Salmah binti Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Saloma)
Lompat ke: pandu arah, cari
Salmah Binti Ismail
Saloma & P. Ramlee.jpg
Saloma & P. Ramlee
Lahir Salmah Binti Ismail
Bendera Singapura Pasir Panjang, Singapura
Nama lain Saloma

Salmah Binti Ismail (22 Januari 1935 - 25 April 1983) atau lebih dikenali sebagai Saloma merupakan salah seorang penyanyi dan bintang filem yang terkenal 1950-an dan 1960-an. Salmah dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura. Beliau juga merupakan adinda kepada seniwati Mariani.

Isi kandungan

[sunting] Penglibatan kariernya

Beliau mula menyanyi pada usia tujuh tahun dan menjadi penyanyi profesional pada usia belasan tahun. Pada awalnya, beliau mengasah bakat bersama Orkes Fajar Murni pimpinan Yusof Osman. Lagu Pandang Kasih ciptaan Rahmat Ali membawa tuah kejayaan awalnya sebagai penyanyi. Beliau pernah menyertai Panca Sitara pada 1960-an.

[sunting] Perkahwinan

Beliau pernah berkahwin dengan Allahyarham A. R. Tompel, Kaswan Yusak, dan P. Ramlee.

[sunting] Lagu-lagunya

Lagu-lagu yang didendangkan olehnya yang menjadi popular seperti:

  • Mengapa Di Rindu
  • Kain Songket
  • Bunga Tanjung
  • Gelora
  • Hilang Terang Timbul Gelap
  • Perwira
  • Tiru Macam Saya
  • Inang Baru
  • Bila Larut Malam
  • Joget Malaysia
  • Lagu Anak Rantau
  • Bila Hati Telah Retak
  • Tari Silat Melayu
  • Bossanova
  • Selamat Hari Raya

[sunting] Filem lakonannya

Beliau juga berbakat dalam bidang lakonan. Filem yang dibintanginya iaitu:

[sunting] Kematian

Saloma telah mengakhiri penglibatan di dalam kariernya apabila menghembuskan nafas terakhir pada 25 April 1983 di Hospital Assunta, Petaling Jaya ketika berusia 48 tahun kerana menghidap penyakit demam kuning.

[sunting] Keistimewaan yang tersendiri

Beliau mempunyai kehebatan yang unik dan tersendiri kerana suaranya yang merdu dan tidak mampu dimiliki oleh orang lain.

[sunting] Lihat juga

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain