu Maeda (Jepun: 前田 真剣佑, Hepburn: Maeda Makken'yū) pada 16 November 1996)[2] ialah pelakon Jepun kelahiran Los Angeles. Ia terkenal melakonkan Minato Hirose dalam siri televisyen Kaiji: Final Game tahun 2019, Yukishiro Enisi pada filem bertajuk Rurouni Kenshin: The Final, dan Roronoa Zoro dalam siri One Piece terbitan Netflix.

Beliau putera kepada Sonny Chiba, seorang pelakon terkenal pada dasawarsa 60-an serta petarung bela diri.[3]

Kehidupan Awal dan Keluarga[sunting | sunting sumber]

Mackenyu Maeda, lebih dikenali dengan nama Mackenyu Arata, lahir pada tarikh November 16, 1996, di Los Angeles, Amerika Syarikat.[4][5] Dia ialah putera kepada Tamami Chiba dan bintang wayang Jepun; Sonny Chiba. Mackenyu tiga bersaudara, akaknya Juri Manase (puteri ayahnya dari ibu lain pada perkahwinan sebelum ini) dan adik lelaki bernama Gordon.[6][7] Dia bersekolah di Sekolah Menengah Umum Beverly Hills dengan mengambil peperiksaan Advanced Placement selepas menamatkan pendidikan menengahnya. Saat masih kecil, Mackenyu sudah mula bekerja melakonkan cameo di pelbagai tajuk filem dan siri TV Amerika Syarikat dan Jepun. Dia tampil dalam siri pendek Team Astro (Astro Kyūdan) pada tahun 2005, dan filem cetera tahun 2007 bertajuk Oyaji. Selepas memasuki darjah sekolah menengah pertama ia sudah jarang melakonkan filem atau tampil dalam progam televisyen. Selepas masa tadikanya, Mackenyu meluangkan waktunya berlatih memanah berkuda dan Yabusame pada usia 7 tahun. Dia berlatih Kyokushin Karate sejak usianya 8 tahun. Saat di sekolah menengah pertama, Mackenyu memfokuskan diri pada kejohanan karate kebangsaan AS dan berjaya memenangi peringkat ke-3. Selepas meregistrasi ke Beverly Hills, ia tidak meneruskan latihan karatenya dan mula mencuba sukan baharu seperti gimnastik, polo air, dan gusti. Pihak sekolah yang mengetahui talentanya dalam bertarungpun menunjuknya dalam kejohanan gusti. Pada sukan itu Mackenyu tidak terlalu menampakan hasil yang baik.

Selain menyenangi sukan yang mengguna kekuatan fizikal, Mackenyu juga suka pada seni muzik. Dia sudah bermain piano sejak berumur 10 tahun. Semasa di Beverly Hills, sekolah menunjuknya bemain band di kejohanan muzij band SMU. Sebagai anggota band ia memainkan saxofon dan puput serunai.

Di usianya yang ke-16, Mackenyu menontom sebuah wayang Jepun dan protagonis yang melakonkan cerita menginspirasikan dirinya agar kembali ke Industri filem. Dia mempunyai keinginan melakonkan satu tajuk filem bersamanya selepas menamatkan peperiksaan. Dalam satu wawancara, Mackenyu menjawab bahawa pelakon itu ialah Haruma Miura selepas melakonkan watak utama membersamainya dalam filem Gunjō Senki.[8] Mackenyu pertama kali melakonkan protagonis dalam filem bertajuk Take a Chance (2015) dan berperan dalam filem pendek kontroversial berlatar keluarga Jepun yang merana selepas PD II dalam filem bertajuk Tadaima (2015). Filem itu memenangi kategori Filem Pendek dengan Cerita Terbaik di Festival Filem Philadelphia Asia Amerika.[9] Pada akhir tahun ia memutuskan bermastautin di Jepun, dalam wawancaranya ia terangkan kalau Jepun ialah tempat paling sesuai baginya belajar membina diri.[10]

