Matías Vecino

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Matías Vecino
Maklumat peribadi
Nama penuh Matías Vecino Falero[1]
Tarikh lahir (1991-08-24) 24 Ogos 1991 (umur 32)
Tempat lahir Canelones, Uruguay
Ketinggian 1.89 m (6 ka 2 in)[2]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Lazio
Nombor 5
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2011 Central Español 32 (2)
2011–2013 Nacional 18 (4)
2013–2017 Fiorentina 67 (5)
2014Cagliari (pinjam) 9 (2)
2014–2015Empoli (pinjam) 36 (2)
2017–2022 Inter Milan 104 (10)
2022– Lazio 33 (2)
Pasukan kebangsaan
2010–2011 Uruguay B20 14 (4)
2016– Uruguay 67 (5)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 31 Ogos 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 28 Mac 2023

Matías Vecino Falero (lahir 24 Ogos 1991) merupakan seorang pemain bola sepak Uruguay yang bermain di posisi pemain tengah untuk kelab Itali, Lazio dan Uruguay.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Vecino memulakan karier profesionalnya di kelab Central Español pada tahun 2010. Mulai musim 2011-12, beliau berpindah ke kelab Nacional.

Fiorentina[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 2013, Vecino menyertai kelab Serie A iaitu Fiorentina. Beliau telah menandatangani kontrak selama empat tahun dengan bayaran perpindahan yang dilaporkan sebanyak €2.5 juta. Walau bagaimanapun, perpindahan tersebut telah ditangguhkan dan diumumkan secar rasmi pada jendela perpindahan seterusnya iaitu ketika Ogos 2013.

Pada 3 September 2013, beliau tidak dipilih oleh pengurus Vincenzo Montella untuk skuad Liga Europa.

Vecino melakukan penampilan sulungnya untuk Fiorentina dalam perlawanan Serie A menentang Inter Milan yang berkesudahan Fiorentina kecundang 2-1 pada 26 September 2013.[3] Beliau jarang digunakan ketika permulaan musim 2013-14 dengan hanya tampil dalam enam perlawanan. Perkara ini menyebabkan beliau telah dibawa keluar untuk dipinjam ke kelab Serie A lain iaitu Cagliari sehingga penghujung musim.[4]

Vecino menghabiskan musim 2014–15 di Empoli secara pinjaman.

Pada pertengahan tahun 2015, beliau kembali ke Fiorentina dan menjadi tonggak penting pasukan. Beliau telah menandatangani kontrak selama lima tahun pada tahun 2016.

Internazionale[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Julai 2017, Fiorentina secara rasminya menyatakan bahawa Vecino menjalani ujian kesihatan di Inter Milan[5] dalam proses untuk melengkapkan perpindahan yang menelan kos sebanyak €24 juta.[6] Perpindahan tersebut telah diumum secara rasmi pada 2 Ogos selain Vecino telah menandatangani kontrak sehingga Jun 2021.[7]

Beliau telah diberi jersi skuad nombor 11. Vecino melakukan penampilan sulungnya pada 20 Ogos dalam perlawanan pembukaan Serie A menentang kelab lamanya, Fiorentina dan beraksi selama 90 minit yang menyaksikan Inter menang 3-0.[8] Vecino menjaringkan gol pertamanya untuk Inter pada enam hari kemudian ketika menentang Roma. Perlawanan tersebut berkesudahan Inter menang 3-1 di gelanggang lawan dan kejayaan pertama Inter ke atas Roma di Stadio Olimpico selepas sembilan tahun.[9][10]

Pada 20 Mei 2018, Vecino menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Lazio dan membuka peluang untuk Inter kembali ke arena Liga Juara-Juara Eropah selepas enam tahun tiada penyertaan oleh Inter.[11] Pada 18 September 2018, beliau menjaringkan gol kemenangan saat menentang Tottenham Hotspur yang menyaksikan Inter menang 2-1 dalam saingan Liga Juara-Juara.[12]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Vecino semasa mewakili Uruguay.

