Marcus Flint

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Marcus Flint adalah Kapten bagi pasukan Quidditch Slytherin semasa tiga tahun pertama Harry di Hogwarts. Marcus digambarkan seperti "mempunyai darah raksasa di dalam tubuhnya. Marcus juga adalah musuh ketat kapten pasukan Quidditch Gryffindor, Oliver Wood. Mereka dilihat bersungguh-sungguh meremukkan tangan masing-masing semasa bersalam sebelum perlawanan.

Marcus Flint adalah pelajar tahun kelima semasa di tahun pertama Harry, dan masih berada di Hogwarts dua tahun selepas itu. Namun, di dalam buku yang pertama versi lama, Flint dinyatakan adalah seorang pelajar tahun enam. Ini telah menerbitkan rasa hairan di kalangan peminat atas kemunculannya dalam buku ketiga. J.K. Rowling menjelaskan yang Marcus gagal dalam peperiksaan.

Watak Marcus Flint dalam dua filem pertama Harry Potter dilakonkan oleh Jamis Yeates.