Magna Carta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Magna Carta

Magna Carta (Piagam Agung dalam bahasa Latin) merupakan piagam yang diterbitkan pada tahun 1215 di England. Piagam ini merupakan pengaruh awal dalam proses mendirikan sistem perlembagaan dan undang-undang am yang wujud pada hari ini. Magna Carta dianggap salah satu daripada dokumen-dokumen penting dalam sejarah demokrasi.

Magna Carta diterbitkan hasil daripada pertelingkahan antara Paus Innocent III, Raja John dan baron-baron England tentang kuasa dan hak raja. Piagam ini mewajibkan John melepaskan tuntutan terhadap kuasa-kuasa tertentu, menghormati undang-undang am dan tertakluk kepada undang-undang. Piagam ini juga mengiktiraf hak asasi rakyat biasa.