Vecino telah dilahirkan di Canelones, Uruguay. Beliau mempunyai darah Itali daripada keturunan sebelah ibu dan bapanya yang berasal dari Campobasso. Hal ini membolehkan beliau layak untuk mewakili antara negara Uruguay dan Itali.[13] Beliau telah mewakili pasukan bawah-20 Uruguay dalam Kejohanan Bola Sepak Belia Amerika Selatan 2011 dan Piala Dunia B-20 FIFA 2011.[14] Beliau telah menyumbat gol untuk memastikan Uruguay layak ke Sukan Olimpik 2012 di London.[15] Penampilan sulung Vecino untuk skuad senior ialah pada 25 Mac 2016 ketika menentang Brazil.[16]

Pada Mei 2018, beliau telah disenaraikan ke dalam skuad Piala Dunia FIFA 2018 yang berlangsung di Rusia.[17]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 26 Mei 2019.
Kelab Musim Liga Piala Benua Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Uruguay Central Español 2009–10 13 3 0 0 9 0
2010–11 23 2 0 0 23 3
Jumlah 32 2 0 0 32 2
Uruguay Nacional 2011–12 13 3 0 0 2 0 15 3
2012–13 5 1 0 0 3 1 8 2
Jumlah 18 4 0 0 5 1 23 5
Itali Fiorentina 2013–14 6 0 1 0 7 0
2015–16 30 2 1 0 7 0 38 2
2016–17 31 3 2 0 7 1 40 4
Jumlah 67 5 4 0 14 1 85 6
Itali Cagliari (pinjam) 2013–14 9 2 0 0 9 2
Itali Empoli (pinjam) 2014–15 36 2 2 0 38 2
Itali Inter 2017–18 29 3 2 0 31 3
2018–19 30 3 1 0 9 2 40 5
Jumlah 59 6 3 0 9 2 71 8
Jumlah kerjaya 221 21 9 0 28 4 258 25

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 17 Jun 2019.
Pasukan kebangsaan Uruguay
Tahun Kmncln Gol
2016 9 1
2017 10 0
2018 12 1
2019 14 1
Jumlah 35 3

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
27 Mei 2016 Montevideo, Uruguay  Trinidad dan Tobago
3–1
3–1
Persahabatan
2
12 Oktober 2018 Seoul, Korea Selatan  Korea Selatan
1–1
2–1
3
25 Mac 2019 Nanning, China  Thailand
1–0
4–0
Piala China 2019

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2018 FIFA World Cup Russia: List of players: Uruguay" (PDF). FIFA. 10 June 2018. m/s. 32. Dicapai pada 12 May 2019.
  2. ^ "2018 FIFA World Cup: List of players" (PDF). FIFA. 18 June 2018. m/s. 32.
  3. ^ "Internazionale vs. Fiorentina 2 – 1". Soccerway. 26 September 2013. Dicapai pada 26 September 2013.
  4. ^ "Vecino joins Cagliari on loan". Viola Channel (Siaran akhbar). ACF Fiorentina. 29 January 2014. Dicapai pada 26 November 2017.
  5. ^ "Fiorentina authorise Matias Vecino to have Inter medical". Viola Channel (Siaran akhbar). ACF Fiorentina. 31 July 2017. Dicapai pada 26 November 2017.[pautan mati kekal]
  6. ^ "Fiorentina: Vecino to Inter". Football Italia. Tiro Media. 31 July 2017. Dicapai pada 1 August 2017.
  7. ^ "MATIAS VECINO IS NOW A NERAZZURRI PLAYER!" (Siaran akhbar). F.C. Internazionale Milano. 2 August 2017. Dicapai pada 2 August 2017.
  8. ^ "INTER 3-0 FIORENTINA" (Siaran akhbar). F.C. Internazionale Milano. 20 August 2017. Dicapai pada 20 August 2017.
  9. ^ "ROMA 1-3 INTER" (Siaran akhbar). F.C. Internazionale Milano. 26 August 2017. Dicapai pada 26 August 2017.
  10. ^ "ROMA - INTER: ALL YOU NEED TO KNOW" (Siaran akhbar). F.C. Internazionale Milano. 27 August 2017. Dicapai pada 27 August 2017.
  11. ^ "Inter Milan will play in the Champions League for the first time since 2012 after a dramatic win at Lazio". BBC. 20 May 2018.
  12. ^ "Spurs stunned by Matías Vecino's injury-time winner for Inter". The Guardian. 18 September 2018.
  13. ^ "Fiorentina". 13 April 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  14. ^ FIFA. "FIFA Player Statistics: Matias VECINO" Diarkibkan 2015-08-03 di Wayback Machine. Retrieved on 14 May 2013.
  15. ^ FIFA. "Uruguay end 84-year drought" Diarkibkan 2012-07-29 di Wayback Machine. 10 February 2011. Retrieved on 14 May 2013.
  16. ^ "Brazil vs. Uruguay 2 – 2". Soccerway. 25 March 2016. Dicapai pada 26 November 2017.
  17. ^ "Revealed: Every World Cup 2018 squad - 23-man & preliminary lists & when will they be announced? - Goal.com".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]