Masego

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masego
Nama lahirMicah Davis
Kelahiran (1993-06-08) 8 Jun 1993 (umur 30)
Kingston, Jamaica
Berasal dariNewport News, Virginia
Genre
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • penerbit rakaman
Instrumen
Tahun aktif2013–kini
Pengkarya berkait
  • SiR
  • FKJ
  • GoldLink
  • Medasin
  • Tiffany Gouché
  • Ari Lennox
  • Smino
Laman sesawang
www.masegomusic.com

Micah Davis (lahir 8 Jun 1993), atau lebih dikenali sebagai Masego, merupakan seorang penyanyi dan pemuzik Amerika Syarikat. Beliau mula dikenali melalui kolaborasi bersama FKJ berjudul "Tadow" pada tahun 2017. Pada tahun 2018, beliau melancarkan album studio pertamanya berjudul Lady Lady.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Micah Davis dilahirkan kepada bapanya berbangsa Jamaica dan ibunya berbangsa Afrika-Amerika. Bapanya ialah seorang pegawai Tentera Udara Amerika Syarikat dan ibunya ialah seorang ahli perniagaan. Beliau pertama kali belajar bermain dram tanpa pendidikan formal. Beliau kemudian belajar bermain alat muzik lainnya, seperti piano, saksofon, serta pelbagai jenis dram lain. Sewaktu sekolah menengah, beliau menggunapakai nama Masego selepas mengetahui ia memiliki keturunan dari Afrika Selatan. Beliau kemudian belajar di Old Dominion University di Norfolk, Virginia sebelum memutuskan untuk memberikan tumpuan sepenuhnya pada kerjaya muziknya.[2][3]

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2016, Masego melancarkan EP kolaborasi, The Pink Polo EP bersama Medasin.[4] Pada tahun yang sama, beliau melancarkan EP secara solo yang bertajuk Loose Thoughts.[5]

Pada tahun 2018, beliau melancarkan album studio pertamanya bertajuk Lady Lady.[6]

Gaya muzik[sunting | sunting sumber]

Beliau merujuk kepada gaya muziknya sendiri sebagai "TrapHouseJazz".[7]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • Lady Lady (2018)

EP[sunting | sunting sumber]

  • The Pink Polo EP (bersama Medasin) (2016)
  • Loose Thoughts (2016)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Masego on How Women Inspired His Debut Album 'Lady Lady' & His Dream Collaborations". Billboard.
  2. ^ "Masego Is Redefining The Ladies' Man". LNWY. Dicapai pada 10 September 2019.
  3. ^ "Meet Masego, the next-level singer and saxophonist making jazz music cool again". GQ. Dicapai pada 10 September 2019.
  4. ^ Ramirez, Erika. "Masego & Medasin Premiere Trap-Meets-Jazz 'Pink Polo' EP: Exclusive". Billboard.
  5. ^ "Premiere: Masego's 'Loose Thoughts' Make For One Heck Of A Summer Project". Vibe.
  6. ^ Bedolla, Daise. "Masego, the Ultra-Smooth "TrapHouseJazz" Singer, Is Ready for His Breakout". Vogue.
  7. ^ Younger, Briana. "Is It Rap? Is It Jazz? No, It's TrapHouseJazz, Masego Style". Dicapai pada 2 April 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]