Magnoliaceae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Magnoliaceae
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Magnoliaceae
[[{{{Ksubspesies}}}]]

Pengarang berwibawa: Juss.


Magnoliaceae ialah sebuah famili tumbuhan berbunga di bawah susunan Magnoliales. Famili ini terdiri daripada dua subfamili, iaitu:

  • Magnolioideae: Magnolia merupakan genus yang terkenal dalam subfamili ini.
  • Liriodendroidae: merupakan subfamili monogenerik yang mengandungi Liriodendron (pokok tulip).

Berbeza dengan kebanyakan angiosperma yang mempunyai bahagian-bahagian bunga yang diatur dalam bentuk lingkaran, Magnoliaceae mempunyai stamen dan pistil yang diatur dalam bentuk pilin di atas suatu pudung kon. Penyusunan ini didapati dalam tumbuhan-tumbuhan fosil yang kuno dan dipercayai merupakan sifat angiosperma primitif. Bunga-bunganya juga tidak dibezakan dengan jelas menjadi sepal dan kelopak seperti yang didapati dalam kebanyakan tumbuhan berbunga; bahagian-bahagian yang mempunyai kedua-dua fungsi mengambil alih fungsi sepal serta kelopak, dan dikenali sebagai tepal.

Famili ini mempunyai kira-kira 225 spesies dalam 7 genus, walaupun sebilangan sistem pengelasan memasukkan kesemua subfamili Magnoioideae dalam genus Magnolia. Taburan famili ini melintasi Amerika Utara timur, Mexico dan Amerika Tengah, Hindia Barat, Amerika Selatan tropika, India selatan dan timur, Sri Lanka, Indochina, Malesia, China, Korea, dan Jepun.

Genus[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Hunt, D. (ed). 1998. Magnolias and their allies (Magnolia dan tumbuhan-tumbuhan yang ada persamaan). International Dendrology Society & Magnolia Society. ISBN 0-9517234-8-0
  • Azuma, H., García-Franco, J. G., Rico-Gray, V., and Thien, L. B. (2001). Molecular phylogeny of the Magnoliaceae: the biogeography of tropical and temperate disjunctions (Filogeni molekul Magnoliaceae: biogeografi disjungsi tropika dan iklim sederhana). American Journal of Botany. 88: 2275-2285.