Masjid Bandar Hilir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Masjid Banda Hilir
Maklumat pentadbiran
Dimiliki olehNo Daftar: MY-04-MT-00118
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
NegeriMelaka
DaerahMelaka Tengah
LokasiMasjid Bandar Hilir,
Km. 1.5, Bandar Hilir,
75000 Melaka.
Laman sesawang
Masjid Warisan

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Masjid Banda Hilir merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Melaka Tengah, Melaka.
Ia diwartakan pada tarikh 6 Mei 2004.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Masjid Bandar Hilir merupakan sebuah masjid yang terletak dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Masjid Banda Hilir ini dibina kali pertamanya dalam tahun 1820 Masehi oleh pengasasnya, Dato' Shahbuddin bin Hj Mohd Amin. Beliau berasal dari Cirebon, Tanah Jawa (Pulau Jawa) di Indonesia.

Pengasas masjid[sunting | sunting sumber]

Dato' Shahbuddin seorang alim dan mengajar tarekat sufi Naqsbandiyyah. Pengikutnya ramai. Beliau tinggal di sebuah rumah bersebelahan masjid asal. Dato' Shahbuddin meninggal dunia dan dimakamkan di Makam Shahbuddin di Kubur Jalan Panjang, Jalan Laksamana Cheng Ho, Melaka. Makamnya dikelilingi oleh kubur pengikutnya yang ramai.

Senibina masjid[sunting | sunting sumber]

Masjid Banda Hilir dibina dengan mencampurkan dua jenis senibina iaitu senibina Melayu Cirebon, Jawa di bahagian dalamnya dan senibina Cina di bahagian bumbungnya. Keempat-empat tiang kayu pasak asal di dalam bangunan masjid ini kekal hingga ke hari ini. Bangunan masjid ini dicat warna putih keseluruhan dinding, tangga, pintu dan tingkap serta warna hijau tua pada bingkai pintu dan tingkap. Genting bumbung masjid berwarna hijau. Kolah segi empat berada di suatu sudut berhampiran pintu masuk utama ke perkarangan masjid.

Pencahayaan masjid[sunting | sunting sumber]

Pada zaman dulu hingga awal 1960-an, masjid (dan rumah di sekitar) menggunakan pelita minyak. Setelah letrik diwujudkan di negeri Melaka pada zaman penjajahan British, masjid mula menggunakan lampu kalimantang (fluorescent lamps).

Muatan masjid[sunting | sunting sumber]

Masjid asal mampu memuatkan seramai 10 orang dalam satu saf, dan muat 4 saf (40 orang makmum). Pengunjung masjid adalah orang lelaki. Wanita tidak datang ke masjid pada awalnya kerana masjid agak kecil dan tiada ruang dikhaskan untuk wanita.

Kepentingan masjid[sunting | sunting sumber]

Kedudukan Masjid Banda Hilir amat strategik bagi laluan pedagang dan perantau. Ia juga penting kerana ia merupakan satu-satunya masjid lama yang wujud di tengah-tengah kota raya yang sibuk dan pesat berdagang di Alam Melayu. Ramai pedagang dan perantau berhenti bersolat di masjid ini. Menurut cerita keturunan, di akhir kejatuhan Singapura kepada pihak British, Sultan Hussain Shah iaitu Sultan terakhir Singapura, juga datang menyewa di perkarangan Masjid Banda Hilir sebelum beralih ke Masjid Kg Keling dan akhirnya meninggal dunia dan dimakamkan di Masjid Tengkera. Masjid ini juga pusat aktiviti keagamaan yang penting selepas tiga masjid tua di negeri Melaka iaitu Masjid Kg Hulu, Masjid Tengkera dan Masjid Kg Keling.

Perkembangan dan aktiviti masjid 1820-2007[sunting | sunting sumber]

