Kementerian Sihir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Persatuan Harry Potter
Logo Kementerian Sihir.png
Kementerian Sihir
Ibu Pejabat London
Ketua Kingsley Shacklebolt
Tujuan Memastikan keteraturan masyarakat sihir di Britain
Musuh Ahli sihir gelap
Kemunculan Pertama Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, disebut dalam setiap buku.

Dalam siri novel J.K. Rowling iaitu Harry Potter, Kementerian Sihir merupakan badan pemerintah bagi masyarakat sihir di Britain dan yang menggantikan Majlis Ahli-ahli Sihir. Diketahui yang negara lain turut mempunyai Menteri Sihir masing-masing. Kerja Menteri Sihir melibatkan bahagian eksekutif, perundangan dan kehakiman. Kementerian tersebut mempunyai tujuh jabatan dan banyak pejabat kecil untuk menguruskan aspek-aspek yang berbeza dalam dunia sihir. Jabatan yang berlainan berkomunikasi melalui "Memo antara jabatan" iaitu kapal terbang kertas berwarna ungu pucat yang terbang ke destinasi masing-masing dengan sendirinya. Kementerian Sihir Britain berpusat di tengah London jauh di bawah tanah.

Kementerian sering berhubungan dengan Perdana Menteri dengan bantuan potret ahli sihir di pejabat Perdana Menteri yang memberitahu Perdana Menteri akan ketibaan Menteri Sihir. Untuk masuk ke dalam kementerian, seseorang harus mendail nombor 62442 ("MAGIC") di telefon awam yang dikhaskan dan menyatakan nama serta tujuan untuk ke sana. Pas akan dikeluarkan dan pondok telefon akan masuk ke dalam tanah dan terus ke lobi kementerian di Tingkat B8.

Menteri Sihir kini[sunting | sunting sumber]

Menteri Sihir Britain kini ialah Kingsley Shacklebolt yang dahulu juga pekerja di Kementerian sebagai Auror.

Bekas Menteri Sihir[sunting | sunting sumber]

Rufus Scrimgeour menggantikan Cornelius Fudge dalam buku keenam. Fudge pula menggantikan Millicent Bagnold, dan tidak diketahui sebelumnya. Menteri lain termasuklah Grogan Stump, yang menyelesaikan masalah pengkelasan antara Makhluk Jadian dan Binatang, dan Artemisia Lufkin, ahli sihir wanita pertama yang memegang jawatan tersebut. Bawah jawatan Menteri adalah beberapa jawatan seperti Penolong Kanan Menteri (iaitu Dolores Umbridge), dan ketua bagi pelbagai jabatan sihir. Struktur pemerintahan dalam kementerian tersebut tidaklah diketahui.

Albus Dumbledore, bekas pengetua Hogwarts, pernah ditawarkan untuk jawatan Menteri dan menolaknya sekurang-kurangnya tiga kali. Apabila Tom Marvolo Riddle, kini Lord Voldemort, sebagai pelajar tahun akhir di Hogwarts, dia sering diperkatakan akan menjadi Menteri Sihir suatu masa nanti. Walau bagaimanapun, Riddle menolak banyak tawaran pekerjaan di Kementerian.

Petunjuk Aras[sunting | sunting sumber]

Petunjuk aras Kementerian Sihir

Petunjuk aras Kementerian Sihir ditunjukkan seperti berikut:

Penting: oleh kerana Kementerian berada di bawah tanah, semakin besar nombor aras, semakin dalam tingkat tersebut. Maka, penggunaan "Tingkat Bawah Tanah" menunjukkan yang aras tersebut adalah bawah tanah dan memudahkan pemiawaian.

  • Tingkat Bawah Tanah Aras 1 Pejabat Menteri Sihir dan Kakitangan Sokongan
  • Tingkat Bawah Tanah Aras 5 - Jabatan Kerjasama Kuasa Ajaib Antarabangsa
    • Badan Piawaian Perdagangan Ajaib Antarabangsa
    • Pejabat Undang-undang Ajaib Antarabangsa
    • Persekutuan Ahli Sihir Antarabangsa, Kerusi British
  • Tingkat Bawah Tanah Aras 9 - Jabatan Misteri
    • Dewan Tilikan
    • Bilik Kematian
    • Bilik Otak
    • Bilik Terkunci di Jabatan Misteri

Panduan jalan ke bawah[sunting | sunting sumber]

Pemandangan di Atrium Kementerian Sihir dalam filem Harry Potter and the Order of the Phoenix.

Lif utama (sebagai pondok telefon) membawa pelawat dari aras bumi ke Atrium di aras T8. Kemudian, lebih dari 20 buah lif perkhidmatan berhenti di setiap aras di antara T1 dan T9. Tangga mungkin disediakan untuk kemudahan di semua 10 tingkat di dalam Kementerian. Walau bagaimanapun, hanya tangga yang boleh digunakan untuk ke bilik perbicaraan di aras T10.

Jabatan Penguatkuasaan Undang-undang[sunting | sunting sumber]

Telah diperkatakan yang jabatan ini adalah jabatan yang paling penting dari kebanyakan jabatan yang menggabungkan fungsi polis dan pengadilan.Terletak di aras dua Kementerian Sihir, ia merangkumi ibu pejabat Auror, kumpulan elit pemburu ahli sihir gelap. Ia juga merangkumi Pejabat Penyalahgunaan Sihir yang menghukum ahli sihir yang menggunakan sihir dengan cara yang tidak sepatutnya, pada waktu yang tidak sesuai atau melanggar undang-undang sihir; Pejabat Penyalahgunaan Artifak Muggle yang mengawal penggunaan sihir ke atas objek Muggle dan memulihkan mana-mana yang telah dijampi; dan Pejabat Pengesanan dan Perampasan Mantera Pertahanan dan Objek Pelindung Palsu (kini diketuai oleh Arthur Weasley). Akhir sekali, terdapat Wizengamot, mahkamah tinggi ahli sihir. Jabatan tersebut pernah diketuai oleh Barty Crouch. Bekas Ketua Jabatan Penguatkuasaan Undang-undang Sihir yang telah dibunuh dengan kejam oleh Lord Voldemort ialah Amelia Bones.

Jabatan Permainan dan Sukan Ajaib[sunting | sunting sumber]

Jabatan yang paling mudah (poster pasukan Quidditch kegemaran kelihatan tertampal di dinding-dingding koridor masuk, walaupun terdapat beberapa Auror menampal poster yang sama dalam bilik kecil mereka) yang menguruskan aktiviti yang berkaitan sukan seperti menguruskan Piala Dunia Quidditch dan Kejuaraan Ahli Sihir Trio. Ludovic "Ludo" Bagman pernah menjadi Ketua Jabatan di sini, tetapi mempunyai masalah judi dengan pemiutang Goblin. Ketua jabatan kini tidak diketahui. Jabatan tersebut terletak di aras ketujuh Kementerian Sihiryang merangkumi:

Jabatan Kemalangan dan Bencana Ajaib[sunting | sunting sumber]

Jabatan ini bertanggungjawab untuk membaiki sebarang kemalang berkaitan dengan kerosakan sihir. Ia terletak di aras ketiga Kemetrian Sihir dan mempunyai:

Skuad Pembalikan Kuasa Ajaib yang Tidak Disengajakan[sunting | sunting sumber]

Skuad Pembalikan Kuasa Ajaib yang Tidak Disengajakan merupakan skuad ahli sihir yang ditugaskan untuk membalikkan 'Kuasa Ajaib yang Tidak Disengajakan,' yang lazimnya dilakukan oleh ahli sihir muda yang belum pandai menguasai sihir mereka. Sebagai contoh, Skuad Pembalikan Kuasa Ajaib yang Tidak Disengajakan telah dihantar dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban apabila Harry mengembungkan Mak Cik Marge seperti belon. Skuad tersebut kemungkinan sering berhubungan dengan Ibu Pejabat Pembuat Lupa atau Obliviator bagi menutup ingatan sesetengah orang termasuk Muggle.

Jabatan Pengangkutan Ajaib[sunting | sunting sumber]

Jabatan ini bertanggungjawab untuk menguruskan pelbagai jenis pengangkutan ajaib. Ia terletak di aras keenam Kementerian Sihir dan merangkumi:

  • Penguatkuasa Rangkaian Floo: Mengawal rangkaian Serbuk Floo
  • Kawalan Pengawalaturan Penyapu Terbang
  • Pejabat Kunci Gerbang
  • Pusat Ujian Penjelmaan: Perumpamaan yang sama seperti JPJ; mengeluarkan lessen bagi ahli sihir yang sudah mampu Muncul Tiba-tiba

Tidak diketahui yang Bas Knight tertakluk di bawah jabatan ini.

Jabatan bagi Kawalan dan Pengawalan Makhluk Ajaib[sunting | sunting sumber]

Ia terbahagi kepada tiga bahagian ("Haiwan Liar", "Benda Hidup" dan "Roh") dan merangkumi pejabat perhubungan goblin, dan sentora, yang memencilkan puak mereka, tidak pernah berhubungan dengan Pejbat Perhubungan Sentora sejak penciptaannya. Maka, "dihantar ke Pejabat Sentora" telah dijadikan julukan bagi pemecatan kepada kakitangan Kementerian.

Dalam Bab 7 Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, kita mendapati yang jabatan tersebut terletak di aras keempat Kementerian Sihir.

Pejabat:

  • Bahagian Haiwan Liar
    • Pejabat Perhubungan Sentora
    • Jawatankuasa Penghapusan Makhluk Berbahaya
    • Biro Sekatan dan Kajian Naga
    • Pendaftaran Serigala Jadian
    • Unit Penangkapan Serigala Jadian
  • Bahagian Benda
    • Pejabat Penempatan Semula Elf-rumah
    • Perkhidmatan Sokongan Serigala Jadian
    • Pejabat Perhubungan Goblin
Tidak banyak yang diketahui tentang pejabat ini tetapi dalam Harry Potter dalam Piala Api, Arthur Weasley menyatakan yang Cuthbert Mockridge adalah ketua pejabat tersebut, walaupun pada buku keenam, Horace Slughorn mengatakan yang Dirk Cresswell merupakan pemegang jawatan ini. Tidak ada yang diketahui akan sebab perubahan itu.
  • Bahagian Roh
    • Pasukan Petugas Hantu
    • Lembaga Penasihat Pengacau

Jabatan Kerjasama Kuasa Ajaib Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Gabungan Ahli Sihir Antarabangsa British diasahkan di sini yang mengawal undang-undang sihir antarabangsa. Di sinilah Percy Weasley mula mendaki tangga kejayaannya dan Barty Crouch Sr. menghabiskan hari-hari terakhirnya di Kementerian. Ibu pejabatnya terletak di atas kelima Kementerian Sihir yang merangkumi:

  • Badan Piawaian Perdagangan Ajaib Antarabangsa
  • Pejabat Undang-undang Ajaib Antarabangsa
  • Persekutuan Ahli Sihir Antarabangsa, Kerusi British

Jabatan Misteri[sunting | sunting sumber]

Pertarungan Kementerian
OotP36.jpg
Pertarungan Albus Dumbledore dan Lord Voldemort
Tarikh: Jun 1996
Lokasi: Kementerian Sihir di London (khas. Jabatan Misteri dan Atrium)
Keputusan: Kemenangan muktamad bagi Kumpulan Phoenix dan Tentera Dumbledore
Penempur
Kumpulan Phoenix (OotP), Tentera Dumbledore (DA) Death Eater
Ketua
Albus Dumbledore (OotP), Harry Potter (DA) Lord Voldemort, Lucius Malfoy (tertangkap), Bellatrix Lestrange
Kekuatan
OotP: Setengah dozen ahli sihir bersenjatakan tongkat sakti,
DA: Setengah dozen ahli sihir sekolah bersenjatakan tongkat sakti
Hampir sedozen ahli sihir bersenjatakan tongkat sakti
Kesan
OotP: Satu kematian, dua kecederaan kekal; DA: Tidak mengalami kecederaan kekal Semua tertangkap kecuali dua terlepas

Jabatan Misteri, seperti yang tertera dalam namanya, merupakan jabatan yang bermisteri. Banyak perkara dijalankan secara rahsia dan tidak banyak yang diketahui apa yang terdapat di dalamnya walaupun orang itu adalah kakitangan kementerian. Ahli sihir yang bekerja di sana dipanggil Yang Tak Tercakap.

Walaupun kebanyak kerja di Jabatan itu terselindung, sesetengahnya diketahui, dan yang paling ketara ialah yang didedahkan dalam Kumpulan Phoenix: Jabatan juga cuba mendedahkan rahsia kematian dan masa, selain benda yang lain, dan merekod ramalan pada bila-bila ramalan itu dibuat. Ramalan tersebut disimpan di dalam bebola kaca di barisan rak di dalam Dewan Ramalan. Kesemua bebola tersebut dilindungi dan orang yang boleh mengangkatnya hanya Penjaga Dewan Ramalan dan subjek atau orang yang terlibat dalam ramalan tersebut; yang lain akan mengalami kegilaan tiba-tiba.

Bilik-bilik yang terdapat di dalam Jabatan termasuklah:

  • Bilik masuk yang dindingnya berputar, mengaburkan arah penghuninya buat beberapa saat, setiap kali salah satu pintunya ditutup. Ini mungkin satu cara menjaga keselamatan untuk mengelakkan orang yang bukan kakitangan mudah memasuki ke bilik yang diinginkan.
  • Bilik panjang yang terdapat otak manusia berenang di dalam larutan hijau ("Otak" ini seolah-olah dikawal oleh makhluk yang menggunakannya untuk mencekik mangsa.) Mungkin digunakan untuk mengkaji rahsia akal dan minda.
  • Bilik besar dan berbentuk segi empat tepat yang tengahnya membentuk satu lubang batu besar menurun kira-kira dua puluh kaki dalam. Di dalam nya terdapat pentas batu meninggi di tengah-tengah di atasnya berdiri tegak gerbang batu yang kelihatan uzur, retak dan sompek yang digantungkan di situ dengan tirai hitam yang compang camping. Ia mungkin digunakan untuk mengkaji kematian. Dumbledore memanggilny "Bilik Kematian". Melalui tirai itulah Sirius Black, bapa angkat Harry Potter terjatuh dan hilang dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix.
  • Bilik yang terdapat berbagai peralatan yang berkaitan dengan masa seperti Pemutar Masa. Ia juga mengandungi balang misteri yang apa saja di dalamnya akan menjadi muda dan mudan dan perlahan-lahan kembali ke usia asal dalam kitaran yang tak henti-henti. Mungkin ia digunakan untuk mengkaji masa.
  • Bilik yang sangat las dengan ratusan baris rak di mana ramalan yang direkod disimpan dan dikenali sebagai Dewan Ramalan. Harry Potter, Ron Weasley, Hermione Granger, Ginny Weasley, Neville Longbottom, dan Luna Lovegood diumppan masuk ke dalam bilik tersebut oleh Lord Voldemort dan Death Eater. Kemungkinan ia digunakan untuk mengkaji ramalan dan masa hadapan.
  • Sebuah bilik yang sentiasa terkunci dan tidak dapat dibuka walaupun dengan mantera Alohomora atau dengan pisau ajaib. Menurut Albus Dumbledore, di balik pintu tersebut adalah subjek kajian Jabatan iaitu: kuasa yang suatu ketika dahulu lebih hebat dan dahsyat daripada kematian, daripada kecerdasan manusia, daripada kuasa alam semula jadi…. Kuasa di dalam bilik itulah yang kamu (Harry) dalam suatu kuantiti yang langsung tidak ada pada Voldemort.. Dalam buku keenam, kuasa tersebut diyakinkan oleh Dumbledore merupakan cinta.