Senarai Lakonan[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Sebagai Catatan Ruj.
2015 Tadaima George [11]
Kamen Rider Drive: Surprise Future Eiji Tomari [12]
Take a Chance Masa [13]
2016 Chihayafuru Part 1 Arata Wataya [14]
Chihayafuru Part 2 [15]
Night's Tightrope Hikaru Makise [16]
Bittersweet Atsushi Babazono [16]
2017 Let's Go, Jets! Kōsuke Yamashita [17]
JoJo's Bizarre Adventure: Diamond Is Unbreakable Chapter I Okuyasu Nijimura [18]
Peach Girl Kazuya "Tōji" Tōjigamori [16]
2018 Pacific Rim: Uprising Cadet Ryoichi [16]
Chihayafuru Part 3 Arata Wataya [19]
Over Drive Naozumi Hiyama [20]
Impossibility Defense Asao Momose [16]
Code Blue: The Movie Akio Kishida [16]
2019 12 Suicidal Teens Shinjirō [16]
Tokyo Ghoul S Sōta [16]
NiNoKuni Haru Sebagai pelakon suara [21]
2020 Kaiji: Final Game Minato Hirose [22]
Our 30-Minute Sessions Aki Miyata [23]
Tonkatsu DJ Agetarō tetamu bilik VIP Kameo [24]
2021 Brave: Gunjō Senki Aoi Nishino [25]
The Master Plan Makoto [26]
Rurouni Kenshin: The Final Yukishiro Enishi [27]
2022 Fullmetal Alchemist: The Revenge of Scar Scar [28]
Fullmetal Alchemist: The Final Alchemy [28]
2023 Knights of the Zodiac Pegasus Seiya [29]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Sebagai Rangkaian penyiar Catatan Ruj.
2015 Yume wo Ataeru Masaaki Wowow Siri mini [30]
2016 Sakurasaku Ippei Siri mini [31]
Tomorrow, I'll Surely Love You Again Shouta Fuji TV [32]
Brass Dreams Ren Kitora TBS [33]
2017 Fugitive Boys Ichihashi Tetsuto Fuji TV [34]
2018 Kiss that Kills Takauji Namiki NTV [35]
2019 Two Homelands Yu Amada TV Tokyo Siri mini [36]
Our Dearest Sakura Aoi Kijima NTV [37]
2020 Remote de Korosareru Nomura Yusaku NTV [38]
2021 The End of the Tiny World: Half A Year Later Makoto dTV [26]
Ichikei's Crow: The Criminal Court Judges Bunta Ishikura Fuji TV [39]
2023–kini One Piece Roronoa Zoro Netflix [40]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "新田真剣佑 TOP COAT". TOP COAT. Dicapai pada 2018-02-03.
  2. ^ "J.J. Jr. MacKenyu - Biographical Summaries of Notable People - MyHeritage". www.myheritage.com. Dicapai pada 2016-06-16.
  3. ^ "A Sonny Chiba interview: Acting, martial arts and family - Meniscus Magazine". Meniscus Magazine (dalam bahasa Inggeris). 2014-08-03. Dicapai pada 2016-06-17.
  4. ^ 千葉真一. "アメリカに移住して再婚、長男と次男が誕生". 千葉流 サムライへの道. (第6章 生活の中に武士道をいかに活かすか) (ed. 初版). ぶんか社. m/s. 225–233. ISBN 4821142694.
  5. ^ 千葉真一. "57歳から第二の子育てスタート!". 千葉真一 改め 和千永倫道. (第四章 子供たちよ……!) (ed. 初版). 山と渓谷社. m/s. 120. ISBN 4635340228.
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Neate2021 tidak disediakan
  7. ^ Gilbey, Ryan (August 24, 2021). "Sonny Chiba obituary". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada August 24, 2021. Dicapai pada March 9, 2023. He is survived by his daughter from that marriage, Juri, as well as by Mackenyu and Gordon, his children from his second marriage, to Tatami, which ended in divorce in 2015.
  8. ^ "新田真剣佑、故三浦春馬さんとの共演は「宝」 俳優を志すきっかけの存在 : 映画ニュース". 映画.com (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada May 1, 2021. Dicapai pada 2021-05-01.
  9. ^ "2015 Season". Philadelphia Asian American Film Festival (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-01-23.
  10. ^ "真剣佑「自分も2世だとは思ってない」". Diarkibkan daripada yang asal pada December 1, 2021. Dicapai pada September 1, 2021.
  11. ^ "The Story — Tadaima". tadaimathemovie.com. Diarkibkan daripada yang asal pada December 1, 2021. Dicapai pada January 9, 2019.
  12. ^ "劇場版 仮面ライダードライブ サプライズ・フューチャー". eiga.com. Diarkibkan daripada yang asal pada December 1, 2021. Dicapai pada February 19, 2021.
  13. ^ "Take a Chance (2015)". Filmaffinity. Diarkibkan daripada yang asal pada December 1, 2021. Dicapai pada January 9, 2019.
  14. ^ "Mackenyu". laughy.jp Retrieved 2016-6-16 (Google translation)
  15. ^ "ちはやふる 下の句". eiga.com. Diarkibkan daripada yang asal pada December 1, 2021. Dicapai pada January 10, 2021.
