Rumah api

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rumah api di Long Beach Island, New Jersey

Rumah api ialah menara atau bangunan tinggi bagi membantu ahli pelayaran, juru mudi atau nakhoda kapal di laut untuk belayar dan mendarat dengan selamat. Menara ini dilengkapi dengan sistem lampu atau cahaya api. Biasanya rumah api dibina di kawasan tebing tinggi yang strategik bagi memudahkan kapal dagang datang berlabuh pada waktu malam hari. Rumah api juga boleh membantu menandakan kawasan berbahaya dan dalam pandu arah udara. Kini sistem pelayaran disokong oleh sistem satelit di angkasa lepas.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rumah Api Iskandariah di Mesir dianggap rumah api tertua di dunia. Ia dibina oleh raja Firaun zaman Mesir Keyunanian. Rumah Api Iskandariah dibina pada 280 BC di atas pulau Pharos di Iskandariah, Mesir sebagai mercu tanda. Tingginya sekitar 135 meter dibina oleh manusia daripada batu-bata.

Dua rumah api di Dover, England dibina semasa pencerobohan Norman terhadap England.

Penulis China bernama Jia Dan pada zaman Dinasti Tang (785-805 Masihi) mencatatkan bangunan minaret di muara Teluk Parsi berfungsi sebagai rumah api. Penulis Arab seperti Arab al-Mas'udi dan al-Muqaddasi juga ada mencatatkan peranan dan kegunaan rumah api kepada kapal pelayaran dan kapal perdagangan di laut.

Di China, menara masjid di Canton, China turut berfungsi sebagai rumah api. Masjid yang mempunyai menara tinggi ini dibina di kota pelabuhan utama.

Rumah api di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Terdapat 43 buah Rumah Api di Malaysia yang diuruskan oleh Jabatan Laut Malaysia. 14 buah di Semenanjung, 22 di Sabah dan selebihnya di Sarawak. Setakat ini tiada keperluan untuk membina rumah api yang baru kerana kapal laut lebih banyak menggunakan sistem elektronik seperti GPS. [1]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rumah api Wind Point dan persekitaran pada matahari terbit.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "No need to build new lighthouses", News Strait Times, 27 Mei 2008.