Makroekonomi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peredaran dalam makroekonomi

Makroekonomi (dari awalan "macr(o)-" bererti "besar" + "ekonomi") merupakan cabang ekonomi yang berkaitan dengan prestasi, struktur, dan tingkah-laku ekonomi oleh keseluruhan masyarakat, samaada negara, kawasan, atau keseluruhan dunia. [1] Bersama mikroekonomi, Makroekonomi merupakan satu daripada dua bidang umum dalam ekonomi. Ia merupakan kajian pada semua aspek, terutamanya tingkah-laku dan membuat keputusan, keseluruhan ekonomi.[2] Kajian makroekonomi menghimpun petunjuk seperti KDNK, kadar pengangguran dan indeks harga bagi memahami bagaimana keseluruhan ekonomi berfungsi. Makroekonomi membangunkan model yang menjelaskan kaitan antara faktor sedemikian seperti pendapatan kebangsaan, keluaran negara, penggunaan, pengangguran, inflasi, penyimpanan, pelaburan, pelaburan, perdagangan antarabangsa dan kewangan antarabangsa. Sebaliknya, mikroekonomi kebanyakannya menumpukan pada tindakan agen persendirian, seperti entiti perniagaan dan pengguna, dan bagaimana tindakan mereka menentukan harga dan kuantiti dalam pasaran khusus.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Blaug, Mark (1985). Economic theory in retrospect. Cambridge, UK: Cambridge University Press. ISBN 0-521-31644-8. 
  2. Sullivan, arthur; Steven M. Sheffrin (2003). Economics: Principles in action. Upper Saddle River, New Jersey 07458: Pearson Prentice Hall. m/s. 57. ISBN 0-13-063085-3. http://www.pearsonschool.com/index.cfm?locator=PSZ3R9&PMDbSiteId=2781&PMDbSolutionId=6724&PMDbCategoryId=&PMDbProgramId=12881&level=4.