Maharaja Yan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Shennong merasai rempah-ratus untuk merisik kesedapannya.

Maharaja Yan, atau Yandi (Cina ringkas: 炎帝Cina tradisional: 炎帝pinyin: Yán Dì; secara harfiahnya "Maharaja Api") ialah seorang pemerintah Cina Han penuh legenda yang hidup di China sebelum zaman dinasti-dinasti. Para ilmuwan moden telah mengenal pasti Pergunungan Kepala Kambing (Cina ringkas: 羊头山Cina tradisional: 羊頭山pinyin: Yáng​tóu Shān) dekat utara Gaoping di wilayah Shanxi sebagai tempat kelahiran dan taklukannya.[1]

Sudah sekian lama dipertikai sama ada Maharaja Yan ini sama dengan Shennong yang legenda. Sebuah persidangan cendekiawan yang diadakan di China pada tahun 2004 mencapai kata sepakat am bahawa Maharaja Yan dan Shennong ini orang yang sama.[2] Satu lagi kemungkinan ialah, istilah Maharaja Api ini sekadar gelaran yang dipegang oleh maharaja secara turun-temurun, yang mana Shennong dikenali sebagai Yandi, barangkali secara anumerta. Sehubungan dengan itu, istilah Maharaja Api ini lebih tepat. Turutan Maharaja-Maharaja Api mulai Shennong hinggalah sewaktu Maharaja Api terakhir dikalahkan oleh Huangdi (Maharaja Kuning), mungkin berkekalan selama kira-kira 500 tahun.[3]


Senarai Maharaja Api[sunting | sunting sumber]

Inilah senarai yang paling kerap diberi oleh Huangfu Mi, Xu Zheng, dan Sima Zhen:

Nama Catatan
Shennong 神農 Lahir sebagai Jiang Shinian 姜石年
Linkui 臨魁
Cheng 承
Ming 明
Zhi 直
Li 釐 atau Ke 克 Sima Zhen menyusunkan Ke di antara Ai dan Yuwang
Ai 哀
Yuwang 榆罔 Dikalahkan oleh Maharaja Kuning di Banquan

Senarai yang diberikan di akhir Shan Hai Jing:

Nama Catatan
Yandi 炎帝
Yanju 炎居 Mungkin juga dikenali sebagai Zhu 柱
Jiebing 節並
Xiqi 戲器
Zhurong 祝融
Gonggong 共工
Shuqi 術器
Houtu 后土 Adinda kepada Shuqi
Yeming 噎鳴 Anakanda kepada Houtu
Suishi 歳十

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. He Wandan 贺晚旦 and Yang Hongbao 杨红保, in Yan Di Wen Hua 炎帝文化, disunting oleh Wang Shuxin 王树新 dan Meng Shikai 孟世凯, (Beijing: Zhonghua Shuju), 3-4.
  2. Yang Dongchen 杨东晨, in Yan Di Wen Hua 炎帝文化, 15.
  3. Wu, 56

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Yan Di Wen Hua 炎帝文化, (2005). Edited by Wang Shuxin 王树新, Meng Shikai 孟世凯. Beijing: Zhonghua Shuju. ISBN 7-101-04854-4.
  • Wu, K. C. (1982). The Chinese Heritage. New York: Crown Publishers. ISBN 0-517-54475X.


Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Fuxi
Raja China Diikuti oleh:
Yellow Emperor