Malem Sambat Kaban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Malem Sambat Kaban
Malam Sambat Kaban, 1999
Timbalan Ketua Majlis Syura Partai Ummat
Memegang jawatan
29 April 2021
Ketua Partai Bulan Bintang ke-2
Dalam jawatan
1 Mei 2005 – 26 April 2015
Didahului olehYusril Ihza Mahendra
Digantikan olehYusril Ihza Mahendra
Menteri Kehutanan Indonesia ke-9
Dalam jawatan
21 Oktober 2004 – 20 Oktober 2009
PresidenSusilo Bambang Yudhoyono
Didahului olehMuhammad Prakosa
Digantikan olehZulkifli Hasan
Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia
Dalam jawatan
1 Oktober 1999 – 1 Oktober 2004
Kawasan pilihan rayaBukittinggi
Butiran peribadi
Lahir (1958-08-05) 5 Ogos 1958 (umur 65)
Indonesia Binjai, Sumatra Utara, Indonesia
KerakyatanIndonesia
Parti politikPartai Bulan Bintang (1998–2019)
Partai Ummat (2021–kini)
PasanganNurmala Dewi
Anak-anak7
Alma materUniversitas Jayabaya
Institut Pertanian Bogor
PekerjaanAhli politik

Dr. H. Malem Sambat Kaban, S.E., M.Si. atau M.S. Kaban (lahir 5 Ogos 1958) merupakan bekas Menteri Kehutanan (Menhut) dalam Kabinet Indonesia Bersatu. Pada 1 Mei 2005, beliau diangkat sebagai Ketua Umum Partai Bulan Bintang (PBB). Pada bulan Julai 2021, beliau diangkat menjadi naib ketua Majlis Syura Partai Ummat.

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Malem Sambat Kaban ialah anak daripada A.M. Kaban, seorang pedagang, dan S. Tarigan, seorang suri rumah. Beliau ialah anak keenam dari 11 bersaudara dalam keluarga orang Karo. Ayahnya menganut kepercayaan Pemena. Nama Malem Sambat Kaban dalam bahasa Karo berarti orang yang baik dan suka menolong.[1]

Kaban menghabiskan masa kecilnya di Deli Serdang. Ia lalu menamatkan pendidikan di SMA Negeri 7 Medan. Beliau kemudiannya merantau ke Jakarta dan menjadi mahasiswa fakulti ekonomi Universitas Jayabaya untuk merasakan aktivisme. Beliau kemudian memeluk agama Islam ketika itu. Ia sempat masuk resimen mahasiswa dan menjadi Ketua Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) di Jakarta. Beliau meraih gelaran sarjana ekonomi dari kampus itu. Kemudian, beliau lalu meraih gelaran sarjana sains dalam bidang ilmu pembangunan bandar dan desa di Institut Pertanian Bogor.[1][2]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Setelah menjadi sarjana, beliau bekerja di Jakarta Public Relation yang bergerak dalam pengembangan sumber daya manusia. Beliau pernah meneliti potensi ekonomi wilayah Taman Nasional Gunung Leuser pada 1992 dan, mengetuai kumpulan Penelitian Potensi Ekonomi Lemah di tahun 1993. Selanjutnya, beliau menjadi peneliti muda dalam kajian strategi pengusahaan di Pertamina pada 1994.[1][3]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Dalam pilihan raya 1997, Ketua Umum Partai Persatuan Pembangunan (PPP) Ismail Hasan Metareum mengajak Kaban untuk bergabung menjadi calon anggota legislatif dari PPP, dan dijanjikan kerusi Jawa Barat. Namun begitu, Kaban menolaknya kerana peristiwa Orde Baru.[1]

Sebelum reformasi, beliau terikut dalam diskusi-diskusi politik untuk mendirikan parti baharu. Perbincangan ini mengusulkan Amien Rais sebagai ketua dan Yusril Ihza Mahendra sebagai setiausaha agung. Namun, belum tercapai kesepakatan tentang nama dan asas parti. Akhirnya pada 1998, Amien dan kawan-kawan membentuk Partai Amanat Nasional, sedangkan Yusril, Kaban, dan kawan-kawan ikut dalam pembentukan parti Islamik, Partai Bulan Bintang (PBB), dan memperjuangkan Piagam Jakarta. Beliau dipilih sebagai setiausaha agung, mendampingi Ketua Umum Yusril Ihza Mahendra. Awalnya beliau sempat menolak, tetapi berubah pikiran setelah menerima nasihat dari Anwar Haryono.[1]

Kaban dipilih oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menjadi Menteri Kehutanan Republik Indonesia, dan dilantik pada 21 Oktober 2004.[1]

Setiausaha Agung PBB Afriansyah Noor mengaku bahwa Kaban sudah tidak aktif di PBB sejak 2019.[4] Pada 29 April 2019, beliau bergabung menjadi naib ketua Majlis Syura Partai Ummat, mendampingi ketua Amien Rais.[5]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Ketika sebagai Menteri Kehutanan, Kaban terbukti menerima suapan dari Anggoro, pemilik PT Masaro Radiokom. Namun, Kaban tidak dijadikan tersangka sehingga Anggoro mengajukan peninjauan kembali kes tersebut, tetapi ditolak. Kes tersebut adalah berkaitan pengajuan anggaran program Kementerian Kehutanan, yang didalamnya terdapat anggaran projek revitalisasi Sistem Komunikasi Radio Terpadu (SKRT).[6][7][8] Kes ini telah disemak mulai 25 Oktober 2017, diketuai oleh hakim Artidjo Alkostar.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "Bitang Bulan Bitang di Kabinet". tokoh.id (dalam bahasa Indonesia). 28 Mac 2006.
  2. ^ "Data Mahasiswa: Malem Sambat Kaban". PPDikti (dalam bahasa Indonesia). Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Riset, dan Teknologi Republik Indonesia. Dicapai pada 20 Mac 2023.
  3. ^ "MS Kaban". tokoh.id. 21 Oktober 2004.
  4. ^ Nicholas Ryan Aditya (26 Julai 2021). Krisiandi (penyunting). "Gabung Partai Ummat, MS Kaban Disebut Sudah Tak di PBB sejak 2019". Kompas (dalam bahasa Indonesia).
  5. ^ "Ini Susunan Pengurus Partai Ummat". Republika (dalam bahasa Indonesia). 29 April 2021.
  6. ^ Sugeng Triono (11 Jun 2014). "Kasus Korupsi SKRT, Anggoro Sebut MS Kaban Pengecut". Liputan6 (dalam bahasa Indonesia).
  7. ^ Icha Rastika (2 Julai 2014). "Hakim: Anggoro Terbukti Suap MS Kaban". Kompas (dalam bahasa Indonesia).
  8. ^ Lukmanul Hakim Daulay (23 April 2014). Martin Sihombing (penyunting). "KORUPSI KEHUTANAN: MS Kaban Minta US$15.000 Ke Anggoro" (dalam bahasa Indonesia).
  9. ^ "Putusan Mahkamah Agung 148 PK/Pid.Sus/2017". Mahkamah Agung Republik Indonesia (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 20 Mac 2023.
Jawatan parti politik
Didahului oleh
Yusril Ihza Mahendra
Ketua Umum Partai Bulan Bintang
2005–2015
Diikuti oleh:
Yusril Ihza Mahendra
Jawatan politik
Didahului oleh
Muhammad Prakosa
Menteri Kehutanan Indonesia
2004–2009
Diikuti oleh:
Zulkifli Hasan