Magik Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Magik Cinta
Buku Magik Cinta ialah sebuah buku yang diterbitkan oleh Eyeroom editor & publisher.
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
GenreCereka
Penerbitan
PenerbitEyeroom editor & publisher
Tarikh penerbitan
2014
Jenis media
Buku eletronik

Buku Magik Cinta ialah sebuah buku eletronik yang diterbitkan di Malaysia pada 2014. Ia diterbitkan oleh Eyeroom editor & publisher dalam Bahasa Melayu.

MAGIK CINTA adalah i-Novel terbaharu dan yang ketujuh dihasilkan oleh Maharatu Rafidah Mohamad yang diterbitkan oleh Eyeroom editor & publisher pada tahun 2014. Ia telah diterjemahkan ke dalam empat bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Itali, Bahasa Jerman dan Bahasa Perancis dan bakal diterjemahkan ke dalam Bahasa Rusia.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

i-Novel Magik Cinta ini menceritakan tentang Suci Haurriyyah, seorang gadis autism dikatakan memiliki sebuah magik terhebat jika disatukan dengan Cristaux Bleus Humains iaitu Qarl Mikail Johan yang mampu melihat masa hadapan. Dunia Kristal dan Dunia Manusia perlu bersatu demi menyelamatkan sebuah hati yang telah diserap oleh Kristal Hitam iaitu Isabel. Dan Suci Haurriyyah perlu menjadi Cristal Violet Humaine sebelum dapat memiliki Magik Cinta itu.

Oleh itu, Suci Haurriyyah terpaksa belajar menggunakan Magik hanya dalam masa dua hari yang diajar oleh Qarl Mikail Johan yang bersikap dingin dan kasar kepadanya. Namun Suci Haurriyyah yang sebenarnya juga adalah cucu saudara kepada Tuanku berjaya menguasai magik yang perlu dipelajari selama 10 tahun oleh para penduduk Dunia Kristal.

Suci Haurriyyah terpaksa bersatu dengan Qarl Mikail Johan agar dapat menggunakan Magik Cinta dan mereka berdua dikurung di sebuah bilik yang dihasilkan oleh ayah Qarl Mikail Johan sendiri di mana bilik itulah yang telah memperlihatkan segala kejadian di masa akan datang yang telah membuatkan ayah Qarl Mikail Johan terbunuh.

Namun Tuanku bertindak lebih pintar menyelamatkan keadaan dan terpaksa menggunakan gadai janji nyawanya sendiri untuk mengembalikan orang yang tersayang ke dunia semula.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]