Orang Melayu Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
ملايو مليسيا
Melayu Malaysia
Jumlah penduduk
14.8 juta (bancian 2010)
Bahasa

Melayu, dan Inggeris

Agama

Majoritinya Sunni bermazhab Shafi'i.

Kelompok etnik berkaitan

Indonesia, Singapura, Filipina, orang Austronesia dan penduduk pulau Pasifik.

Orang Melayu Malaysia, terdiri daripada 55% jumlah penduduk di Malaysia, ditakrifkan secara umum sebagai "bangsa Melayu" berbanding lebih spesifik sebagai "kumpulan etnik Melayu".

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Melayu di Malaysia wujud hasil dari percampuran di antara tiga rumpun bangsa yang berbeza, iaitu Negrito, Austro-Asiatic dan Austronesia dengan pengaruh dari bangsa-bangsa dari luar Asia Tenggara. Pada abad ke-14 hingga ke 16, terdapat banyak orang Melayu datang dari Sulawesi dan Sumatra.

Kumpulan[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Melayu di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza:-

ANAK JATI

Anak Jati ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu yang merupakan penduduk pribumi Malaysia. Mereka adalah salah satu dari tiga kumpulan yang membentuk masyarakat Melayu di Malaysia. Kumpulan ini merangkumi suku-suku pribumi seperti:-

  • Orang Melayu Kedah
  • Orang Melayu Beruas
  • Orang Melayu Manjung
  • Orang Melayu Grik
  • Orang Kelang
  • Orang Melayu Melaka
  • Orang Melayu Kelantan
  • Orang Melayu Terengganu Pantai
  • Orang Melayu Ulu Terengganu
  • Orang Melayu Bentong
  • Orang Melayu Lipis
  • Orang Melayu Temerloh
  • Orang Melayu Johor
  • Orang Melayu Brunei
  • Orang Melayu Kedayan
  • Orang Melayu Cocos
  • Orang Melayu Sarawak

ANAK DAGANG

Anak Dagang ialah satu istilah yang merujuk kepada orang Melayu di Malaysia yang mana nenek-moyang mereka berasal dari Kepulauan Indonesia, Kemboja, Vietnam, Thailand dan Pulau Hainan (China). Mereka terdiri daripada rumpun bangsa Austronesia dan terdiri daripada berpuluh-puluh suku yang berbeza iaitu:-

  • Aceh
  • Ambon
  • Banjar
  • Batak (tidak termasuk Mandailing)
  • Bawean (Boyan)
  • Bugis
  • Cham
  • Jawa
  • Kerinci
  • Mandailing (dianggap sebagai )
  • Melayu
    • Melayu Asahan (Batubara).
    • Melayu Bengkulu.
    • Melayu Deli.
    • Melayu Jambi
    • Melayu Palembang.
    • Melayu Patani
    • Melayu Riau
    • Melayu Siak
  • Minangkabau
  • Nias
  • Ocu (Kampar)
  • Rao (Rawa)
  • Utsul

PERANAKAN

Peranakan ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu di Malaysia yang wujud hasil dari perkahwinan campur di antara orang Melayu (Anak Jati atau Anak Dagang) dengan bangsa-bangsa asing dari luar Asia Tenggara. Mereka adalah:-

  • Peranakan Parsi
  • Peranakan Arab
  • Jawi Peranakan / Jawi Pekan / Peranakan Kling
  • Peranakan Cina
  • Peranakan Turki
  • Peranakan Siam / Samsam
  • Peranakan Eropah

Budaya Orang Melayu Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pakaian Tradisional[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Melayu di Malaysia mempunyai pelbagai jenis pakaian tradisional yang telah pun dipakai sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Semua pakaian ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri keasliannya seperti mana ia mula dipakai pada zaman dahulu. Ada di antara pakaian tersebut mendapat pengaruh daripada budaya bangsa asing seperti Arab, Cina, India dan juga dari Kepulauan Indonesia. Berikut adalah senarai pakaian tradisional Melayu di Malaysia:-

Alat Muzik Tradisional[sunting | sunting sumber]

Antara alat muzik tradisional bagi masyarakat Melayu di Malaysia adalah seperti Serunai, Geduk, Gedumbak, Canang, Kesi, Tetawak, Kecerek, Gendang Sembilan seruling dan sebagainya.

Makanan Tradisi[sunting | sunting sumber]

Makanan tradisi masyarakat Melayu di Malaysia adalah seperti Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Kandar, Nasi Tumpang, Nasi Berlauk, Nasi Ulam, Nasi Tomato, Keropok Lekor, Keropok Gote, Keropok Keping, Budu, Sata, Tempoyak, Otak-otak, Sate, Roti Jala, Lontong, Pecal, Burasak, Ketupat, Lemang, Wajik, Dodol, Belacan dan sebagainya.

Teater Tradisional[sunting | sunting sumber]

Kesenian teater tradisional merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat Melayu di Malaysia.

Wayang Kulit Siam merupakan sejenis wayang kulit yang berasal dari negeri Kelantan. Kesenian ini dahulunya sangat terkenal di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Perak dan Patani. Ia juga merupakan jenis wayang kulit yang paling terkenal di Malaysia sejak dahulu hingga ke hari ini.

Makyong adalah sejenis teater tradisional yang dipercayai berasal dari daerah Besut, Terengganu. Dari daerah tersebut, kesenian ini telah berkembang ke negeri Kelantan, Patani, Kedah dan Perlis. Makyong adalah diantara teater tradisional tertua di Malaysia dan sering dikaitkan dengan kepercayaan animisme Melayu.

Mek Mulung adalah sejenis teater tradisional yang berasal dari Kampung Wang Tepus di Jitra, Kedah. Kesenian ini dikatakan dicipta oleh seorang puteri kepada Raja Ligor yang telah buang negeri oleh ayahandanya. Kesenian ini hanya boleh ditemui di negeri Kedah sahaja dan kini diancam kepupusan.

Tarian Tradisional[sunting | sunting sumber]

Jumlah dan peratus kaum Melayu mengikut negeri dan Wilayah Persekutuan[sunting | sunting sumber]

Banci 2010 menunjukkan kaum Melayu (termasuk kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak):[1]

Negeri/Wilayah Persekutuan Penduduk % Penduduk
Johor 1,811,139 58.9%
Kedah 1,464,901 77.9%
Kelantan 1,442,478 95.7%
Melaka 526,534 66.9%
Negeri Sembilan 590,089 61.3%
Pahang 1,126,187 79.0%
Perak 1,302,166 57.0%
Perlis 199,677 88.4%
Pulau Pinang 642,286 43.6%
Sabah 1,965,309 84.8%
Sarawak 1,759,853 74.8%
Selangor 2,877,254 57.1%
Terengganu 987,002 97.0%
Labuan 62,594 83.7%
Putrajaya 69,309 98.0%
Kuala Lumpur 696,730 45.9%

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Department of Statistics, Malaysia (2010). "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. ms. 11,62–81. Diperoleh pada 6 Julai 2005. 



Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.