  1. Masjid Banda Hilir bermula sebagai tempat pengajian al-Quran (madrasah) di mana guru al-Quran merupakan dua adik-beradik perempuan. Mereka masih lagi hidup di sekitar Masjid Banda Hilir pada tahun 1960-an. Guru al-Quran wanita terakhir di sini ialah arwah Mahani bt Haji Mohd Sharif (Nenek Ani).[perlu rujukan]
  2. Masjid Banda Hilir serta tanah perkarangannya (Lot 96) telah diwakafkan. Saiz Lot 96 ialah sebesar 43,771 kaki persegi (43,771 sq. ft.). Lot tanah ini bermula dari Jalan Banda Hilir (sekarang Jalan Parameswara) hingga ke tepi laut Selat Melaka pada zamannya (sebelum pantai ditambak). Sebelah kiri dan kanan masjid ialah rumah penduduk Kg Banda Hilir.
  3. Rumah kayu yang baru telah dibina atas tapak asal rumah Dato' Shahbuddin oleh Haji Mohd Sharif bin Ismail pada 1897. Rumah ini berupa rumah Melayu berbumbung panjang dan menggunakan tapak jongkong laterit (laterite) yang sama seperti digunakan untuk membina Kubu Portugis A' Famosa. Rumah ini dibina tanpa sebarang paku besi dan beratap genting Melaka, dan bukannya genting Singgora atau daun nipah.
  4. Sebahagian tembok hadapan di luar bangunan masjid berhampiran pintu masuk utama telah terkena bom semasa Perang Dunia Kedua (1942-1945) dan dibaiki setelah perang tamat.
  5. Semua jamuan bagi aktiviti masjid diadakan di rumah Haji Mohd Sharif bin Ismail yang bersebelahan dengan masjid. Makanan disediakan dalam dulang ayan (enamel) dan dulang tembaga (brass) besar dan dihidang di bahagian anjung rumah Haji Mohd Sharif. Budak-budak masjid menjadi tukang angkat dulang dan menghidang makan untuk para tetamu masjid. Tiada jamuan diadakan di dalam masjid bagi menjaga kebersihan masjid.
  6. Masjid ini kemudiannya diperbesar dan ditambah-baik sekitar 1955 hingga 1963 dengan belanja kutipan daripada orang ramai.[1] Ruang solat wanita di serambi masjid telah diwujudkan sekitar 1962-63. Lantai simen dan siling serta tiang dipasang supaya ada tempat berteduh di bahagian depan pintu masuk utama masjid. Tandas disebelah pintu pagar masuk utama dinaik-taraf. Bangunan masjid dicat dan dijaga rapi oleh cucu-cucu Haji Mohd Sharif dan saudara-mara keturunannya yang lain yang tinggal berhampiran masjid.
  7. Rumah Haji Mohd Sharif bin Ismail telah dirobohkan dan Masjid Banda HIlir diperbesarkan ke atas keseluruhan tapak asal rumah Haji Mohd Sharif pada tahun 2007. Pengawasan kerja pengubahsuaian dan pembesaran masjid dilakukan oleh PERZIM (Perbadanan Muzium Melaka). Bangunan batu yang kecil dibina sebagai ganti bagi cucu Haji Mohd Sharif yang terakhir menduduki rumahnya sebelum ia dirobohkan pada 2007, iaitu Haji Abdul Rashid bin Mohd Yusope (1931-2009). Namun beliau tidak memerlukan rumah berkenaan dan mengembalikannya untuk kegunaan masjid. Mesyuarat masjid diadakan di bangunan kecil ini.
  8. Pengubahsuaian kecil seperti tambah bumbung dari pintu masuk utama hingga ke belakang telah dibuat. Pintu pagar dua daun digantikan dengan pagar beroda.
  9. Nama Masjid Banda Hilir ditukar ke Masjid an-Nur Banda Hilir. Namun nama lamanya tetap menjadi sebutan orang ramai dan mereka yang tinggal berhampiran dengan masjid tua ini.

Latarbelakang orang-orang yang berkaitan dengan Masjid Banda Hilir[sunting | sunting sumber]

Nek Ani ialah Mahani bt Haji Mohd Sharif. Nek Ani dan adiknya Nek Ya (Asiah bt Haji Mohd Sharif) mengajar al-Quran di ruang rumah Nek Ani yang wujud bersebelahan dengan rumah utama bapa mereka (granny flat). Dalam ruang rumah Nek Ani terdapat dua buah balai kayu (pangkin) yang besar. Satu balai digunakan untuk mengajar budak-budak mengaji al-Quran dan satu lagi balai digunakan oleh Nek Ani untuk berehat dan tidur. Satu lagi ruang besar dalam rumah Nek Ani ialah bilik air dan ruang besar yang mempunyai sebuah perigi (telaga) lama. Air perigi ini ajaib dan tidak pernah kering walaupun negeri Melaka mengalami musim kemarau dan rata-rata di Melaka banyak perigi menjadi kering. Air perigi ini bersih, jernih, segar dan menyihatkan. Ruang perigi yang luas ini juga digunakan untuk membasuh periuk belanga dan dulang-dulang besar setelah digunakan untuk jamuan bagi orang-orang masjid. Cucu-cucu perempuan Haji Mohd Sharif bergotong-royong membantu mencuci pinggan-mangkuk dan periuk belanga di kawasan perigi di dalam rumah Nek Ani sekitar tahun 1960-an.

Setelah kematian Haji Mohd Sharif, adiknya, Haji Mohd Noordin bin Ismail menjadi Imam Masjid Banda Hilir. Haji Mohd Noordin berkahwin dan membina rumahnya di Ujong Pasir. Beliau dikurniakan enam orang anak iaitu Abdul Rahman, Saleh, Hendon @ Encau, Haji Abdul Rahim, Hjh Bedah @ Zubaidah @ Che Bedah, dan Hjh Aishah bt Hj Mohd Noordin. Haji Mazlan bin Haji Abdul Rahim ialah salah seorang Ahli Jawatankuasa Masjid Banda Hilir. Anak bongsunya, Muhammad bin Haji Mazlan ialah Imam 1 Masjid an-Nur Banda Hilir.

Adik bongsu Haji Mohd Sharif, Zainal Abidin bin Ismail bekerja sebagai Gurubesar di Anglo-Chinese School di Klang (ACS Klang). Beliau juga menjadi tutor kepada pegawai British yang berkhidmat dengan Sultan Abdul Samad. Beliau menetap di Klang, Selangor. Zainal Abidin bin Ismail berkahwin dengan Zainah (Latifah) bt Kyai Muhammad (Nek Klang atau Nenek Moyang Nya Kelang), dan mempunyai dua orang anak iaitu Mohamad Arshad bin Zainal Abidin (Tok Ami Arshad) dan Maimunah bt Zainal Abidin (Nek Nya Intan), serta seorang anak angkat, Khatijah (Nek Nya Elok).

Imam Masjid Banda Hilir[sunting | sunting sumber]

Setelah Haji Mohd Noordin bin Ismail, Haji Ashari bin Haji Mohd Salleh pula menjadi Imam Masjid Banda Hilir, kemudian diikuti oleh Haji Ahmad bin Awal, dan setelah itu Haji Jaafar bin Haji Ashari. Kesemua Imam Masjid Banda Hilir ini adalah bersaudara. Imam yang kemudian daripada Haji Jaafar bukan bersaudara dengan imam yang awal. Imam yang kemudian selepas Haji Jaafar adalah dari perlantikan oleh Jabatan Kerajaan Negeri Melaka.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]