  16. ^ a b c d e f g h "新田真剣佑 作品一覧". eiga.com. Diarkibkan daripada yang asal pada December 1, 2021. Dicapai pada January 9, 2019.
  17. ^ "広瀬すず「チア☆ダン」に中条あやみや真剣佑出演、アメリカロケ敢行". Natalie. Diarkibkan daripada yang asal pada December 1, 2021. Dicapai pada January 10, 2021.
  18. ^ 山崎賢人、「ジョジョの奇妙な冒険」記者会見で山田孝之の髪型イジりにキレられず (dalam bahasa Japanese). natalie. Diarkibkan daripada yang asal pada September 28, 2016. Dicapai pada 2016-09-28.CS1 maint: unrecognized language (link)
  19. ^ "ちはやふる 結び". eiga.com. Diarkibkan daripada yang asal pada December 1, 2021. Dicapai pada July 25, 2021.
  20. ^ "OVER DRIVE". eiga.com. Diarkibkan daripada yang asal pada December 1, 2021. Dicapai pada January 10, 2021.
  21. ^ "二ノ国". eiga.com. Diarkibkan daripada yang asal pada November 27, 2020. Dicapai pada June 11, 2019.
  22. ^ "「カイジ」藤原竜也主演で9年ぶり映画化、福本伸行による完全オリジナルストーリー". Natalie. Diarkibkan daripada yang asal pada June 12, 2019. Dicapai pada May 31, 2019.
  23. ^ "Our 30-Minute Sessions". Asmik Ace. Diarkibkan daripada yang asal pada October 29, 2020. Dicapai pada February 5, 2020.
  24. ^ "新田真剣佑「とんかつDJアゲ太郎」に友情出演、北村匠海や伊藤健太郎と4年ぶり集結". Natalie. Diarkibkan daripada yang asal pada December 1, 2021. Dicapai pada October 3, 2020.
  25. ^ "「群青戦記」新田真剣佑で実写映画化!高校生アスリートが戦国時代にタイムスリップ". Natalie. Diarkibkan daripada yang asal pada December 1, 2021. Dicapai pada February 5, 2020.
  26. ^ a b "EXILE岩田剛典&新田真剣佑、初共演でバディに「名も無き世界のエンドロール」映画化". Modelpress. Diarkibkan daripada yang asal pada December 1, 2021. Dicapai pada June 16, 2020.
  27. ^ "新田真剣佑が「るろうに剣心」で縁を演じる、大友啓史「眼差しの強さに惹かれた」". Natalie. Diarkibkan daripada yang asal pada December 1, 2021. Dicapai pada February 13, 2020.
  28. ^ a b "実写『鋼の錬金術師』完結編が二部作で公開決定!新田真剣佑、内野聖陽、舘ひろしも新たに参加". Cinematoday. Diarkibkan daripada yang asal pada March 4, 2022. Dicapai pada May 2, 2022.
  29. ^ Kit, Borys (2021-09-21). "Mackenyu, Madison Iseman, Sean Bean, Famke Janssen to Star in Live-Action 'Knights of the Zodiac' Adaptation (Exclusive)". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada September 22, 2021. Dicapai pada 2021-09-22.
  30. ^ "夢を与える". The Television. Diarkibkan daripada yang asal pada December 11, 2021. Dicapai pada December 11, 2021.
  31. ^ "サクラ咲く". TCエンタテインメント. Diarkibkan daripada yang asal pada December 11, 2021. Dicapai pada December 11, 2021.
  32. ^ "明日もきっと君に恋をする". Socket Co., Ltd. Diarkibkan daripada yang asal pada December 11, 2021. Dicapai pada December 11, 2021.
  33. ^ "仰げば尊し". modelpress (dalam bahasa Jepun). Net Native. 3 Jun 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada December 11, 2021. Dicapai pada December 11, 2021.
  34. ^ Reileen (2017-07-09). "Upcoming Summer JDramas 2017". ARAMA! JAPAN (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada April 14, 2021. Dicapai pada 2021-04-14.
  35. ^ "「トドメの接吻」新田真剣佑インタビュー"最難関"な役に向き合う 山崎賢人にキュンとした現場での姿とは?". Model Press. Diarkibkan daripada yang asal pada December 1, 2021. Dicapai pada January 10, 2021.
  36. ^ "高良健吾×新田真剣佑、『二つの祖国』初共演対談 「考えるきっかけになれば」". Oricon. Diarkibkan daripada yang asal pada December 1, 2021. Dicapai pada January 10, 2021.
  37. ^ 日本テレビ放送網株式会社. "同期のサクラ|日本テレビ". 日本テレビ (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada November 12, 2020. Dicapai pada 2020-02-09.
  38. ^ jadefrost (2020-07-25). "NTV Drama Special 2020 ~ Remote de Korosareru". Jdrama Weblog (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada April 14, 2021. Dicapai pada 2021-04-14.
  39. ^ "Ichikei's Crow - The Criminal Court Judges". FUJI TELEVISION NETWORK, INC. (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada April 13, 2021. Dicapai pada 2021-04-14.
  40. ^ "Netflix's One Piece Live-Action Cast Revealed". comicbook. (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada November 9, 2021. Dicapai pada 2021-11-09.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]