Mambang putih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alam Ghaib
Mambang Putih
Alam:Alam ghaib
Berbentuk fizikal:Tidak diketahui
Mampu berubah bentuk:Tidak diketahui
Mampu menyerupai manusia:Tidak diketahui
Menghisap darah:Tidak
Dipelihara:Tidak
Bermasyarakat :Ya
Gambaran

Sejenis makhluk halus
yang dipercayai jelmaan
semangat putih matahari.

Mambang Putih merujuk kepada sejenis makhluk halus mambang dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang mewakili semangat putih matahari.

Matlamat[sunting | sunting sumber]

Mambang Putih hanya gelaran yang menggambarkan kedudukan yang bersifat putih. Ia dianggap sebagai pelindung. Nama ini biasa disebut oleh kalangan pawang dan bomoh pada masa silam di masa kejahilan masyarakat Melayu. Mambang putih sesuai dengan namanya hanya bersifat pelindung, diminta khidmatnya untuk menjaga keamanan, mengelak dari kacau ganggu. Di dalam mantera ia kerap diseru agar membantu pihak tertentu dari kalangan penyeru. Pawang diraja di masa silam menyeru mambang putih ketika menaiki balai gambang di Sungai Perak. Walaupun tidak ada sesiapa nampak atau pernah bertemu mambang putih, namun mereka menyangka makhluk ini wujud.

Kelebihan[sunting | sunting sumber]

Tidak ada apa kelebihan makhluk yang digelar mambang ini berbanding makhluk halus lain.

Bahan-bahan[sunting | sunting sumber]

Sebagai makhluk yang dipercayai wujud, dan ada kaitan dengan pencahayaan, mambang putih dianggap simbol kepada kebaikan. Mambang putih tidak membawa mudarat yang besar. Sifatnya yang putih, bererti ia menjaga kecerahan; bukan sahaja hari malah dalam kehidupan yang dijalani. Dengan media kain putih yang dikibarkan dari tempat penyeruan, seseorang pawang dikatakan boleh berkomunikasi secara sehala. Mambang putih yang tidak kelihatan, dianggap mengerti apabila sajian dan pengupacaraan dilaksanakan.

Kelemahan[sunting | sunting sumber]

Disebabkan tidak dapat dilihat, dan bersifat persangkaan, wujud atau tidak ia tidak memberikan kesan negatif kepada manusia. Hanya kalangan tertentu yang percaya kepada adanya semangat jahat dari makhluk ini sahaja yang melayaninya. Makhluk ini lemah. Ia tidak memberi manfaat kepada keyakinan umat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]