Maharesi Tara Kayangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Maharesi Tara Kayangan
oleh Pu Songling
19th-century illustration from Xiangzhu liaozhai zhiyi tuyong (Liaozhai Zhiyi with commentary and illustrations; 1886)
Tajuk asal齐天大圣 (Qitian dasheng)
PenterjemahSidney L. Sondergard
NegaraChina
BahasaMandarin
GenreZhiguai
Fantasy
Diterbikan dalamStrange Stories from a Chinese Studio
Jenis terbitanAntologi
Tarikh terbitans. 1740
Terbitan bahasa Inggeris2014
Didahului oleh"The Bookworm (书痴)"
Diikuti oleh"The Frog God (青蛙神)"

"Maharesi Tara Kayangan" (Cina ringkas: 齐天大圣Cina tradisional: 齊天大聖pinyin: Qí Tiān Dà Shèng) ialah sebuah cerpen oleh Pu Songling yang pertama kali diterbitkan dalam Cerita Aneh dari Studio Cina (1740). Ia berkisar tentang Xu Sheng, seorang penduduk dari Syandong, yang pada mulanya menolak kewujudan Sun Wukong tetapi secara beransur-ansur menjadi penyembah yang teguh kepadanya selepas bertemu dengannya dan mengalami kuasanya. Cerita ini bertujuan sebagai ulasan pergaulan mengenai penyembahan watak mitos, dalam kes ini Sun Wukong. Pada tahun 2014, ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Sidney L. Sondergard.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sun Wukong pertama kali muncul dalam novel klasik Cina abad ke-16 Perjalanan ke Barat oleh Wu Cheng En . Dalam novel tersebut baginda juga digelar sebagai "Maharesi Tara Kayangan" dan "Raja Monyet Tampan (美猴王)".[1] Watak Wu diterima dengan baik, sehingga ada yang menganggapnya sebagai tuhan yang nyata. Pada zaman Pu, tokong Sun Wukong yang sebenar dan tulen telah pun wujud atau muncul, sebagai sebahagian daripada "pemujaan monyet ketuhanan ini". Dalam fenomena yang lebih besar, karya cereka menyumbang kepada tanggapan atau kepercayaan masyarakat terhadap dewata. Oleh itu, Shahar dan Weller, dalam karya mereka pada tahun 1996 Dewata Manggak, berpendapat bahawa Pu Songling mengkritik pemujaan orang terhadap watak rekaan.[2] Terjemahan cerita itu, bertajuk "The Great Sage, Heaven's Equal" (Maharesi Tara Kayangan) oleh Sidney L. Sondergard, telah dikeluarkan pada 2014. [1]

Perpustakaan Yayasan Martin Bodmer menempatkan manuskrip Liaozhai abad ke-19, cetakan sutera dan gaya leporello berjilid, yang mengandungi tiga kisah termasuk "Si Ulatbuku", "Maharesi Tara Kayangan", dan "Sang Dewa Katak".[3]

Plot[sunting | sunting sumber]

Seorang saudagar bersusah, Xu Sheng (许盛), dan abangnya, Xu Cheng (许成), menghadiri upacara di kuil Sun Wukong di Fujian, China. Xu Sheng sepenuhnya skeptikal dengan dewa swagelaran "Maharesi Tara Kayangan" (齐天大圣); Sebaliknya, abangnya menjadi penyembah yang tegar. Selepas itu, yang sangat terkejut dan kecewa oleh abangnya, Xu Sheng berkata, "Sun Wukong hanyalah perumpamaan yang dicipta oleh Qiu. Bagaimanakah seseorang boleh mempercayainya dengan ikhlas?"[2][a] Dia kemudian mencabar Sun Wukong untuk menjatuhkan hukuman kudus kepadanya jika dia benar-benar wujud. Penduduk tempatan Fujian, yang hidup dalam ketakutan kepada dewa monyet tersebut, sama-sama terkejut dengan ulasan Xu Sheng yang bongkak.[1]

