Salahuddin Ayub
| Yang Berhormat Salahuddin Ayub |
|
|
Naib Presiden II PAS
|
|
| Penjawat kini | |
| Mula berkhidmat 2009 |
|
|
|
|
|
|
|
| Tarikh lahir | Pontian, Johor |
|---|---|
| Tempat lahir | 1 Disember 1961 |
| Parti politik | |
| Pasangan | Fatimah Taha |
| Anak | 6 |
| Pekerjaan | Ahli Parlimen |
| Agama | Islam |
| Laman web | http://salahuddinayub.wordpress.com |
Salahuddin Bin Ayub ialah ahli parlimen P024 Kubang Kerian, negeri Kelantan , Malaysia. Beliau menang setelah bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 pada 21 Mac 2004 atas tiket parti PAS. Beliau menjadi Ketua Whip bagi PAS di Parlimen.
Isi kandungan |
[sunting] Biodata
Salahuddin Bin Ayub lahir pada 1 Disember 1961 di Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, Johor. Berketurunan kacukan Melayu-Cina.
Salahuddin Bin Ayub mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Serkat, Pontian (1967-1973).Kemudian di Sekolah Menengah Inggeris Teluk Kerang, Pontian (1974-1976). Belajar pula di Sekoalah Menengah Sri Perhentian, Pontian (1977-1978) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Penggawa Barat (1979-1980). Mengikuti pendidikan agama di Sekolah Agama Kerajaan Johor dengan lulus Kelas Khas pada 1977. Seterusnya mengikuti program Diploma Pentadbiran Perniagaan di Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) (1982-1983) dan mendapat ijazah BSc. (Sains Pembangunan Manusia) di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Isterinya Fatimah Taha yang dikahwini pada 1985 dan mendapat 6 anak.
[sunting] Kerjaya / politik
- Pegawai kewangan di MUI Bank pada 1980, sebelum menceburi bidang politik sepenuh masa pada 1983.
- Setiausaha ,Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cawangan Pontian (1981-1983).
- Pada 1983, Naib Yang Dipertua PAS Pontian (1983-1987), Ketua Dewan Pemuda PAS Pontian (1987-1989), Ketua Dewan Pemuda PAS Johor (1989-1999), Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (1991-1995), Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat (1995-1997), Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat (1997-1999), Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (1999-2001), Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (2001-2003), Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (2003-2009), Naib Presiden PAS Pusat (2009-kini)[1].
- Ketua Penerangan PAS Johor (1997-2001), Setiausaha Perhubungan PAS Johor (2001), Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor (2001-2003) dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat (2001-2003).
- Ketua Lujnah Pertanian Dewan Pemuda PAS Pusat (1993-1995), Ketua Lujnah Penerangan dan Dakwah Dewan Pemuda PAS Pusat (1995-1997), Ketua Lujnah Perhubungan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat (1999-2001), Ketua Lujnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (2001-2003) dan Ketua Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat (2001-2003).
[sunting] Pengalaman
- Menyertai Himpunan Gabungan Pemuda Malaysia untuk menyokong rakyat Lubnan oleh semua pimpinan Parti Politik Negara pada tahun 2006
- Debat Perdana dengan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada 2003
- Ditahan di Penjara Kajang pada 2001 kerana telibat dalam perhimpunan haram Ops Kriket Israel di Universiti Malaya pada 1997.[2]
- Ketua misi kemanusiaan Dewan Pemuda PAS ke Kosova (1999), Afghanistan (2002), Vietnam (2002), Iraq (2003) dan Lubnan (2006).
- Wakil Kerajaan Malaysia semasa menjadi Ahli Parlimen untuk menganggotai Jawatan Kuasa Khas Parlimen mengenai Perpaduan dan PLKN.
- Anggota International Parliamentary Organization (IPO) dan anggota kepada Caucus Pembelaan Perjuangan Kemanusian.
[sunting] Pilihan raya umum Malaysia
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004, beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008, beliau berjaya pertahankan kerusi Kubang Kerian dengan majoriti 10,642 undi.[3]
[sunting] Alamat
- Ketua Dewan Pemuda PAS, Aras 2, 318-A, Lot 1636, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Tel: 03-26925000, Fax: 03-26938399