Magneto

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Magneto engkol tangan tunjuk cara

Magneto ialah sejenis penjana elektrik yang menggunakan magnet kekal untuk menghasilkan arus ulang-alik.

Penjana magneto engkol tangan digunakan untuk menghasilkan arus deringan dalam sistem telefon terawal.

Magneto yang disesuaikan untuk menghasilkan nadi-nasi voltan tinggi digunakan dalam sistem penyalaan sesetengah enjin pembakaran dalam janaan petrol untuk menyalurkan kuasa kepada palam pencucuh.[1] Kini, magneto terhad keada enjin-enjin yang ketiadaan bekalan elektrik sendiri, misalnya dalam mesin memotong rumput dan gergaji rantai. Ia juga terpasang dalam enjin omboh penerbangan secara meluas walaupun lazimnya terdapat bekalan elektrik yang sedia ada, kerana sistem penyalaan magneto lebih boleh diharap daripada sistem gelung bateri.

Magnetos jarang digunakan untuk penjanaan kuasa, tetapi juga digunakan untuk beberapa kegunaan khusus.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penghasilan arus elektrk dari medan magnet yang bergerak ditunjuk cara oleh Michael Faraday pada tahun 1831. Mesin-mesin pertama yang menghasilkan arus elektrik daripada daya magnet menggunakan magnet kekal; mesin dinamo yang menggunakan elektromagnet untuk menghasilkan medan magnet dicipta kemudian. Jentera yang dibina oleh Hippolyte Pixii pada tahun 1832 menggunakan magnet kekal yang berputar untuk mengaruhkan voltan ulang-alik dalam dua gelung kekal.[2]

Penjanaan kuasa[sunting | sunting sumber]

Magneto mempunyai kelebihan keringkasan dan kebolehharapan, tetapi tidak cekap kerana aliran magnet yang lemah dari magnet kekalnya. Ini mengehadkan kegunaannya kepada aplikasi berkuasa tinggi. Magneto penjana kuasa terhad kepada bidang-bidang tertentu, seperti menjana kuasa lampu arka atau rumah api yang paling memerlukan sifat kestabilan keluaran atau sekadar boleh diharap.

Basikal[sunting | sunting sumber]

Salah satu kegunaan magneto yang umum pada masa kini adalah menjana kuasa lampu basikal. Paling selalu, sebuah magneto kecil yang dipanggil dinamo botol, menggesel-gesel tayar basikal dan menjana kuasa apabila roda berputar. Juga terdapat dinamo hab yang lebih cekap tetapi lebih mahal dan jarang ditemui.

Sungguhpun dipanggil dinamo, namun kedua-dua peranti tersebut sebenarnya magneto yang menghasilkan arus ulang-alik, berbeza dengan dinamo sebenar yang menghasilkan arus terus.

Perubatan[sunting | sunting sumber]

Magneto juga mempunyai kegunaan perubatan untuk rawatan sakit jiwa pada awal elektroperubatan. Pada tahun 1850, seorang doktor Perancis yang bernama Duchenne de Boulogne memajukan dan mengeluarkan sejenis magneto dengan voltan luaran dan frekuensi boleh ubah, dengan mengubah-ubah peredaran dengan tangan atau mengubah-ubah kearuhan dua gelungnya, mengeluarkan atau memasukkan kedua-dua teras feromagnet.

Penyalaan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Magneto penyalaan

Telefon[sunting | sunting sumber]

Telefon 1896, engkol tangan untuk magneto di sebelah kanan (Sweden)

Kebanyakan telefon manual terawal dilengkapi dengan penjana "magneto" engkol tangan untuk menghasilkan isyarat ulang-alik yang agak tinggi voltannya untuk menderingkan telefon-telefon lain pada talian yang sama serta menyedarkan operator.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Selimo Romeo Bottone (1907). Magnetos for Automobilists, how Made and how Used: A Handbook of Practical Instruction in the Manufacture and Adaptation of the Magneto to the Needs of the Motorist. C. Lockwood and son. 
  2. Alfred Urbanitzky (Ritter von), Richard Wormell Electricity in the service of man: a popular and practical treatise on the applications of electricity in modern life, Cassell & Company, limited, 1886 page 227, preview on Google books