Mahat Bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Biodata

Mahad A. Bakar atau Mahad bin Abu Bakar dilahirkan pada 11 Januari 1952 di Melaka. Mendapat pendidikan awal di SK Umbai dan melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Dang Anum dan SM Datuk Abd. Rahman Yaakob, Merlimau, Melaka. Mula menulis pada awal 1970 an dan genre puisi menjadi pilihan utamanya. Karya-karyanya pernah mendapat tempat dalam akhbar Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Utusan Zaman, Majalah Sarina, Wanita , Jelita, dan Dewan Sastera. Pernah memenangi tempat pertama mengarang sajak sempena pelancaran buku Ahmad Sarju, ‘Pusaka’ anjuran BBSK dan Majlis Kebudayaan Daerah Kelang, Selangor. Pada 1983 memenangi hadiah kedua peraduan mengarang puisi sempena Hari Pelaut Sedunia anjuran Lembaga Pelabuhan Kelang, Kawasan Selatan dan pada 2005 berjaya mendapat hadiah saguhati sayembara puisi Melaka, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wliyah Selatan. Kini beliau sudah bersara dan menjadi penulis sepenuh masa. Bergiat aktif dalam persatuan penulis. Menjadi ahli Ikatan Persuratan Melayu (IPM) dan Persatuan Penulis Kebajikan Negeri Selangor ( Kemudi).

Karya Yang Telah Diterbitkan 2000-2015

a)Sajak

1) Gerimis petang yang kupandang

2) Surat Kaklong

3) Bertaut semula sebuah cinta

4) Nostalgia

5) Sungai Sembilang