Masjid Lama Mulong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Masjid Lama Mulong ialah sebuah masjid di Kota Bharu, Kelantan. Masjid ini pada asalnya merupakan Balairung Seri Raja Dewa (1944) yang telah dibina sekitar 1900-an semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad IV sebagai rumah kediaman Tuan Zainal Abidin (Raja Dewa 1897-1945). Balairung ini kemudiannya telah dirombak dan dipindahkan secara gotong royong di tanah wakaf Tuan Haji Abdul Rahman Haji Ismail di Lot 495, Surau Lama Kedai Mulong, Kilometer 11 Jalan Kuala Krai, Kota Bharu. Ia siap dibina semula sebagai masijd pada akhir Disember 1958. Keluasan bangunan Masjid Lama ini adalah 20’ x 60’ dikekalkan sama sebagaimana asal.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]