Tidak lama kemudian, Xu Sheng betul-betul mula berasa tidak sihat. Abangnya yang percaya karut tergesa-gesa berdoa kepada Sun Wukong sebagai wakil adiknya tetapi kesengsaraan tubuh Xu Sheng hanya berterusan. Xu Sheng diberitahu yang hanya dirinya sendiri yang boleh berdoa untuk disembuhkan daripada hukuman Maharesi. Xu Sheng tetap tidak percaya. Sebulan berlalu dan dia diredakan daripada kesakitan selepas lawatan ke doktor. Namun, Xu Cheng pula menjadi sakit dan keadaannya menjadi lebih teruk apabila Xu Sheng enggan berdoa kepada Sun Wukong. Tidak lama kemudian, Xu Cheng meninggal dunia; dalam kemarahan dan kesedihan, Xu Sheng menyerbu ke dalam kuil Sun Wukong dan berhadapan dengan patungnya, menuntut abangnya kembali. Pada waktu malam, Xu Sheng bertemu dengan Raja Monyet tersebut dalam mimpinya, yang membalas dengan mengkritiknya kerana kebiadabannya dan mengupah seorang pengamal yang tidak cekap untuk merawat abangnya. Namun begitu, Sun Wukong juga berjanji untuk mengembalikan Xu Cheng.[1]

Lantas, selepas bangun, Xu Sheng mendapati abangnya masih hidup di dalam kerandanya – pada ketika inilah dia mula benar-benar percaya kepada Sun Wukong.[1] Walau bagaimanapun, ia merupakan peristiwa yang pahitmanis untuk Xu Sheng, memandangkan perbelanjaan yang telah ditanggungnya semasa perjalanan ke Fujian dan untuk pengurusan mayat dan pengebumian abangnya.[1] Tambahan pula, walaupun dibangkitkan, abangnya masih agak lemah. Selepas sejumlah masa berlalu kemudian, setelah kembali ke kawasan desa Yan (kini sebahagian daripada Syandong), Xu Sheng bertemu dengan orang yang tidak dikenali di jalanan, yang kepadanya dia ceritakan masalah kewangannya, serta kejadian aneh di Fujian.[1] Orang tersebut mempunyai sedikit pengetahuan tentang sihir, khususnya berjalan di awan. Mereka bersama pergi ke "kuil kayangan",[1] di mana orang tersebut mendapatkan beberapa batu ajaib, dikatakan membawa nasib baik, untuk Xu Sheng. Pada penghujung perjalanan tersebut, lelaki misteri itu mendedahkan dirinya sebagai Sun Wukong, dan kemudian menghilang.[1]

Adik-beradik Xu mengaut keuntungan yang besar daripada perniagaan mereka dan mereka sering ulang-alik ke kuil Sun Wukong.[1] Pu Songling menambahkan notakaki yang menyindir Xu Sheng, menekankan bahawa "fikiran Sheng pasti telah ditipu, kerana apa yang dilihatnya tidak mungkin benar", dan menyimpulkan bahawa "(apabila) orang yang berkongsi kepercayaan yang sama berkumpul bersama, mereka akan memilih beberapa tokoh utama untuk mewakili kepercayaan mereka".[1]

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Judith T. Zeitlin menulis dalam "Sejarawan Perkara Aneh" (Historian of the Strange) bahawa, selain daripada "sikap biasanya yang merendah-rendahkan kepujaan terkenal", Pu ingin menyampaikan "bahawa kuasa rohani tidak bergantung pada kewujudan sebenar tuhan atau watak cereka tetapi pada kekuatan ilusi kepercayaan dan keinginan manusia."[5] Beliau membandingkan kepercayaan akhir Xu Sheng terhadap Sun Wukong dengan penyembahan Qian Yi terhadap watak Pavilion Peony Du Liniang;[5] kedua-duanya mempunyai mimpi yang mengubah "seseorang raguwan menjadi beriman".[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ In Chinese: "孙悟空乃丘翁之寓言,何遂诚信若此?". The authorship of Journey to the West is erroneously attributed to the Taoist sage Qiu Chuji ("Old Qiu").[4]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k Sondergrad 2014.
  2. ^ a b Shahar and Weller 1996.
  3. ^ "The Far East". Fondation Martin Bodmer. Dicapai pada 2 March 2016.
  4. ^ Sondergrad 2014, m/s. 2080.
  5. ^ a b c Zeitlin 1997.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Templat:Strange Tales from a Chinese Studio