Mathematics in Industry Study Group (MISG)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mathematics in Industry Study Group (MISG), telah dimulakan oleh sekelompok penyelidik matematik di Universiti Oxford. Acara ini diadakan secara berkala di seluruh dunia dengan tujuan untuk mengembangkan model matematik yang baru, atau meningkatkan ilmu yang sudah ada yang lebih sesuai dengan keperluan industri.

Untuk tujuan ini, kumpulan ahli akademik akan berkumpul dan membentuk pasukan membantu menyelesaikan masalah yang dikemukakan oleh wakil daripada industri selama seminggu.

Dalam bengkel ini, ahli akademik membentuk pasukan penyelesaian masalah yang bekerjasama dengan wakil daripada industri yang mengemukakan masalah mereka. Pasukan-pasukan ini akan merumuskan idea-idea mereka dengan cara yang mudah untuk mewujudkan manfaat dari pemodelan, analisis dan pengiraan. Pada akhir pertemuan, para ahli akademik akan melaporkan hasil penyelidikan mereka.

Senarai MISG di Asia[sunting | sunting sumber]

  • MISG 2006 telah diadakan di Trabzon, Turki oleh Universiti Teknikal Karadeniz pada 25-26 Mei 2006.
  • MISG 2007 telah diadakan di Trabzon, Turki oleh Universiti Teknikal Karadeniz pada 5-6 Jun 2007.
  • MISG 2010 telah diadakan di Trabzon, Turki oleh Universiti Teknikal Karadeniz pada 4-8 Oktober 2010.
  • MISG 2011 akan diadakan di Thuwal, Saudi Arabia oleh Universiti Sains dan Teknologi King Abdullah (KAUST) pada 23-26 Januari 2011
  • MISG 2011 akan diadakan di Johor Bahru, Malaysia oleh Jabatan Matematik, Fakulti Sains, UTM dan Analisis Advanced dan cluster Modeling, MIMOS Berhad di Universiti Teknologi Malaysia pada 14 hingga 21 Mac 2011.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-23. Dicapai pada 2010-12-28.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]