Mariam Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mariani)
Lompat ke: pandu arah, cari
Mariani
Mariani.jpg
Mariani
Lahir Mariani Binti Ismail
20 April 1933 (umur 79)
Bendera Singapura Tanjung Pagar, Singapura

Mariani merupakan seorang seniwati Melayu terkenal yang juga kakak kepada biduanita Saloma. Nama sebenar beliau ialah Siti Mariam Binti Ismail. Beliau dilahirkan pada tahun 1933 di Tanjung Pagar, Singapura. Beliau adalah antara seniwati paling bergaya sewaktu kegemilangan Studio Jalan Ampas.

Isi kandungan

[sunting] Penglibatan dan Kerjaya Seni

Kerjaya seni beliau bermula selepas memenangi pertandingan ratu cantik singapura pada 1951 ketika berusia 17 tahun.Beliau mengikuti pertandingan ratu dunia 1952 di Great Britain England ketika beliau berusia 18 tahun namun tewas di peringkat awal.Beliau merupakan antara gadis cantik singapura ketika itu.Selepas itu,beliau pernah ditawarkan berlakon oleh pemilik Studio Jalan Ampas iaitu Tan Sri Run Run Shaw namun beliau menolaknya kerana cita-cita beliau ialah menjadi seorang doktor. Selepas dua tahun, itu pun selepas dipujuk oleh Saloma, barulah beliau bersetuju untuk berlakon. Filem pertama lakonan beliau ialah Cemburu arahan S. Ramanathan pada tahun 1952. Beliau dibenci kerana membawakan watak jahat dalam filem tersebut. Selepas berjaya membawakan watak jahat dengan berkesan, beliau ditawarkan lagi berlakon dalam filem-filem keluaran syarikat itu antaranya seperti Istana Impian, Kembali Seorang, Labu Labi, Nasib Labu-Labi dan Tiga Abdul. Filem-filem lakonan beliau sewaktu di Studio Merdeka, Kuala Lumpur adalah seperti Masam-masam Manis dan Putus sudah Kasih Sayang.

Selain berlakon, beliau juga berbakat dalam nyanyian. Lagu nyanyian beliau bertajuk Darah Muda. Filem Darah Muda juga adalah antara filem lakonan beliau. Turut sama berlakon dalam filem tersebut ialah seniman Jins Shamsuddin dan seniwati Sarimah pada tahun 1963.

Dalam usia yang semakin lanjut, beliau tetap aktif berlakon dan kemunculan terbaru beliau adalah dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam II arahan Shuhaimi Baba pada tahun 2005.

Ketika menjayakan salah satu watak dalam filem Santau

[sunting] Perkahwinan

Sepanjang kehidupan beliau, beliau pernah berkahwin sebanyak tiga kali. Bersama suami pertamanya iaitu Darus, Mariani telah dikurniakan dua anak iaitu Noraini dan Normala. Bersama suami kedua pula, Allahyarham H. M. Rohaizad, Maraini mendapat enam anak iaitu Sharifah Haslinda, Sharifah Rozita, Syed Herwaini, kembar Syed Marhain & Syed Nazran dan Syed Hasnidan. Bersama suami ketiganya, Alias, Mariani memperoleh lima orang anak iaitu Iskandar Mierza, Shahruniza, Ariff Efandi, Kamarul Ariffin dan Melissa Saila.

[sunting] Filem dan Drama

[sunting] Filem

[sunting] Drama

  • Bila Larut Malam
  • Surat Cinta Untuk Umi
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain