Pasukan bola sepak kebangsaan Brazil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Brazil
Shirt badge/Association crest
Gelaran A Seleção (The Selection/National Team)
Canarinho (Little Canary)
Os "Verdes Amarelos"(The Greens and Yellows)
Persatuan Confederação Brasileira de Futebol
(Brazilian Football Confederation)
Konfederasi CONMEBOL (South America)
Ketua jurulatih Bendera Brazil Menezes
Kapten Lucio
Kaps terbanyak Cafu (142)
Penjaring terbanyak Pelé (77)
Kod FIFA BRA
Kedudukan FIFA Red Arrow Down.svg 4
Kedudukan tertinggi FIFA 1 (September 1993)
Kedudukan terendah FIFA 8 (August 1993)
Kedudukan Elo 4
Kedudukan tertinggi Elo 1 (March 1953)
Kedudukan terendah Elo 18 (November 2001)
Warna pasukan Warna pasukan Warna pasukan
Warna pasukan
Warna pasukan
Warna tuan rumah
Warna pasukan Warna pasukan Warna pasukan
Warna pasukan
Warna pasukan
warna pelawat
Antarabangsa pertama
 Argentina 3 - 0 Brazil Bendera Brazil
(Buenos Aires, Argentina; September 20, 1914)[1]
Kemenangan terbesar
Bendera Brazil Brazil 14 - 0 Nicaragua Bendera Nicaragua
(Mexico; October 17, 1975)
Kekalahan terbesar
 Uruguay 6 - 0 Brazil Bendera Brazil
(Viña del Mar, Chile; 18 September, 1920)
Piala Dunia
Kemunculan 18 (First in 1930)
Keputusan terbaik Winners, 1958, 1962, 1970,
1994, 2002
Copa América
Kemunculan 31 (First in 1916)
Keputusan terbaik Winners, 1919, 1922, 1949,
1989, 1997, 1999, 2004, 2007
Confederations Cup
Kemunculan 5 (First in 1997)
Keputusan terbaik Winners, 1997, 2005
Pertandingan pasukan pertama dengan Exeter City pada tahun 1914.

Pasukan bola sepak kebangsaan Brazil ialah pasukan bola sepak yang paling berjaya di dunia, dengan lima kemenangan Piala Dunia FIFA, termasuk pertandingan terkini pada tahun 2002. Satu usikan biasa dalam lingkungan bola sepak adalah: "Orang Inggeris menciptakannya, orang Brazil yang menyempurnakannya." [2]

Orang Brazil merujuk kepada pasukan-pasukan bola sepak (dari mana-mana satu negara) sebagai "Seleção". Maksud harfiahnya ialah "pilihan", dan boleh diterjemahkan sebagai "yang terpilih". Nama samaran yang popular ialah "Canarinho" (anak burung kenari) yang merujuk kepada baju yang berwarna kuning.


[sunting] Sejarah

Brazil ialah negara tunggal yang telah bersaing dalam setiap pertandingan Piala Dunia FIFA dan merupakan negara pertama untuk memenangi piala itu sebanyak lima kali, iaitu pada tahun 1958, 1962, 1970, 1994 dan 2002). Disebabkan status ini, orang Brazil sering merujuk kepada pasukan mereka sebagai Pentacampeão yang membawa maksud harfiah, "johan lima kali". Termasuk dua kali naib johan (1950 dan 1998) dan dua kali tempat ketiga (1938 dan 1978), serta banyak penghormatan yang lain, pasukan Brazil telah dianggap sebagai pasukan bola sepak kebangsaan yang paling berjaya di dunia.

[sunting] Sejarah awal

Pasukan bola sepak kebangsaan Brazil ditubuhkan pada tahun 1914, dan perlawanan pertama mereka adalah dengan sebuah kelab Inggeris, Exeter City, pada tahun yang sama. Brazil menang dengan markah 2-0.

Walaupun pencapaiannya kini begitu unggul, permainan-permainan awal Brazil jauh daripada cemerlang, disebabkan sebahagian oleh resahan dalaman tentang profesionalisme yang menyebabkan Gabungan Bola Sepak Brazil tidak dapat menurunkan pasukan-pasukan dengan seluruh anggota mereka. Khususnya, pertikaian-pertikaian antara persekutuan-persekutuan bola sepak negeri Sao Paulo dan Rio de Janeiro bermakna bahawa pasukan yang diturunkan oleh Brazil terdiri daripada pemain-pemain daripada kedua-dua persekutuan. Dalam kedua-dua perlawanan 1930 dan 1934, Brazil ditewaskan pada peringkat pertama. Bagaimanapun, pertandingan tahun 1938 merupakan tanda untuk peristiwa-peristiwa yang akan datang ketika Brazil tamat dengan tempat ketiga yang kukuh, dengan Leonidas da Silva mencipta sejarah sebagai pemain sulung yang menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan Piala Dunia.

Brazil menjadi tuan rumah untuk Piala Dunia 1950 yang merupakan perlawanan pertama yang diadakan selepas Perang Dunia II. Pertandingan ini juga merupakan kali yang tunggal yang mana Brazil menjadi tuan rumah. Perlawanan 1950 adalah unik dari segi bahawa pertandingan ini tidak mempunyai perlawanan akhir yang tunggal, tetapi sebaliknya mempunyai peringkat pusingan robin yang terdiri daripada empat pasukan; bagaimanapun, permainan antara Brazil dan Uruguay bolehlah dianggap sebagai perlawanan "akhir". Pertandingan ini dihoskan di stadium Maracana, Rio de Janeiro, dan ditonton oleh 199,854 orang. Brazil hanya memerlukan markah yang berakhir dengan seri, tetapi ditewaskan dengan mata 2-1 selepas mendahului dengan 1-0; pertandingan ini kini dikenali sebagai "Maracanazo" di Amerika Selatan.

Untuk Piala Dunia 1954 di Switzerland, hampir semua ahli pasukan Brazil ditukar untuk melupakan kekalahan di Maracana. Bagaimanapun, pasukan yang baru ini masih mengandungi sekumpulan pemain yang baik, termasuk Nilton Santos, Djalma Santos, dan Didi. Malangnya, langkah ini tidak begitu berjaya. Pusingan suku akhir melihatkan pasukan Hungary (yang merupakan pilihan ramai) menewaskan Brazil 4-2 dalam satu perlawanan yang paling jelik dalam sejarah bola sepak dan yang kini digelarkan Perang Berne.


[sunting] Pautan luar






Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain