Maximilien de Robespierre

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Maximilien de Robespierre
Robespierre.jpg
Robespierre c. tahun 1790, (pelukis tidak diketahui), Musée Carnavalet, Paris

Tempoh jawatan
27 Julai 1793 – 27 Julai 1794
Kawasan pilihan raya Paris

Presiden Persidangan Kebangsaan
Tempoh jawatan
4 Jun 1794 – 17 Jun 1794
Tempoh jawatan
22 Ogos 1793 – 5 September 1793

Ahli Persidangan Kebangsaan
Tempoh jawatan
20 September 1792 – 27 Julai 1794

Ahli Dewan Undangan Konstituen Kebangsaan
Tempoh jawatan
9 Julai 1789 – 30 September 1791

Ahli Dewan Undangan Kebangsaan
Tempoh jawatan
17 Jun 1789 – 9 Julai 1789

Timbalan bagi Estet Ketiga, Estet-Jeneral
Konstiuen Artois
Tempoh jawatan
6 Mei 1789 – 17 Jun 1789

Lahir 6 Mei 1758(1758-05-06)
Arras, France
Meninggal dunia 28 Julai 1794 (umur 36)
Paris, France
Bangsa Perancis
Parti politik Jakobin
Alma mater Lycée Louis-le-Grand
Profesion Peguam dan ahli politik
Religion Ketuhanan
(Kultus Tuhan Yang Maha Agung.)
Tandatangan

Maximilien François Marie Isidore de Robespierre 6 Mei 1758 – 28 Julai 1794 ialah seorang peguam, ahli politik dan seorang daripada tokoh Revolusi Perancis yang paling terkenal dan berpengaruh.

Sebagai ahli Estates-General, Persidangan Konstituen Kebangsaan dan Kelab Jakobin, beliau menganjurkan pemansuhan pengabdian dan hukuman bunuh, sambil menyokong kesaksamaan hak asasi manusia, hak mengundi sejagat dan penubuhan republik. Beliau menentang peperangan dengan Austria dan kemungkinan coup d'etat oleh Marquis La Fayette. Sebagai ahli Jawatankuasa Keselamatan Awam, beliau memainkan peranan penting dalam apa yang dikenali sebagai Pemerintahan Ganas, yang berakhir beberpa bulan selepas beliau ditahan dan dikenakan hukuman bunuh pada bulan Julai 1794.

Beliau dipengaruhi oleh ahli falsafah Zaman Kesedaran abad ke-18 seperti Jean-Jacques Rousseau dan Montesquieu, dan beliau berkeboleh mengutarakan pendapat golongan borjuis sayap kiri. Beliau dikatakan berbadan sederhana dan sempurna dari segi pakaian dan pembawaan diri. Penyokongnya memanggil beliau 'si Amanah' sementara musuh pula memanggilnya 'dictateur sanguinaire' (diktator yang haus darah).

Legasi[sunting | sunting sumber]

Maximilien de Robespierre merupakan seorang yang kontroversi sehingga ke hari ini. Selain daripada stesen Metro di Paris, tidak terdapat apa-apa tugu peringatan buatnya di Perancis. Dengan menjadikan dirinya sebagai penjelmaan kebaikan dan iltizam total, beliau mengawal Revolusi dalam fasanya yang paling radikal dan kejam &mdah; republik Jakobin. Matlamatnya dalam tempoh berlakunya Pemerintahan Ganas ialah menggunakan gilotin sebagai alat beagi membentuk apa yang digelarnya 'republik kebaikan', di mana keganasan dan kebaikan, prinsip-prinsip yang pegangnya, akan diguna pakai. Dia berhujah, "Keganasan tiada lain daripada keadilan yang pantas, keras dan tidak boleh dirunding; ia pancaran daripada kebaikan; ia bukannya prinsip tersendiri, tetapi akibat prinsip am demokrasi yang dikenakan pada keperluan mendesak 'patrie' ".[1]

Keganasan menjadi alat pencapaian matlamat-matlamat besarnya bagi demokrasi. Ahli sejarah Ruth Scurr menulis, Robespierre mahukan, buat Perancis, "demokrasi untuk rakyat, yang pada asasnya baik dan berhati murni; satu demokrasi dalam mana kemiskinan itu bermaruah, kuasa tidak berbahaya, dan yang lemah terselamat daripada penindasan; satu demokrasi yang menyanjung alam semula jadi — bukan alam semula jadi yang nyata, kejam dan kotor, akan tetapi alam semula jadi yang bersih, agung dan, mengatasi semua sekali, baik."[2]

Dari segi pensejarahan, beliau memiliki beberapa penyokong. Sejarawan fahaman Marxis, Albert Soboul, memandang kebanyakan tindakan yang diambil Jawatankuasa Keselamatan Awam diperlukan untuk mempertahankan Revolusi.

Impian utama Robespierre ialah memastikan kebaikan dan kedaulatan rakyat. Beliau menetang apa-apa tindakan yang boleh dilihat sebagai mendedahkan negara kepada penentang-revolusi dan pembelot, dan bertambah khuatir yang Revolusi akan ditewaskan. Beliau mengapi-apikan Keganasan dan kematian orang setaranya sebagai satu tindakan bagi memastikan satu Republik Berkebaikan; tetapi impiannya melewati keperluan dan kehendak rakyat Perancis. Beliau menjadi ancaman kepada matlamatnya dan hasilnya ialah kejatuhannya.[3]

Beliau seorang burjois; Albert Soboul juga berpendapat bahawa Robespierre dan Saint-Just "terlalu tertumpu kepada menewaskan kepentingan burjois dan kerana itu tidak dapat memberikan sokongan penuh kepada sans-culottes' , namun pada masa yang sama terlalu memberikan perhatian kepada sans-culottes untuk mendapatkan sokong golongan menengah."[4] Bagi pengikut Marxis seperti Soboul kepentingan Robespierre dalam kelas borjuis kecil merupakan pembunuh misinya.[5]

Encyclopedia Britannica tahun 1902 meringkaskan Robespierre sebagai seorang ahli teori yang cerdik tetapi tidak mempunyai pengalaman yang cukup:[6]

Di Paris, beliau tidak difahami sehinggalah berjumpa dengan rakan sebulunya, peminat Rousseau, di Kelab Jakobin. Sifat fanatiknya meraih penyokong; suara beliau yang merdu dan yang mudah disenangi mendatangkan pendengar; kehidupan bersih beliau menarik sanjungan semua orang. Semasa keadaan menghampiri krisis yang dahsyat beliau gagal, melainkan dua ketika yakni dalam persoalan peperangan dan pembicaraan raja, menonjolkan diri sebagai seorang negarawan, kerana beliau tidak memiliki pandangan liberal dan naluri yang praktis yang membuat Mirabeau and Danton manusia agung. Kemasukannya ke dalam Jawatankuasa Keselamtan Awam memberi beliau kuasa, yang beliau harap dapat digunakan untuk mengasaskan teori-teori kesayangannya, dan untuk tujuan yang sama beliau mempersetujui, malah mengapikan, kedahsyatan Pemerintahan Ganas ... kehidupan peribadi Robespierre sentiasa terhormat: beliau senantiasa, secara kerasnya, seorang yang tertib dan beradab dan juga sedikit yang suka melaram, jujur, bercakap benar dan murah hati. Dalam tabiat dan cara beliau menjalankan kehidupannya, beliau sederhana dan rajin; beliau bukan seorang yang dikurniakan kegeligaan, tetapi seseorang yang terpaksa berfikir panjang sebelum mencapai sesuatu keputusan, dan beliau bekerja keras sepanjang hayatnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Marisa Linton, "Robespierre and the Terror," History Today, Aug 2006, Vol. 56 Issue 8, pp 23–29
  2. Ruth Scurr, Fatal Purity: Robespierre and the French Revolution (2006) p. 358
  3. Scurr, Ruth (2006). Fatal Purity. 
  4. Micheline Ishay (1995). Internationalism and Its Betrayal. U. of Minnesota Press. m/s. 65. http://books.google.com/books?id=Al7lJU5ChTUC&pg=PA65. 
  5. Peter McPhee (2012). Robespierre: A Revolutionary Life. Yale University Press. m/s. 268. http://books.google.com/books?id=kYLu7-cPJTYC&pg=PA268. 
  6. Day Otis Kellogg, ed. (1902). The Encyclopaedia Britannica. m/s. 605 vol 20. http://books.google.com/books?id=_4JGAQAAIAAJ&pg=PA605. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Carr, John. (1972). Robespierre: the force of circumstance. New York: St. Martin’s Press.. 
  • Cobban, Alfred. "The Fundamental Ideas of Robespierre," English Historical Review Vol. 63, No. 246 (January 1948), pp. 29–51 in JSTOR
  • Cobban, Alfred. "The Political Ideas of Maximilien Robespierre during the Period of the Convention," English Historical Review Vol. 61, No. 239 (January 1946), pp. 45–80 in JSTOR
  • Doyle, William, Haydon, Colin (eds.) (1999). Robespierre. Cambridge: Cambridge University Press. ISBN 0-521-59116-3.  A collection of essays covering not only Robespierre's thoughts and deeds but also the way he has been portrayed by historians and fictional writers alike.
  • Eagan, James Michael (1978). Maximilien Robespierre: Nationalist Dictator. New York: Octagon Books. ISBN 0-374-92440-6.  Presents Robespierre as the origin of Fascist dictators.
  • Goldstein Sepinwall, Alyssa. "Robespierre, Old Regime Feminist? Gender, the Late Eighteenth Century, and the French Revolution Revisited," Journal of Modern History Vol. 82, No. 1 (March 2010), pp. 1–29 in JSTOR argues he was an early feminist, but by 1793 he joined the other Jacobins who excluded women from political and intellectual life.
  • Hampson, Norman (1974). The Life and Opinions of Maximilien Robespierre. London: Duckworth. ISBN 0-7156-0741-3.  Presents three contrasting views
  • Linton, Marisa. "Robespierre and the Terror", History Today, August 2006, Volume 56, Issue 8, pp. 23–29 online
  • McPhee, Peter. Robespierre: A Revolutionary Life (Yale University Press; 2012) 299 pages; scholarly biography
  • Matrat, Jean. (1971). Robespierre: or the tyranny of the Majority. New York: Charles Scribner’s Sons. ISBN 0-684-14055-1. 
  • Palmer, R.R. (1941). Twelve Who Ruled: The Year of Terror in the French Revolution. Princeton, NJ: Princeton University Press. ISBN 0-691-05119-4.  A sympathetic study of the Committee of Public Safety.
  • Rudé, George (1976). Robespierre: Portrait of a Revolutionary Democrat. New York: Viking Press. ISBN 0-670-60128-4.  A Marxist political portrait of Robespeirre, examining his changing image among historians and the different aspects of Robespierre as an 'ideologue', as a political democrat, as a social democrat, as a practitioner of revolution, as a politician and as a popular leader/leader of revolution, it also touches on his legacy for the future revolutionary leaders Vladimir Lenin and Mao Zedong.
  • Schama, Simon (1989). Citizens: A Chronicle of the French Revolution. New York: Alfred A. Knopf. ISBN 0-394-55948-7.  A revisionist account.
  • Scurr, Ruth. Fatal Purity: Robespierre and the French Revolution. London: Metropolitan Books, 2006 (ISBN 0-8050-7987-4).
  • Soboul, Albert. "Robespierre and the Popular Movement of 1793–4", Past and Present, No. 5. (May, 1954), pp. 54–70. in JSTOR
  • Tishkoff, Doris (2011). Empire of Beauty. New Haven: Press. 
  • Thompson, James M. (1988). Robespierre. Oxford: Blackwell Publishers. ISBN 0-631-15504-X.  Traditional biography with extensive and reliable research.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:French Revolution navbox