Mashhudi Bunyani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ustaz Mashhudi Bunyani merupakan salah seorang pelopor akhbar Harakah - organ parti PAS. Beliau merupakan petugas awal akhbar Harakah sejak akhbar itu mula diterbitkan, manakala jawatan terakhirnya di Harakah adalah sebagai Pengarang Rencana.Pada 2007, beliau berhenti kerana menghidapi strok. Beliau menguruskan kolum 'Mauidzah' Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau banyak terlibat dalam kerja penyusunan buku, terutama buku-buku Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terbitan unit buku Harakah.


Isterinya Selamah Hussain, 59, dan mempunyai 9 orang anak.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 27 April 2011, beliau meninggal dunia pada usia 68 tahun di rumahnya di Sungai Penchala,Damansara,Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau menghidapi strok sejak beberapa tahun lalu dan mengadu sesak nafas secara tiba-tiba. Jenazah disembahyangkan di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz, Sungai Penchala dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Penchala.

Antara yang turut hadir ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub -ahli parlimen Kubang Kerian dan Subky Abdul Latif .[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pelopor Harakah meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-08. Dicapai pada 2012-02-05.