Mama Juwie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fail:MamaJ.jpg
Mama Juwie

Mama Juwie atau nama asalnya Abdul Jalil bin Salleh merupakan seorang penulis lirik yang popular pada tahun 1980-an di Malaysia. Beliau juga pernah popular dengan majalah hiburan Mangga yang menampilkan ramai artis remaja Malaysia.

Penulis lirik[sunting | sunting sumber]

Sebagai seorang penulis lirik, beliau amat dikenali dengan karya Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu, Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi, Bila Rindu Ku Sebut Namamu dan banyak lagi. Antara artis yang mendapat sentuhan lirik beliau adalah seperti Ramlah Ram, Siti Fairuz, Nassier Wahab, Shidee, Kumpulan Gersang, Spring, May (kugiran), Jamal Abdillah dan ramai lagi.

Pada tahun 1988, Juwie memenangi anugerah Juara Lagu menerusi lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu hasil lirik oleh beliau sendiri sementara lagu ciptaan Datuk Ahmad Nawab dan sekali lagu pada tahun 1991 menerusi gandingan bersama Rahim Othman untuk lagu Takdir dan Waktu nyanyian kumpulan Mega. Mama Juwie merupakan pemenang AJL yang pertama memenangi anugerah utama lebih dari satu kali.

Wartawan[sunting | sunting sumber]

Dalam dunia kewartawanan, Juwie pernah bertugas sebagai wartawan hiburan di Berita Harian sebelum menyertai Utusan Melayu Malaysia Berhad. Di Utusan Melayu, beliau mengendalikan ruangan pojok Auww Juwie menerusi sisipan Pancaindera, Mingguan Malaysia.

Ruangan Auww Juwie itu diganti oleh anak didiknya sendiri iaitu Huzz (Sensasi Huzz) dan Niezam Abdullah (Niezam Kring-Kiring)

Daripada seorang wartawan di Utusan, beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengarang Muda-Mudi, Penolong Pengarang Mingguan Malaysia dan jawatan terakhirnya sebagai Pengarang Hiburan Majalah Mangga bermula 1995 sebelum bersara pada tahun 2008.

Beliau berjaya menjadikan majalah Mangga sebagai majalah hiburan nombor satu sehingga mencecah jualan 200,000 naskah pada tahun 1998 dengan cerita yang pelbagai.

Selepas bersara, Juwie aktif dengan kerja-kerja kemasyarakatan selain banyak menumpukan untuk melakukan ibadat.